aorta | aorta | Perubatan | Tiada | Arteri utama yang bermula dari ventrikel kiri jantung. Arteri ini pada mulanya menaik ke atas (aorta menaik), kemudian membengkok (arkus aorta) dan seterusnya menurun kembali melalui toraks (aorta toraks) dan abdomen (aorta abdomen) sehingga ke atas vertebra lumbar keempat, dan berpecah menjadi dua arteri iliak sepunya. |
aortic depressor nerve | saraf depresor aorta | Veterinar | Praklinikal | Reseptor tekanan di lengkung aorta dan aorta toraks. Saraf depresor aorta membantu dalam penyelenggaraan keseimbangan edaran darah dengan menyalurkan perubahan tekanan melalui saraf depresor aorta. Rangsangan pada reseptor ini menyebabkan degupan jantung perlahan dan pemvasodilatan. |
aorta | aorta | Veterinar | Praklinikal | Arteri yang terbesar dalam badan. Aorta bermula di ventrikel kiri jantung; membentuk lengkung dan terus ke abdomen kemudian bercabang menjadi dua arteri yang lebih kecil. Aorta berfungsi membawa dan mengalirkan darah yang kaya dengan oksigen kepada semua arteri kecuali arteri pulmonari. |
artery | arteri | Veterinar | Praklinikal | Vesel yang mengalirkan darah keluar dari jantung ke seluruh badan. Semua arteri membawa darah teroksigen kecuali arteri pulmonari. Sistem arteri bermula dari aorta. Aorta bercabang menjadi arteri yang kemudian bercabang lagi menjadi arteriol dan berakhir sebagai kapilari. Contoh arteri utama ialah arteri koronari; arteri karotid; arteri mesenteri kranial; arteri femur dan arteri digit. Arteri merupakan struktur anjal yang boleh mendilat semasa degupan jantung. Denyutan nadi yang menggambarkan degupan jantung boleh dirasai pada arteri superfisial. |
abdominal aorta | aorta abdomen | Perubatan | Tiada | Sambungan aorta toraks, yang bercabang menjadi arteri frenikinferior, lumbar, sakral tengah, renal dan sebagainya. |
bulb of the aorta | bulba aorta | Perubatan | Tiada | Pengembangan pada tempat aorta menaik bergabung dengan lengkung aorta. |
aortic body | jasad aorta | Veterinar | Praklinikal | Struktur neurovaskular kecil yang terletak di kiri dan kanan aorta dalam kawasan lengkung aorta. Jasad kiri terletak di sudut antara arteri subklavia kiri dengan aorta. Jasad kanan pula terletak di persimpangan subklavia kanan dan arteri karotid sepunya kanan. Jasad aorta menempatkan reseptor kimia untuk cabang aferen saraf vagus. Jasad ini juga terlibat dalam mengawal atur pernafasan bagi menyelenggara tekanan separa oksigen dalam arteri. |
aorta | aorta | Fizik | Tiada | Tiada |
aorta | aorta | Perubatan | Tiada | Salur arteri utama yang membawa darah beroksigen ke semua bahagian badan kecuali paru-paru. |
aorta | aorta | Pertanian | Tiada | Tiada |