Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ap itu ''berpergian''?contoh ayat..?Berpergian bermaksud pergi (berjalan dan lain-lain) ke tempat yang jauh, contohnya "Sejak keretanya rosak, ia sukar berpergian".Tatabahasa31.05.2011
ap maksud turun padangBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud turun padang ialah  pergi sendiri (biasanya pemimpin, pembesar dsb) ke sesuatu tempat utk menyiasat (meninjau, melihat dsb) sesuatu keadaan, masalah dsb.Istilah31.08.2009
salam... ap itu "menalakan''? betul ke ejaan "kompelin''?Kata terbitan yang betul ialah menalak, daripada kata akar tala, bermaksud: 1. menentukan bunyi (alat muzik dan sebagainya) dengan nada yang bersesuaian; dan 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar. Komplein hanya digunakan dalam bahasa percakapan, perkataan yang baku ialah aduan.Makna30.05.2011
salam sejahatera,, ap istilah 'lean economy' dalam bahasa melayu?Salam sejahtera. Mohon pihak tuan/puan menyediakan ayat atau konteks istilah untuk padanan bahasa Melayu yang tepat. Terima kasih.Makna11.01.2018
Rumus yang manakah yang betul untuk menukarkan ayat aktif dengan dua objek kepada ayat pasif? AA : Ibu membelikan saya sepasang kasut. Rumus 1 AP: Saya dibelikan oleh ibu sepasang kasut. Rumus 2 AP: Saya dibelikan sepasang kasut oleh ibu. Mohon bantuan, terima kasih.Rumus ayat pasif yang betul ialah 'Saya dibelikan sepasang kasut oleh ibu". Ayat pasif yang mempunyai dua objek, hanya objek tepat yang bertugas sebagai subjek.

Tatabahasa20.05.2014
adakah ceraian suku kata untuk perkataan-perkataan di bawah ini betul? 1. tiap = ti + ap 2. naik = na + ik 3. tiup = ti + up 4. tuala = tu + a + la 5. menaiki = me + na + ik + i 6. meniup = me + ni + up terima kasihPenggalan suku kata seperti contoh perkataan yang tuan berikan adalah betul. 1. tiap = ti + ap 2. naik = na + ik 3. tiup = ti + up 4. tuala = tu + a + la 5. menaiki = me + na + ik + i 6. meniup = me + ni + up .Tatabahasa02.04.2015
salam..adakah jawatan kosong masih terbuka lagi?? dan jawatan ap yang kekosogan?

Sdr,

Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami dalam membina dan mengembangkan Bahasa Melayu.

Sebagai makluman sdr, pada masa kini terdapat dua jawatan kosong di DBP iaitu Penolong Akauntan Gred W27 (Tetap) dan Pustakawan Gred S41 (Sambilan). Penempatan bagi jawatan Penolong Akauntan ialah di DBP Kuala Lumpur manakala penempatan bagi jawatan Pustakawan pula ialah di DBP Wilayah Selatan (ohor Bahru).

Lain-lain10.03.2010
saya ingin bertanya sekai lagi tentang memerhatikan dan memperhatikan... ap yang saya dapat memerhatikan berasal dari kata dasar perhati...apabila mendapat imbuhan meN-...-kan menjadi memerhatikan.saya sudah faham... tetapi, memperhatikan daripada pembacaan saya berasal dari kata dasar hati seterusnya memdapat imbuhan memper-...-kan untuk jadi memperhatikan. oleh itu, saya berpendapat perkataan memperhatikan tidak salah. apa yang berbeza adalah penggunaan perkataan tersebut dalam bentuk ayat yang berbeza. adakah betul hasil dapatan saya ini?memperhatikan ialah kata terbitan daripada kata dasar hati dan ditambah apitan memper_kan, manakala memerhati ialah kata terbitan daripada kata dasar perhati dan ditambah awalan me_kan,dan kedua-duanya membawa makna yang sama iaitu mengendahkan.Tatabahasa18.03.2008
Ingin kepastian pemisahan suku kata yang betul. A-pril atau Ap-ril? Mohon beri penerangan sekali. Terima kasih.Suku kata yang betul ialah A.prilTatabahasa30.01.2011
Apakah beza antara STRUKTUR pekerjaan dan BIDANG pekerjaan?Tidak ada maksud bagi frasa yang tersebut. Ap yang dapat kami bantu ialah memberikan makna perkataan struktur dan bidang. Struktur bermaksud sesuatu yang dibina atau dibentuk. Bidang pula bermaksud kegiatan yang diceburi.Makna09.10.2015
12

Kembali ke atas