Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pa] | اڤ

Definisi : kata yg digunakan untuk menanyakan sesuatu: ~kah nama benda itu?. ~kah sebabnya dia menangis?. ~ akal apa yg harus dibuat. ~ boleh buat tidak ada jalan lain lagi. ~ daya tidak berdaya lagi. ~ khabar bagaimana keadaanmu sekarang. ~ saja a. segala sesuatu. b. sesuatu yg tidak ditetapkan. apa-apa pengganti sesuatu yg kurang terang; barang sesuatu; sesuatu: ~ yg ada di situ sudah diambilnya. berapa kata yg digunakan utk menanyakan banyaknya: ~ ekor lembu yg disembelih utk kenduri kahwin itu? mengapa kata yg digunakan utk menanyakan sebab: ~ engkau tidak membaca buku? mengapai, mengapai-apai melakukan sesuatu terhadap seseorang: Kauapai orang tua tu? mengapakan, mempengapakan memperlakukan bagaimana; melakukan atau berbuat apa-apa terhadap: Diapakan sehingga dia jadi begitu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apa

Puisi
 

Apa sebab bulan tak terang,
     Bulan pega di Tanjung Batik;
Apa sebab apa tak datang,
     Abang pegang muda yang cantik.


Lihat selanjutnya...(293)
Peribahasa

Tiada berbulu lagi.

Bermaksud :

Tiada punya apa-apa lagi.

 

Lihat selanjutnya...(80)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
4:01:21 PM Cetakan Pertama 2011 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2011 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan

Kembali ke atas