Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pa] | اڤ

Definisi : kata yg digunakan untuk menanyakan sesuatu: ~kah nama benda itu?. ~kah sebabnya dia menangis?. ~ akal apa yg harus dibuat. ~ boleh buat tidak ada jalan lain lagi. ~ daya tidak berdaya lagi. ~ khabar bagaimana keadaanmu sekarang. ~ saja a. segala sesuatu. b. sesuatu yg tidak ditetapkan. apa-apa pengganti sesuatu yg kurang terang; barang sesuatu; sesuatu: ~ yg ada di situ sudah diambilnya. berapa kata yg digunakan utk menanyakan banyaknya: ~ ekor lembu yg disembelih utk kenduri kahwin itu? mengapa kata yg digunakan utk menanyakan sebab: ~ engkau tidak membaca buku? mengapai, mengapai-apai melakukan sesuatu terhadap seseorang: Kauapai orang tua tu? mengapakan, mempengapakan memperlakukan bagaimana; melakukan atau berbuat apa-apa terhadap: Diapakan sehingga dia jadi begitu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apa

Puisi
 

Apa sebab bulan tak terang,
     Bulan pega di Tanjung Batik;
Apa sebab apa tak datang,
     Abang pegang muda yang cantik.


Lihat selanjutnya...(293)
Peribahasa

Tiada berbulu lagi.

Bermaksud :

Tiada punya apa-apa lagi.

 

Lihat selanjutnya...(80)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
commensalismkomensalismeBiologiEkologiPerhubungan antara dua organisma yang menguntungkan satu organisma dan tidak memberikan apa-apa kesan kepada organisma yang satu lagi. Misalnya, bakteria saprofit mungkin hidup di dalam salur alimentari haiwan tanpa memberikan apa-apa faedah atau kerugian kepada haiwan tersebut.
classical conditioningpelaziman klasikPsikologiPsikologi UmumKaedah pelaziman tingkah laku yang dipelopori oleh Pavlov yang menjadikan rangsangan neutral yang tidak memberi apa-apa kesan tindak balas tetapi lama-kelamaan menimbulkan tindak balas akibat disertakan dengan sesuatu rangsangan tidak terlazim. Contohnya, bunyi loceng tidak akan memberikan apa-apa makna kepada anjing tetapi apabila disertakan dengan makanan pada setiap kali dibunyikan, maka lama-kelamaan bunyi loceng akan menjadi rangsangan terlazim kepada anjing tersebut. Sinonim pelaziman klasik: Pavlov.
annul the forfeituremembatalkan apa-apa perampasanUndang-undangTiadaTiada
hold any officememegang apa-apa jawatanUndang-undangTiadaTiada
nothing in this enactmenttiada apa-apa pun dalam enakmen iniUndang-undangTiadaTiada
merit of any casebaik buruknya apa-apa kesUndang-undangTiadaTiada
land of any class or descriptionapa-apa kelas atau jenis tanahUndang-undangTiadaTiada
recovery of any finemendapatkan bayaran apa-apa dendaUndang-undangTiadaTiada
adventurerpenekadSejarahTiada2. Penekad: Orang yang tidak mempunyai apa-apa kelayakan tetapi bersedia untuk mencari keuntungan dengan apa jalan pun, kadang-kadang berbahaya dan melakukan perbuatan yang tidak jujur.
no further action is necessarytiada dikehendaki apa-apa tindakan lagiPentadbiranTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas