Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hal
1. Bersinonim dengan perkara
( hal ehwal, perihal, urusan, fasal, kes, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan kejadian
( peristiwa, keadaan, situasi, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan sebab
( alasan)
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan tentang
( mengenai, perihal, darihal, soal, fasal, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berhal, mengehalkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puan Suraya akan menyebelahi anak bongsunya itu dalam apa-apa hal sekalipun. Tuan, ada kesalahan tak dalam ayat di atas?Tiada kesalahan dalam ayat tersebut.Tatabahasa14.06.2012
Salam sejahtera, Adakah "Alert Line" sesuai diterjemahkan kepada "Talian Awasan" atau "Talian Amaran"? Teks bermaksud talian yang boleh dihubungi oleh pengguna untuk melaporkan apa-apa hal atau pertanyaan. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.

Kami mencadangkan Alert Line diterjemahkan kepada Talian Peka.

Penyemakan dan penterjemahan14.01.2019
Salam sejahtera, Yang mana satu betul, apa hal atau apahal? Terima kasih!Ejaan yang betul ialah Apa hal. Frasa ini merupakan bahasa percakapan dan tidak boleh digunakan bagi konteks rasmi.Lain-lain14.12.2020
Kata ganti nama tak tentu (Cth:apa-apa, mana-mana, sebarang) "Apa-apa" digunakan untuk menggantikan sesuatu BENDA atau PERKARA yang tidak tentu. “Mana-mana” digunakan untuk menggantikan sesuatu TEMPAT atau BENDA yang tidak tentu. 1. Apabila ayat menunjukan BENDA tak tentu bagaimana saya boleh pastikan untuk menggunakan "apa-apa" atau "mana-mana"? 2. Dalam KONTEKS apa yang patut dilihat bila hendak menggunakan"apa-apa" atau "mana-mana"? (Cth: dalam konteks pilihan sesuatu benda perlu gunakan "apa-apa" dan dalam konteks orang perlu menggunakan "mana-mana")[saya tidak pasti betul atau salah contoh saya ini] 3. Bagi "sebarang", bila boleh diggunakan dan dalam konteks apa dan ada tak maksudnya apabila digunakan? (Saya amat keliru bila "sebarang" harus digunakan sedangkan kata tak tentu lain boleh digunakan) Bagi semua pertanyaan di atas, harap dapat mendapat penerangan yang sangat jelas kerana saya amat keliru bila hendak menggunakan "apa-apa, mana-mana, sebarang" . Penerangan disertai contoh ayat amat dialu-alukan. Harap mendapat pembalasan dan penerangan secepat mungkin. Sekian terima kasih.Kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya:
  • apa-apa:   Bawalah apa-apa yang ada.

  • mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka.

Tatabahasa14.11.2018
Salam sejahtera tuan, berikut ialah pertanyaan saya. 1) Sejak kematian kedua-dua orang ibu bapanya, Ali berasakan tiada apa-apa lagi yang ada padanya. Adakah apa-apa betul? ataupun perlu digantikan dengan siapa-siapa? 2) Kami akan melihat pertandingan bunga api antara empat buah negara pada malam ini. Adakah melihat sesuai dalam konteks ayat ini? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah “Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ali berasakan tiada apa-apa lagi yang ada padanya.” Perkataan “apa-apa” boleh digunakan merujuk kepada sesuatu benda, hal, keadaan dan sebagainya. Dalam ayat kedua, perkataan “melihat” boleh digunakan, namun pilihan kata “menyaksikan” lebih  gramatis; “Kami akan “menyaksikan” pertandingan bunga api antara empat buah negara pada malam ini.”

Tatabahasa07.01.2022
Salam sejahtera, Tuan; Apakah perbezaan antara "apa-apa" dengan "mana-mana" dari segi maksud dan penggunaannya? Terima kasih.
kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya:

apa-apa:   Bawalah apa-apa yang ada.

mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka.

Tatabahasa22.01.2013
Selamat sejahtera tuan DBP. Saya hendak bertanya: adakah rangkai kata nama "hal penggunaan bahasa Melayu" lewah kerana "penggunaan bahasa Melayu" sudah bermaksud "hal menggunakan bahasa Melayu"? Jika demikian, "hal penggunaan bahasa Melayu" bermaksud hal hal menggunakan bahasa Melayulah (penggunaan = hal menggunakan)! Ini perlebihan (keadaan berlebihan) maksud. Tetapi, untuk rangkai kata nama seperti "situasi kebahasaan", jika ditulis sekadar "kebahasaan" sahaja, maksud "situasi" itu tidak tererti kerana "kebahasaan" bermaksud hal bahasa yang umum yang dapat diperluas kepada apa-apa makna sahaja: situasi bahasa, ciri bahasa, sifat bahasa. Bertalian dengan soal ini, WordPad yang berisi soal saya telah saya lampirkan bersama surat ini. Lamun (kendatipun) soal ini tanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, saya masih berharap kepada dalil (keterangan) tuan arif untuk mengukuhkan pegangan saya. Harap saya dapat mendapat jawab yang tahkik (sah) dan meyakinkan saya daripada tuan. Terima kasih.Kami menerima pandangan tuan, frasa yang gramatis ialah "penggunaan bahasa Melayu" kerana perkataan yang terbit daripada apitan peN-...-an boleh membawa maksud perihal atau proses.Tatabahasa29.11.2016
" Merempit tidak mendatangkan apa-apa faedah" ayat tersebut mengalami proses pengguguran jenis apa

Contoh ayat yang diberi mengalami pengguguran kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama - Kata Nama (Inti) + Penerang. Kata nama ini boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Buku Tatabahasa Dewan, halaman 560, menerangkan hal ini dalam tajuk Proses Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. Contoh yang diberi ialah: Bersenam boleh menyihatkan badan (asalnya - Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. 

Tatabahasa26.05.2011
Apa peranan DBP Cawangan Sarawak?Sejak penubuhannya, DBP Cawangan Sarawak memainkan peranan yang penting dalam pengendalian hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan sastera di negeri ini. Antara peranan yang penting ialah: 1. Melaksanakan kegiatan yang mengarah kepada peluasan, peningkatan penggunaan dan kejayaan pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal. 2. Melaksanakan kegiatan-kegiatan kesusasteraan yang membantu ke arah: Membina bakat penulisan dan memupuk minat serta penghayatan sastera kebangsaan di Sarawak. Memperbanyak hasil dan bahan untuk diterbitkan dalam bahasa kebangsaan serta meningkatkan mutu sastera kebangsaan di Sarawak. 3. Mendapatkan bahan-bahan penerbitan dalam Bahasa Melayu daripada sumber budaya Sarawak yang sesuai untuk diterbitkan.Lain-lain12.11.2007
Ayat " Merempit tidak mendatangkan apa-apa faedah" Ayat tersebut mengalami proses pengguguran FN sbg subjek atau FN yang berfungsi sebagai inti dalam FN.ApakahTQVM

Contoh ayat yang diberi mengalami pengguguran kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama - Kata Nama (Inti) + Penerang. Kata nama ini boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Buku Tatabahasa Dewan, halaman 560, menerangkan hal ini dalam tajuk Proses Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. Contoh yang diberi ialah: Bersenam boleh menyihatkan badan (asalnya - Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. 

Tatabahasa29.05.2011
12345678910...

Kembali ke atas