Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sahaja (kata tugas)
1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,

2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa,
Berantonim dengan jarang-jarang

3. Bersinonim dengan juga: jua

4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,

5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,

Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh ayat: (a) Apa-apa sahaja yang ditetapkan guru besar itu tidak boleh kita ubah. (b) Apa-apa sahaja yang ditentukan guru besar itu tidak boleh kita ubah. Merujuk kepada 2 ayat di atas, apakah perbezaan perkataan "ditetapkan" dan 'ditentukan' dari segi makna dan penekanaannya. Mana satukah sepatutnya menjadi padanan kepada perkataan 'ordain' dalam bahasa Inggeris? Terima Kasih.Dalam Kamus Dewan ditetapkan dan ditentukan sama maknanya, maka kedua-dua ayat tersebut betul. Perkataan ordain dalam bahasa Melayu bermaksud mentahbiskan atau dalam bentuk kata kerja pasif ialah ditahbiskan, atau maksud yang kedua ialah memerintahkan/diperintahkan.Tatabahasa03.04.2012
Dalam ayat-ayat di bawah, kata sendi nama "kepada" atau "terhadap" lebih sesuai dan tepat untuk digunakan? 1. Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap / kepada apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita. 2. Kita mestilah berterima kasih terhadap / kepada apa-apa bantuan yang telah diterima. 3. Dia berasa kurang senang terhadap / kepada saya. Adakah ayat-ayat ini menekankan sasaran abstrak seperti "apa-apa sahaja yang kita nikmati"dan "apa-apa bantuan" yang perlu menggunakan kata sendi nama "kepada" di hadapan objek-objek abstrak tersebut? Selain itu, dalam soalan nombor 3, adakah kedua-dua kata sendi nama "kepada" dan "terhadap" membawa makna yang sama, iaitu menunjukkan sasaran yang konkrit, seperti manusia?1. Kita haruslah sentiasa bersyukur atas apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita.
2. Kita mestilah berterima kasih atas apa-apa bantuan yang telah diterima.
3. Dia berasa kurang senang kepada/terhadap saya.
Kata sendi nama kepada atau terhadap tidak gramatis dalam ayat 1 dan 2, kami mencadangkan penggunaan kata tugas "atas" yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai arah seperto perkara, bahasa, peristiwa, bidang dan sebagainya.
Tatabahasa08.08.2014
Nadia cepat memahami dan menguasai apa-apa sahaja yang diajar oleh guru-gurunya. adalah petikan di atas menunjukkan peribahasa otak cair? atau tajam akal atau peribahasa lain yang sesuai? terima kasih. selamat berpuasaDalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, otak cair bermaksud cepat menangkap pelajaran dan sebagainya yang diajarkan; cerdik.

Manakala tajam akal pula ialah cerdik; pandai.

Berdasarkan takrifan tersebut, peribahasa yang sesuai ialah otak cair.
Tatabahasa23.07.2014
-Maksud laporan? -Ciri-ciri untuk menulis laporan? -Format laporan? -Jenis-jenis laporan? -Apa-apa sahaja lagi yang berkaitan dengan laporan -Diharap pihak DBP dapat membeikan kerjasama yg sewajarnya. -Terima kasih

Terima kasih atas soalan anda. Sila rujuk bahan ini :

1.

Bahasa laporanAsmah Haji OmarDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1997

2.
Panduan bahasa & Format Penulisan LaporanMaimunah Hj. OmarBiroteks, ITM1993
3.
 Surat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan & LaporanSamsuddin WahabDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)2005
4.
Bahasa laporan: laras atau kesalahan bahasa?Asiah IdrisPelita Bahasa01/10/1993
5.
Laras bahasa laporan mesyuaratSulaiman MasriDewan Masyarakat01/09/1996
6.
Pemantapan bahasa dalam penulisan laporanMohamad IbrahimPelita Bahasa01/11/2007
7.
Penulisan laporanSulaiman MasriDewan Masyarakat01/06/1996
Lain-lain08.05.2008
Ejaan Hartanah atau Harta Tanah?Harta tanah bermaksud (Eko) tanah dan apa-apa sahaja yang terdapat di atasnya (seperti bangunan, tanaman, balak, atau galian);
Hartanah juga bermaksud harta tanah.
 

Oleh itu, kedua-dua perkataan hartanah dan harta tanah ini diterima dan terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://prpm.dbp.gov.my
Lain-lain08.08.2022
"Kamu boleh beli apa sahaja, tetapi bukan daripada/ dari gerai itu," kata ibu memberi amaran.Yang betul ialah "Kamu boleh beli apa sahaja, tetapi bukan dari gerai itu," kata ibu memberi amaran. Yang betul ialah perkataan dari.Ejaan01.11.2011
Assalamualaikum. 1. Perkataan menjerang diertikan sebagai "meletakkan periuk (dll) di atas api untuk memasak". (Kamus Dewan edisi 4). Adakah ia bermaksud perkataan menjerang boleh digunakan untuk memasak apa-apa sahaja (nasi, air, lauk-pauk)? Tidak khusus untuk air? 2. Kamus Dewan edisi 4: Menanak bermaksud "memasak nasi (dlm periuk, kawah, dll). Kamus Pelajar Edisi 2: Menanak bermaksud "memasak dlm periuk, kawah dll (khasnya nasi)". Malah diberikan contoh menanak kentang dan menanak santan. Adakah perkataan menanak juga boleh digunakan untuk tujuan memasak apa-apa sahaja, tidak khusus untuk nasi?1. Perkataan menjerang juga bermaksud memasak. Oleh itu, ia tidak khusus untuk menjerang air sahaja.

2. Perkataan menanak tidak khusus untuk menanak nasi sahaja. Jika memasak sesuatu dengan hanya merebus sahaja, perkataan menanak juga boleh digunakan.
Lain-lain29.03.2021
sila jelaskan dengan lebih mendalam perkataan memasPerkataan "memas" tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Walau bagaimanapun, perkataan "memas" terdapat dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan digunakan dalam peribahasa "Kerana emas memas, kerana padi menjadi". Maksud peribahasa ini ialah orang kaya dapat mencapai apa-apa sahaja maksud hatinya. Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ini, maksud  yang diberikan untuk "memas" ialah cermat atau bagus.Lain-lain17.08.2016
Tolong betulkan terjemahan ayat ini: "Your training includes anything from natural disasters to shipwreck." Latihan anda termasuk apa-apa insiden dari bencana alam ke kapal tenggelam. Betulkah penggunaan "dari" dan "ke" dalam ayat di atas? Adakah ia sama seperti penggunaan, "Dari hujung rambut ke hujung kaki".Pasangan kata sendi yang betul ialah daripada...kepada dan dari...ke. Cadangan terjemahan bagi ayat "Your training includes anything from natural disasters to shipwreck." yang diberikan ialah 'Latihan anda merangkumi apa-apa sahaja daripada bencana alam kepada kapal karam.'Makna25.08.2021
1 )saya mencari apa sahaja yang berkaitan dengan Jan Laurens Brandies iaitu seorang ahli ilmu perbandinagan bahasa. 2)Adakah terdapat jurnal berkaitan beliau atau buku dalam istilah bahasa melayuPertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan yang terperinci. Sila buat rujukan di  Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau  kunjungi Perpustakaan Negara atau mana-mana pusat sumber untuk tujuan tersebut.Lain-lain17.07.2009
12345678910...

Kembali ke atas