Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apa-apa jua

Puisi
 

Salam-salam wa alaikum salam,
     Sirih dilipat dengan di dalam;
Apa jua khabar bunga di kolam,
     Pucuk menelek akar di dalam.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
manakah penggunaan yang betul: 1. Apa jua caj perkhidmatan; atau 2. Apa-apa jua caj perkhidmatan Saya meragui penggunaan 'apa-apa jua'. Sekian, terima kasihAyat yang betul ialah "Apa-apa jua caj perkhidmatan". Apa digunakan dalam ayat tanya dan apa-apa digunakan dalam ayat penyata yang bermaksud segala apa.Tatabahasa14.09.2011
Ctfand Kahar Jul 8th, 11:49am Tuan, terima kasih atas perkongsian infografik kesilapan dan ejaan yang betul. Bagaimana pula dengan: draf atau deraf, mana satu yg betul? Mohon penjelasan Tuan. Terima kasih dan Selamat Berpuasa.Terima kasih. Mohon jasa baik Tuan/Puan CtFand Kahar untuk menjadikan http://prpm.dbp.gov.my sebagai teman di hujung jari dalam apa-apa jua persoalan berkaitan bahasa Melayu (enjin carian makna (pada ruangan takrif), tesaurus, puisi, peribahasa, panduan ejaan (pada ruangan kata), jurnal. artikel, dan banyak lagi kemudahan yang disediakan DBP secara percuma. Merujuk kepada soalan Tuan/Puan boleh klik pada capaian yang berikut. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=drafIstilah08.07.2015
Pilihan terjemahan ayat yang manakah betul, A atau B? Soalan: But whatever the ancient gods decided, who are we to question, right? A: Tetapi apa jua yang dewa kuno mahukan, siapalah kita untuk mempersoalkannya, benar? B: Tetapi apa jua yang dewa kuno mahukan, siapalah kita untuk mempersoalkan, bukan?Terjemahan yang betul ialah: Tetapi apa jua yang dewa kuno mahukan, siapalah kita untuk mempersoalkannya?Makna27.11.2022
perkataan "apa jua" boleh atau tidak digunakan untuk mengarang surat.perkataan jua sama maksud dengan juga. Walau bagaimanapun dalam konteks rasmi gunakan apa juga.Lain-lain03.01.2008
tolong hantarkan saya apa jua mengenai penggunaan kata sempang dan imbuhan "meng-i"Tanda sempang lazimnya digunakan penulisan kata ganda saeperti kuih-muih, rumah-rumah dan kata-kata. Apitan meN...i (termasuklah meng...i) boleh ada dalam kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 202.Tatabahasa23.08.2009
macam mana nak dapatkan petua kejayaan SPM yang terbaikPaling penting untuk apa jua kejayaan yang dicita-citakan ialah disiplin. Dengan disiplin kita akan mematuhi apa yang telah kita rancangkan. Tanpa disiplin agak sukar untuk kita mengejar cita-cita dan impian. Sebagai pelajar SPM, patuhilah nasihat ini, iaitu disiplinkan diri, masa, dan jauhkan benda-benda atau perkara yang tidak berfaedah.T.kasih.Lain-lain21.11.2006
Rose Merah Nov 28th, 1:36am Salam sejahtera, sy ada sedikit soalan, apakah peranan subjek bahasa melayu di sekolah? Jika subjek agama berperanan bagi mendidik akhlak dan mengenal hukum , jika subjek sejarah adalah bagi melahirkan masyarakat yg tahu tentang peristiwa2 penting bagi membentuk suatu kesedaran dan pengajaran serta boleh menjadi alat kepada buah fikiran masyakat dlm suatu keadaan, matematik digunapakai , dipraktikkan bagi urusan kira2 dalam kehidupan harian, tp bagaimana pula dgn peranan subjek bahasa melayu? Bukankah orang melayu sememangnya tahu berbahasa melayu? Pembelajaran adalah kaedah bagi merubah ketidaktahuan kepada pengetahuan, dan apabila sy yg yakin, sememangnya ada peranan subjek bahasa melayu tersebut dalam kehidupan harian,bukan hanya sekadar memperkenalkan apa itu 'bahasa melayu' bukan? Apa yang saya nampak disini , ramai penulis2 muda yang menulis tanpa mengambil berat mengenai tatanan kata2, tatabahasa rosak, dan bagi mereka ianya tidak penting , dan sy percaya, ketaksedaran inilah yang menjadi alasan mengapa subjek bahasa melayu diperkenalkan disekolah. Jadi, saya harap tuan/puan beri pencerahan kpada sy, apa lagi peranan subjek ini kepada masyarakat terutama kepada sy yg cintakan 'bahasa ibunda' ini.Bahasa merupakan wadah atau alat untuk menyampaikan buah fikiran atau dalam maksud yang lebih luas bahasa merupakan alat menyebarkan ilmu. Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu dan bahasa pengungkap peradaban dalam sebuah tradisi ilmu agung yang berkembang beribu-ribu tahun lamanya. Sistem pendidikan negara yang berbahasa pengantar bahasa Melayu telah membentuk suatu kesatuan sikap, pemikiran, sistem nilai, dan pandangan sarwa dalam kalangan generasi muda Malaysia, selain terbentuknya budaya berbahasa yang relatif seragam. Penulis terkenal dalam bahasa Melayu merupakan “seniman” yang menggunakan perkataan, ayat dan tanda baca. Seni penulisan menjadi ujian dan ukuran kepintaran seseorang penulis melahirkan buah fikirannya. Dalam hal ini, kemahiran berbahasa Melayu tinggi amat penting bagi menjamin kelestarian berbahasa. Apa-apa jua bahan yang didokumenkan pada masa kini, termasuklah penulisan dan penerbitan dalam pelbagai genre akan menjadi citra kepada generasi yang akan datang dalam menilai keutuhan pembinaan tamadun bangsa. Maka, di sinilah letaknya kepentingan bahasa Melayu tinggi. Bahasa Melayu telah berjaya dan terbukti dalam mengungkapkan segenap bidang ilmu termasuklah matematik, sains, teknologi, perubatan, kejuruteraan, pengurusan, kedoktoran, undang-undang, perakaunan dan diplomatik.Lain-lain28.11.2015
Saya ingin bertanya, "adakah benar bahawa bahasa dialek Johor merupakan asas pembentukan bahasa melayu standard di Malaysia? Jikalau benar, bolehkah kita menggunakannya dalam apa jua situasi bukan hanya sebagai bahasa percakapan?".Bahasa Melayu dialek Johor-Riau menjadi asas kepada pembentukan bahaasa Melayu standard di Malaysia.Lain-lain07.10.2014
Apa makna 'perkongsian pintar'? Terima kasihSdr. Mayling 6572, soalan ini tidak ada kaitan dengan bahasa. Tetapi apa yang saya faham tentang soalan Sdr. ialah kita cuba mendapatkan atau mewujudkan kerjasama dalam apa jua hal akan tetapi keuntungan atau faedah yang terhasil akan dikongsi bersama. Manfaatnya dikongsi bersama.Lain-lain28.09.2007
Apa istilah untuk suami yg tinggal di rumah. Contohnya kalau isteri dipanggil surirumah. Terima kasihTidak ada istilah khusus untuk suami yang tinggal di rumah kerana dia tetap bergelar suami walau apa jua pekerjaannya.Istilah09.12.2011
1234

Kembali ke atas