Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apa-apa jua

Puisi
 

Salam-salam wa alaikum salam,
     Sirih dilipat dengan di dalam;
Apa jua khabar bunga di kolam,
     Pucuk menelek akar di dalam.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
melayaribelayar di (laut, sungai) dgn kapal atau perahu, mengharungi: tiga hari sudah mereka ~ laut lepas dgn tiada diganggu oleh apa-apa jua; ~ Internet mencari dan men­dapatkan maklumat, data dsb dlm Internet;Kamus Dewan Edisi Keempat
pandu ujiperihal atau perbuatan memandu sesebuah kenderaan bermotor (kereta, moto­sikal dsb) seketika, terutamanya oleh bakal pembeli, utk menguji atau menilai apa-apa jua kelebihan atau kelemahannya: semua bakal pembeli diberi peluang melakukan ~ kereta model yg terbaru itu; memandu uji memandu sesebuah kenderaan bermotor, spt kereta dan motosikal, utk meng­uji atau menilai kelebihan atau kelemahan­nya, melakukan pandu uji: selepas ~ Jaguh, dia mendapati motosikal ini mudah dikendalikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pun1. juga, dan demikian juga: memang saya ~ berpendapat demikian; perkara rompakan ~ berkurangan waktu akhir-akhir ini; esok ~ boleh saya ambilkan; itu ~ dia datang; permintaannya itu sudah ~ diterima; 2. biar, kendati, meski, walau: susah ~ dikerjakannya juga; hendak tidak ~ makan jugalah saya; 3. bahkan, malahan, sedangkan... (apa lagi...): duduk ~ penat apa lagi berjalan; jangankan menegur memandang ~ tidak hendak; 4. apa saja, bagaimana saja, apa-apa jua: apa ~ dikerjakannya (juga); siapa ~ boleh menjadi ahli persatuan ini; 5. ~ ...lah utk menyatakan bahawa perbuatan mulai berlaku (terjadi): maka rotan itu ~ tumbuhlah; 6. utk menguatkan serta menegaskan pokok ayat: setelah selesai bersiram baginda ~ berangkat masuk ke dlm istana; 7. = sekali ~ sekali juga; kalau ya ~ biarlah aku bersalin dulu; tidak bayar ~ tidak apa; apalah yg Ida berikan kpd abang tu; tidak sejemput ~ tidak sedikit jua pun.Kamus Dewan Edisi Keempat
benda1 sesuatu yg tidak diketahui benar-benar; apa-apa saja yg dikira secara umum; barang: Apa ~nya yg engkau bawa itu? 2 barang-barang yg berharga; harta: Arwah ayahnya tidak meninggalkan ~ apa jua pun. 3 segala yg berbentuk dan dpt dilihat serta dipegang; lwn roh. ~ hidup segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. ~ mati segala benda yg tidak bernafas atau tidak bergerak. kebendaan 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
benda1. sesuatu yg tidak diketahui benar-benar; apa-apa saja yg dikira secara umum; barang: Apa ~nya yg engkau bawa itu? 2. barang-barang yg berharga; harta: Arwah ayahnya tidak meninggalkan ~ apa jua pun. 3. segala yg berbentuk dan dpt dilihat serta dipegang; lwn roh. ~ hidup segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. ~ mati segala benda yg tidak bernafas atau tidak bergerak. kebendaan 1. apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2. yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~.Kamus Pelajar
pantang1. = pantangan sesuatu yg dilarang melakukannya (menurut adat atau keper­cayaan), larangan: bagi ibu-ibu yg sihat tiadalah apa-apa ~ atau larangan yg dikenakan tentang apa-apa makanan; ~ di hutan (di laut) sesuatu yg tidak boleh disebut atau dibuat sewaktu di hutan (di laut); 2. = pantangan makanan (minuman) yg ditegah (terlarang) utk sesuatu penyakit dll: penyakit gatal ini ~nya ialah udang; daging lembu ialah ~ bagi orang yg beragama Hindu; 3. keadaan tidak boleh melakukan atau me­makan sesuatu (bkn perempuan sewaktu 44 hari selepas bersalin dll): keadaan Minah selama dlm ~, tidur baring di atas penyalai; memang laki-laki ~ surut; dlm ~ dlm keadaan tidak boleh berbuat sesuatu yg terlarang selama 44 hari (bkn perempuan yg baru bersalin), dlm hari; makan ~ makan dgn tidak boleh memakan makanan tertentu; 4. tidak mahu (suka): Lahuma tersangat ~ padinya dikacau musuh; dia kepala batu, ~ menyerah; 5. tidak dapat (boleh): orang sini ~ tengok orang yg belum berkahwin; musuh ~ dicari musuh tidak boleh (jangan) dicari; 6. = kepantangan sesuatu yg tidak disukai (dibenci, dikutuki); ~ gelanggang perbuatan yg dilarang me­lakukannya sewaktu menyabung ayam; ~ larang = ~ pemali bermacam-macam pantang atau larangan; ~ kutu dicukur, ~ manusia dihina prb berhati­-hati bercakap supaya jangan sampai menghina orang yg dilawan bercakap; ~ lang dgn ayam lambat-laun disambar juga prb a) lelaki kalau berdekatan (bergaul) dgn perempuan akhirnya jadi tidak baik jua; b) pencuri tidak boleh melihat harta orang, lambat-laun dicurinya jua; ~ mati sebelum ajal prb tidak akan mati sebelum waktunya; ~ si tegang dibawa mengetul prb orang keras kepala tiada dapat men­dengar kata (nasihat) orang; berpantang 1. mempunyai pantang (tidak boleh makan dll sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam dan daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi; jenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris yg berpantang-pantang; memantang 1. sengaja tidak mahu me­makan dll sesuatu; ~ kopi tidak mahu me­minum kopi; 2. menolak, menampek; tiada ~ lawan tiada menolak lawan; memantangkan menjadikan pantang, me­larang memakan (melakukan dll) sesuatu: makanan-makanan ini tidak dipantangkan kpd semua orang; tiada ~ barang sesuatu pekerjaan apa-apa pekerjaan pun dikerjakan; pantangan pantang, larangan, makanan (mi­numan) yg terlarang; kepantangan pantang, yg tidak disukai: bergambar bertiga itu ~ orang tua-tua; bagai memegang buah ~ beruk, ditelan mati emak diluahkan mati bapa prb serba salah; pejatian awak ~ orang prb berbeza (berten­tangan) pendapat dgn orang ramai; perpantangan bkn pantang: barang ~; pemantangan perihal atau perbuatan me­mantang atau memantangkan: kehamilan yg kerap dan ~ makanan yg berulang kali tidak memberi peluang kpd ibu yg bersalin utk kembali pulih kpd keadaan kesihatan yg asal.Kamus Dewan Edisi Keempat
dera1 pukulan dgn rotan (cemeti dll) sbg hukuman. 2 seksa; hukuman (dgn cara apa jua): Mereka kena ~ dgn menjulang batu-batu itu. mendera 1 memukul dgn rotan dll sbg hukuman. 2 menyeksa; menghukum (dgn cara apa jua): ~ orang salah dgn menyuruhnya bekerja di tengah panas. ~ diri menyeksa diri (sendiri).Kamus Pelajar Edisi Kedua
layar1. kain penampung angin (utk menjalan­kan perahu, kapal): setelah itu sauh dibongkar, ~ pun ditarik, belayarlah geliung panjang itu; kapal ~ kapal yg menggunakan layar; 2. tirai, penutup jendela, dll, langsir; 3. = ~ perak (putih) kain tempat menayangkan wayang gambar (wayang kulit dll): bintang-bintang lawak di ~ perak cuma berada di bibir mulut peminat-peminat filem selagi mereka ber­lakon; 4. = kain ~ sj kain tebal (utk dibuat layar); ~ agung layar yg terbesar (pd kapal); ~ apit layar pendua (bagi layar agung); ~ batang layar yg dipasang pd kayu yg menghubungkan tiang dgn hujung layar itu; ~ bubutan (temberang) layar dekat layar agung (utk membelok); ~ bulu ayam layar pengimbang (pd tali penyokong tiang); ~ cucur layar segi tiga (yg dipasang pd tiang yg terdepan), jib; ~ dastur (pinggir) layar kecil sbg pembantu layar yg besar; ~ gap (gusi) layar yg dipasang pd canggah yg dilekatkan di bahagian atas tiang kapal; ~ padau layar yg dipasang ketika angin ribut; ~ pengapuh layar yg dipasang di atas layar terbawah; ~ penyorong (baksi) layar yg dipasang pd tiang belakang jib; ~ pucuk jala (tanjak, tanjung) layar besar di belakang jib; ~ sabang layar yg dipasang pd tiang perahu kecil di belakang; ~ terbang (top) layar segi empat yg dipasang melandai pd tiang; ~ topang layar yg terbesar pd tiang depan; ~ menimpa tiang prb seseorang yg diharapkan menjadi pembelot; berlayar menggunakan layar (perahu, kapal): perahunya lilin ~ kertas; belayar 1. berjalan atau bergerak (bkn kapal atau perahu): kapal itu sedang ~ menuju ke pelabuhan Kelang; 2. pergi (berpergian) dgn kapal atau perahu: mereka akan ~ ke India dgn menaiki kapal penumpang; ~ dulu ki meninggal dunia; ~ ke pulau kapuk tidur; ~ atas angin prb berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain; ~ bernakhoda, berjalan dgn yg tua prb segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yg lebih berpengalaman; ~ sambil memapan, merapat sambil ~ prb sekali melakukan kerja, dua tiga maksud tercapai; berbuat di alang tahun, ~ di luar musim prb mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak pd waktunya tentu tidak mendapat hasil; melayari belayar di (laut, sungai) dgn kapal atau perahu, mengharungi: tiga hari sudah mereka ~ laut lepas dgn tiada diganggu oleh apa-apa jua; ~ Internet mencari dan men­dapatkan maklumat, data dsb dlm Internet; melayarkan membuat supaya belayar (kapal, perahu), menjalankan (kapal, perahu), mem­bawa belayar: kapal itu dilayarkan kembali ke pangkalannya; pelayaran perihal belayar, perjalanan kapal dsb: pejabat ~; sekolah ~; selama dlm ~ itu, ia tidur atau duduk sahaja; orang ~ orang yg kerjanya belayar, pelayar; berpelayaran ark telah biasa atau selalu belayar; pelayar 1. orang yg kerjanya belayar; 2. (Komp) sj program komputer yg digunakan utk melayari Internet: laman Web ini hanya boleh dibuka dgn menggunakan ~ Netscape Navigator sahaja; 3. (Komp) orang yg melayari Internet: ~ boleh mendapatkan maklumat dr laman Web; kepelayaran hal, sifat dsb yg berkaitan dgn pelayar: semuanya bermula drpd sifat ke­pahlawanan dan ~ orang Melayu pd waktu itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
dera1. pukulan dgn rotan (cemeti dll) sbg hukuman. 2. seksa; hukuman (dgn cara apa jua): Mereka kena ~ dgn menjulang batu-batu itu. mendera 1. memukul dgn rotan dll sbg hukuman. 2. menyeksa; menghukum (dgn cara apa jua): ~ orang salah dgn menyuruhnya bekerja di tengah panas. ~ diri menyeksa diri (sendiri).Kamus Pelajar
sekularistik(sékularistik) bersifat (meng­amalkan) sekularisme: apa jua bentuk pemi­sahan dan pembelaan, kedua-duanya akan melahirkan sikap ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas