Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Apa diharap pada padi,
     Tinggi rumput dari ruang;
Apa diharap pada kami,
     Budi tiada bahasa pun kurang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Sawah berpermatang (= berpiring),
     ladang berbintalak.

Bermaksud :

Segala apa pun harus ada batasnya. bintalak = batas sebuah ladang dengan ladang yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah lebih tepat and sesuai? Saya tak tahu apa-apa. Saya apa-apa pun tak tahu.Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan secara betul kerana kedua-duanya mempunyai makna yang berbeza.Tatabahasa30.05.2019
1. Manakah yg betul? i. Apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. ii. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. 2. Apakah maksud 'telejariah' ? Terima Kasih.

 1. Kedua-duanya betul.

2. "Telejariah" merupakan istilah khusus yang digunakan oleh mana-mana institusi kewangan Islam untuk menawarkan khidmat beramal jariah melalui telefon.

Lain-lain20.08.2009
Saya sedia maklum bahawa "siapa, apa, mana, bila, kenapa" tidak boleh digunakan dalam ayat penyata. Namun, bolehkah dia diguna dalam konteks di bawah? 1. Saya pun tak tahu, entah kenapa saya datang. 2. Saya akan buat apa saja untuk berjaya. / Saya akan buat apa-apa saja untuk berjaya. 3. Dia boleh buat apa pun./ Dia boleh buat apa-apa pun. 4. Apa daya, nasi sudah menjadi bubur. -liyana
Binaan ayat bergantung pada konteks situasi atau penggunaannya. Jika dalam situasi percakapan, misalnya dalam cerpen atau novel, contoh pertama sudah memadai. Namun begitu, dalam konteks bahasa yang baku atau persis, yang terbaik tentulah penggunaan kata mengikut fungsinya. 

1. Saya pun tak tahu,  "sebab/tujuan" saya datang. Betul

2. Saya akan buat "apa-apa" saja untuk berjaya. Betul

Apabila digandakan, fungsi "apa" sebagai kata tanya  sudah berubah fungsi menjadi rujukan tidak tentu atau penegasan.

3. Dia boleh buat "apa-apa" pun. Betul

Sama seperti ayat 2.

4. "Apatah/Apalah" daya, nasi sudah menjadi bubur. Betul

Dicadangkan untuk memilih bentuk kata mengikut fungsi asal kata berkenaan, melainkan jika digunakan dalam laras kreatif atau konteks lisan.
Tatabahasa25.03.2021
Selamat sejahtera. 1. Bolehkah kata 'maka' digunakan sebagai permulaan ayat? Misalnya, 'Maka mereka pun beredar dari situ.' 2. Bilakah kata 'pun' perlu bergabung dengan suatu perkataan? Misalnya, 'telahpun' atau 'telah pun', 'apa-apapun' atau 'apa-apa pun'. Mana satukah yang betul? 3. Betulkah penggunaan imbuhan akhiran -i dalam contoh-contoh berikut? Dia memaklumi keluarganya tentang berita itu. Biar Tuhan yang menghukumi aku. Bolehkah kau menjagainya? Aku akan mengotai janji saya. Wang perak sebanyak lima tahil ini, bukankah dah cukup untuk menyarai hidup selama tiga lima bulan? Sekian, terima kasih daun keladi.

1. Maka tergolong dalam penanda wacana yang boleh hadir di awal atau pertengahan ayat.

2. Kata adapun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun dan walaupun dieja sebagai satu perkataan, yang selain daripada senarai tersebut iaitu pun yang bermaksud juga dieja sebagai dua perkataan, contohnya dia pun (juga).

3. Penggunaan memaklumi, menjagai, menyarai dan mengotai (kata kiasan bermaksud menepati janji) dalam ayat-ayat tersebut adalah betul. Tidak ada kata terbitan menghukumi, yang ada menghakimi, seperti contoh ayat: kamu jangan menghakiminya.  

Tatabahasa28.06.2010
Salam sejahtera, Apakah ejaan yang betul untuk apapun / apa pun? Terdapat jawapan "Apa pun" di bahagian Khidmat Nasihat tetapi terdapat juga penggunaan "Apapun" di bahagian penjelasan istilah dan sebagainya. "Apapun/Apa pun" yang saya maksudkan ialah terjemahan untuk bahasa Inggeris "anyway". Contoh: Anyway, I heard that you changed career. <-- Apa pun / Apapun, saya dengar awak bertukar kerjaya. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "apa pun".Ejaan28.10.2022
Boleh terangkan ejaan manakah yang betul bagi penggunaan PUN? Apapun atau Apa pun?

Ejaan yang betul ialah apa pun.

Ejaan13.08.2011
Kenapa apa pun tidak boleh dieja dekat (apapun)? Apa bezanya dengan 13 perkataan lain yang boleh dieja dekat tu?

Kata "pun" sebagai partikel dieja rapat seperti walaupun dan sungguhpun, manakala "pun" yang bermaksud juga dieja terpisah seperti dia pun dan telah pun.

Tatabahasa16.08.2011
Tuan/Puan, Saya ingin mendapat nasihat dari pihak tuan/puan berkenaan penggunaan perkataan “pun”. Persoalah: Sama ada perkataan “pun” sesuai di depan atau di hujung perkataan Contoh: Tiada seorang kanak-kanak pun yang diambil kerja dalam apa-apa pekerjaan boleh dikehendaki atau dibenarkan- (a) untuk bekerja antara jam 8 malam hingga 7 jam pagi; atau Tiada seorang pun kanak-kanak yang diambil kerja dalam apa-apa pekerjaan boleh dikehendaki atau dibenarkan- (a) untuk bekerja antara jam 8 malam hingga 7 jam pagi; Apakah perbezaan dari segi tatabahasa sekiranya perkataan “pun” itu berada di depan atau di hujung perkataan?. Terima kasih atas bantuan tuan/puan.Partikel pun berfungsi untuk menegaskan perkataan yang mendahului atau terikat dengannya. 
Ia bermaksud juga, bahkan, biar, menguatkan pokok ayat, turutan dan penguat kata tak tentu yang dieja terpisah. 
Oleh itu, ia boleh berada di hadapan atau di hujung ayat secara bersendirian.

Contoh:
1. Tiada seorang kanak-kanak pun yang diambil bekerja dalam apa-apa pekerjaan boleh dikehendaki atau dibenarkan:
    (a) untuk bekerja antara pukul 8.00 malam hingga 7.00 pagi.

2. Tiada seorang pun kanak-kanak yang diambil bekerja dalam apa-apa pekerjaan boleh dikehendaki atau dibenarkan:
    (a) untuk bekerja antara pukul 8.00 malam hingga 7.00 pagi.
Lain-lain05.07.2021
sila semak, apapun atau apa pun, sepertimana atau seperti mana, warawiri atau wara-wiri, fatamorgana atau fata morgana apakah maksud kausa dan lokatif berikan contoh kata kerja yg disertakan dengan imbuhan, men---kan atau men---i yang membawa maksud kasatif atau lokatif berikan contoh bagi kata kerja yang sama imbuhannya tetapi selepasnya, membezakan benda bernyawa atau tidak berkan contoh bagi kata kerja yang sama imbuhannya yang kalau diganti sesama sendiri masih tidak mengubah maksud perkataan berkenaanEjaan yang betul ialah apa pun, seperti mana, warawiri dan fatamorgana. Maksud kausatif ialah (Lin) berkenaan bentuk kata kerja transitif yg berakhiran -kan yg mengatakan sebab berlakunya sesuatu kejadian (mis dlm ayat Ali membesarkan rumah, -kan dlm kata membesarkan membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan besar). Contoh kata kerja yg disertakan dengan imbuhan meN-...-kan atau meN-...-i yang membawa maksud kausatif atau lokatif ialah menghadiahi dan menghadiahkan. Contoh kata kerja yang menerima imbuhan meN-...-kan dan meN-...-i serta boleh silih berganti tanpa mengubah maksud perkataan berkenaan seperti Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.Tatabahasa29.08.2007
penggunaan perkataan "pun" contonhya itu pun, lagipun, walaupun, dia pun, ataupun. Penggunaan yang mana betul? harus didekatkan atau dijarakkan ejaan pun itu? Apa bezanya di dekatkan atau di jarakkan? Rujukkan dalam DBP ada yang ejaan didekatkan ada ejaan yang di jarakakan untuk perkataan yang sama.Pun sebagai kata penyerta dieja rapat seperti walaupun, meskipun dan kendatipun. Pun yang bermaksud juga dieja terpisah daripada kata sebelumnya seperti telah pun dan dia punTatabahasa18.01.2012
123456789

Kembali ke atas