Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apakah

Puisi
 

Apa digulai orangdi ladang,
     Pucuk kacang jela-berjela;
Apakah Tenggang anak dagang,
     Hari petang jenjang orang hela.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku,
     kalau tidak dibakar.

Bermaksud :

Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
momolian Kd, Mrsuatu upacara mengubati pesakit.Apakah dia tergamak memanggil momolian untuk menjampi dan menerangkan ubat-ubatan yang diperlukan, mengikut jenis penyakit yang dipercayai dihidapai oleh ibunya?Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rolun Kd, Tbreplika perahu yang dibuat untuk upacara persembahan semangat dan lain-lain.Jali mengangguk terus, memikirkan apakah dirinya yang akan dihanyutkan? Dia tersengih memerhatikan tentagas menghiasi rolun atau rakit, dengan perca-perca kain dan berbagai-bagai jenis bunga di atas rolun itu.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
entenong, *entenung* Ibsejenis pokok yang berbatang lurus, kulitnya lembut dan boleh dibuat bekas besar untuk menyimpan padi.Apakah jenis tangga yang dapat menampung berat isteri awak ini? tanya Nabau. "Cuba ambil kayu entenong sebesar betis untuk tangganya," kata Baring.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mowah Bd1. temujanji yang dibuat antara lelaki dan perempuan. 2. bersiar-siar. 3. menziarahi antara satu sama lain.Apakah kerana minyak guna-guna Nenek Satek? Atau antara pemuda-pemuda yang mendekati Mila, dia memang punya kelebihan? Dua hari kemudian dia datang mowah lagi, dia memberanikan dirinya bertanya. Jawapan Mila menambahkan keyakinannya.Antologi PilihanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
empelasi Ibsejenis ikan air tawar yang kecil dan bersisik, berwarna kelabu.“Eh, sayalah yang datang ke mari saudara. Apakah yang hendak dikatakan dengan panjang lebar” Ke air ikan empelasi terpelanting, ke pantai tercampak ikan seluang. Sekiranya saudara sudi, jemputlah saya turut berbaring, kalau tidak usirkan pulang,? jawab anak Keling.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tilau-tilau idaan Bj Smperbuatan merisik calon isteri/menantu (secara tidak rasmi).Namun, Rohayu sedar, tidak seperti keluarga lain, apabila menerima rombongan tilau-tilau idaan, pelbagai soalan dikemukakan seperti; apakah anak gadis mereka memang sudah tiba masanya untuk berumahtangga?Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas