Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apakah

Puisi
 

Apa digulai orangdi ladang,
     Pucuk kacang jela-berjela;
Apakah Tenggang anak dagang,
     Hari petang jenjang orang hela.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku,
     kalau tidak dibakar.

Bermaksud :

Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
departmental planrancangan jabatanPentadbiranPentadbiran Awam

Suatu pelan tindakan atau program organisasi yang diputuskan, diatur, direncanakan dan disusun rapi selaras dengan misi, visi, matlamat serta objektif yang ingin dicapai. Rancangan akan mengenal pasti apakah sumber yang diperlukan meliputi sumber manusia, modal, tanah, kelengkapan dan penggerak, apakah tindakan yang mesti dilakukan dan jadual yang mesti diikuti. Melalui rancangan yang sempurna, jabatan boleh mengurangkan pembaziran, penyelarasan dari berlakunya pertindihan kerja dan menjangkakan kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan. Rancangan jabatan juga boleh berbentuk rancangan jangka pendek dan jangka panjang berasaskan suatu tempoh jangkamasa tertentu.

managing the riskmengurus risikoPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan atau usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan atasan untuk mengenalpasti apakah bentuk masalah, konflik atau isu yang dihadapi oleh organisasi. Biasanya pelbagai kaedah digunakan oleh majikan untuk mengurangkan tekanan atau beban organisasi. Analisis SWOT (Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman) biasanya menjadi amalan pihak pengurusan atasan dalam mengurus risiko. Contoh risiko yang biasa berlaku dalam organisasi ialah hubungan yang tidak baik di kalangan pekerja, majikan – pekerja, disiplin kakitangan, produktiviti lemah, ancaman persekitaran luaran organisasi seperti kedudukan ekonomi negara, persaingan, keadaan politik dan sebagainya.

formation evaluationpenilaian formasiKejuruteraanPetroleumPerihal kerja mengesan serta mengetahui sama ada unit batuan yang sedang menjadi perhatian mengandungi hidrokarbon atau tidak. Jika ada; apakah longgokan itu wujud dalam kuantiti yang bernilai komersial atau tidak dilihat dari segi perhitungan ekonomi jika hidrokarbon itu ingin dikeluarkan. Sebahagian kecil data diperoleh semasa penggerudian tetapi kebanyakan maklumat yang berguna dalam penilaian didapati daripada kaedah pengelogan telaga.
distinction principleprinsip pembezaanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu prinsip yang perlu diikuti oleh pihak-pihak berperang seperti mana yang digariskan dalam cara berperang menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Prinsip ini membezakan pihak yang terlibat dengan perang, iaitu penempur dan objek ketenteraan dengan orang awam dan objek awam. Prinsip ini perlu bagi mengetahui apakah perkara yang boleh dan perkara yang tidak boleh dijadikan sasaran perang. Menurut prinsip ini, orang awam dan objek awam tidak boleh dijadikan sasaran perang walaupun atas alasan untuk membalas serangan. Pihak-pihak yang bersengketa seharusnya dapat membezakan antara penempur dengan orang awam supaya dapat menyelamatkan orang awam dan objek awam yang tidak terlibat dengan perang.
canals of marsterusan MarikhMatematikTiadaGaris-garis lebar yang kabur di permukaan Marikh yang dianggap oleh sesetengah ahli falak sebagai terusan buatan makhluk Marikh. Percival Lowell, ahli falak Amerika umpamanya menyatakan terdapat lebih daripada 400 terusan dan setengahnya menyatakan panjangnya melebihi 2000 batu dan merentangi lebih daripada 200 WADI. Tiada sesiapa pun yang mengetahui apakah sebenarnya garis-garis ini.
corporate strategic planningperancangan strategik korporatPentadbiranPentadbiran Awam

Proses merencana dan menyusun atur hala tuju sesebuah organisasi yang berkaitan dengan syarikat atau perbadanan. Tindakan ini menetapkan haluan organisasi yang akan menjadi panduan kepada anggotanya untuk mencapai kejayaan yang digarapkan. Kebiasaannya perancangan strategik korporat melibatkan tempoh masa antara tiga hingga lima tahun yang merupakan jangkamasa sesuai untuk mencapai hala tuju berkenaan. Perancangan strategik korporat perlu mengupas persoalan berikut iaitu, (i) Apakah yang ingin dicapai oleh organisasi korporat? (ii) Bagaimana hasrat ataupun harapan tersebut boleh dicapai?, (iii) Bilakah hasrat tersebut akan tercapai?, dan (iv) Untuk siapakah semua ini dilaksanakan?. Perancangan strategik korporat juga perlu melibatkan seluruh warga organisasi supaya perkongsian hala tuju ini akan mewujudkan rasa kesepunyaan dalam kalangan anggota organisasi korporat.

usl?b ?l-??k?musl?b ?l-??k?mKesusasteraanTiadaJawapan yang tidak menjawab soalan yang diajukan. Jawapan ini mengandungi keterangan yang melebihi soalan dan bertujuan untuk menyatakan maklumat atau butir bicara yang lebih penting dan berfaedah. Hal ini menunjukkan kata-kata yang diungkapkan itu padat dengan gaya bahasa yang indah walaupun ringkas. Contohnya seperti firman Allah SWT dalam Sur?h ?l-B?q?r?h, ayat 215: Ertinya: Mereka bertanya kepadamu yang (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: �Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak �anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Dalam ayat di atas, orang-orang mukmin bertanyakan Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dinafkahkan oleh mereka. Rasulullah SAW menjawab dengan menerangkan cara-cara melakukan nafkah (berbelanja), bertujuan untuk menyatakan penjelasan tersebut adalah lebih penting daripada menjawab soalan yang dikemukakan. usl?b al-?ak?m dalam bahasa Arab bermaksud �cara pengolahan oleh si bijaksana�. Usl?b ?l-??k?m dikenali juga sebagai ?l-Q?wl bi ?l-m?wjb. Lihat juga ilmu ?l-b?d?�.

Kembali ke atas