Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apakan

Puisi
 

Ikan tenggiri ikan temenung,
     Lautnya konon sepanjang pantai;
Hajat hati nak peluk gunung,
     Apakan daya tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Maksud hati memeluk gunung,
     apa daya tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Dayang Juita berjalan kaki, Rumah buruk tangga sembilan; Menyuruh gila apakan jadi, Seperti pungguk rindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Ikan tenggiri ikan temenung, Lautnya konon sepanjang pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Asap tinggi ngulung-ngulung, Anak buaya menggonggong bangkai; Harap hati nak memeluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Asap api bergulung-gulung, Anak buaya terlampai-lampai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Asap api bergulung-gulung, Anak buaya mulut disimpai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Bertali jalan Gumantong, Kalakati rendam di paya; Putus hati rasa bergantung, Orang benci apakan daya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putih rupanya bunga kecubung, Anak buaya mati di pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Putus tali Jalan Gumantong, Kelekati rendam di paya; Putus hati rasa bergantung, Orang benci apakan daya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Empat belas bulan purnama, Mendung berarak jadi gelita; Harap di hati nak hidup bersama, Apakan daya jodoh tiada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tinggi bukit boleh didaki, Lurah dalam berpaya-paya; Orang berkelit boleh dinanti, Orang tak hendak apakan daya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas