Kurik Kundi Merah Saga | Dayang Juita berjalan kaki, Rumah buruk tangga sembilan; Menyuruh gila apakan jadi, Seperti pungguk rindukan bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan tenggiri ikan temenung, Lautnya konon sepanjang pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asap tinggi ngulung-ngulung, Anak buaya menggonggong bangkai; Harap hati nak memeluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asap api bergulung-gulung, Anak buaya terlampai-lampai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asap api bergulung-gulung, Anak buaya mulut disimpai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bertali jalan Gumantong, Kalakati rendam di paya; Putus hati rasa bergantung, Orang benci apakan daya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putih rupanya bunga kecubung, Anak buaya mati di pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putus tali Jalan Gumantong, Kelekati rendam di paya; Putus hati rasa bergantung, Orang benci apakan daya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Empat belas bulan purnama, Mendung berarak jadi gelita; Harap di hati nak hidup bersama, Apakan daya jodoh tiada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung nuri si burung tiung, Turun makan di tepi pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. |