Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apakan

Puisi
 

Ikan tenggiri ikan temenung,
     Lautnya konon sepanjang pantai;
Hajat hati nak peluk gunung,
     Apakan daya tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Maksud hati memeluk gunung,
     apa daya tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengapa-apakan, mem­peng­apakan 1. melakukan apa atau bagai­mana lagi, membagaimanakan: tetapi hendak diapakan, emak sayang padanya; 2. melaku­kan apa-apa terhadap, membuat (melakukan) sesuatu terhadap: akan kutuntut bela kpd raja yg mempengapakan suamiku; dia menangis dan meraung mengatakan bahawa ibu bapanya akan mengapa-apa­kannya sekira­nya adiknya tidak dijumpai.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengapakan, mengapa-apakan, mem­peng­apakan 1. melakukan apa atau bagai­mana lagi, membagaimanakan: tetapi hendak diapakan, emak sayang padanya; 2. melaku­kan apa-apa terhadap, membuat (melakukan) sesuatu terhadap: akan kutuntut bela kpd raja yg mempengapakan suamiku; dia menangis dan meraung mengatakan bahawa ibu bapanya akan mengapa-apa­kannya sekira­nya adiknya tidak dijumpai.Kamus Dewan Edisi Keempat
mem­peng­apakan1. melakukan apa atau bagai­mana lagi, membagaimanakan: tetapi hendak diapakan, emak sayang padanya; 2. melaku­kan apa-apa terhadap, membuat (melakukan) sesuatu terhadap: akan kutuntut bela kpd raja yg mempengapakan suamiku; dia menangis dan meraung mengatakan bahawa ibu bapanya akan mengapa-apa­kannya sekira­nya adiknya tidak dijumpai.Kamus Dewan Edisi Keempat
merayu-rayumerayu dgn sungguh-sungguh: dia ~ kpd perompak itu agar keluarganya tidak diapa-apakan; bunyi muzik yg beralun lembut bagaikan ~ memanggil mereka berdua masuk;Kamus Dewan Edisi Keempat
memperamaikanmenye­rang beramai-ramai, membanyaki: malang­nya tok guru diperamaikan dan mati di­tikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi;Kamus Dewan Edisi Keempat
memperamai, memperamaikan menye­rang beramai-ramai, membanyaki: malang­nya tok guru diperamaikan dan mati di­tikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi;Kamus Dewan Edisi Keempat
apa1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk me-nanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau: ya ~ tidak; ~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada kuasa lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar barukah; ~ lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam apa khabar; ~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya memang ya; ~ ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau dideritai; b) mengapa, kenapa; apatah lebih-lebih lagi, apalagi: saya tidak mampu membeli kereta, ~ lagi Ali yg miskin itu; apa-apa 1. barang apa, segala apa, segala sesuatu: tidak memberikan ~ perhatian; 2. sesuatu: ada ~ yg ingin kamu tahu lebih lanjut mengenai pelajaran hari ini? berapa kata yg menanyakan banyaknya; mengapa 1. apa sebab, kena apa: ~ kamu berhati dengki? 2. apa yg diperbuat: ~ kamu di dlm bilik itu? mengapai, mengapa-apai melakukan se­suatu terhadap: diapainya maka ia me­nangis? mengapakan, mengapa-apakan, mem­peng­apakan 1. melakukan apa atau bagai­mana lagi, membagaimanakan: tetapi hendak diapakan, emak sayang padanya; 2. melaku­kan apa-apa terhadap, membuat (melakukan) sesuatu terhadap: akan kutuntut bela kpd raja yg mempengapakan suamiku; dia menangis dan meraung mengatakan bahawa ibu bapanya akan mengapa-apa­kannya sekira­nya adiknya tidak dijumpai.Kamus Dewan Edisi Keempat
rayu II= rayuan pujukan atau hiburan (janji yg muluk-muluk dll) utk menyenangkan hati: tertidurlah oleh ~ irama merdu; pujuk dan ~nya sudah tidak bermakna lagi; lagu Melayu ~ hati; 2. memikat hati, memujuk: ia menulis surat ~ gadis itu supaya menerimanya sbg suami; 3. memajukan permohonan, mengemukakan permintaan (pertimbangan): jika seseorang tidak puas hati dgn keputusan Mahkamah Tinggi, maka bolehlah ia ~ kpd Mahkamah Ulang Bicara; mereka ~ kpd kerajaan supaya bertindak segera membasmi nyamuk dan lalat; merayu-rayu merayu dgn sungguh-sungguh: dia ~ kpd perompak itu agar keluarganya tidak diapa-apakan; bunyi muzik yg beralun lembut bagaikan ~ memanggil mereka berdua masuk; merayukan memajukan permohonan (per­mintaan, pertimbangan) kpd: perkara yg dirayukan oleh keluarga itu ialah suatu perkara keluarga mereka sendiri; rayuan 1. rayu; 2. permohonan, permintaan (yg dimajukan): ~ kpd pemaju perumahan; 3. (Udg) permohonan kpd mahkamah atau pihak berkuasa yg lebih tinggi supaya mengkaji semula keputusan mahkamah atau pKamus Dewan Edisi Keempat
gunungbukit yg besar dan tinggi (lebih drpd 1500 kaki atau 457.2 meter); ~ berangkat sj susunan bantal di atas pelamin; ~ berapi gunung yg mengeluarkan lahar, api, dll dr kawahnya; ~ berapit gunung yg letaknya di antara dua gunung; ~-ganang berbagai-bagai gunung, banyak gunung; ~ lipat gunung yg terjadi kerana muka bumi berlipat; ~ payung ki buah hati, kesayangan (utk anak dll); ~ juga yg dilejang panas prb a) orang kaya juga yg bertambah kekayaannya; b) orang yg pernah berbuat salah biasanya dituduh kalau timbul sesuatu kesalahan; ~ yg tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali prb harta yg banyak sekalipun akan habis kalau selalu diboroskan; ke ~ tak dapat angin prb hendak memperoleh kejayaan tetapi gagal; niat hati hendak memeluk ~ apakan daya tangan tak sampai prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dihajati (dicita-cita); niat hati nak peluk ~ sudah terpeluk biawak celaka (sial) prb lain yg dihajati lain yg diperoleh (kemuliaan yg dihajati, kehinaan yg diperoleh); rendah ~ tinggi harap(an) prb dipakai utk menyatakan besarnya harapan; tak ada ~ yg tinggi yg tak dapat didaki, tak ada lurah yg dalam yg tak dapat dituruni prb tidak ada usaha yg tidak akan berhasil (asalkan keras kemahuan); tak akan lari ~ dikejar (hilang kabut tampaklah dia) prb tidak perlu bergopah-gapah mengerjakan sesuatu yg sudah tentu; gunung-gemunung banjaran gunung; gunung-gunungan, gegunungan gunung buatan, bukit kecil; bergunung-gunung = bergunung-ganang mempunyai banyak gunung: kawasan yg ~; menggunung 1. meninggi (spt gunung): gelombang pun ~ tingginya; 2. mencapai paras (peringkat dsb) yg amat tinggi, me­muncak tinggi: kelayakan yg paling penting bagi seseorang pemimpin dlm masyarakat Jepun ialah sahsiah penuh dgn fahaman dan kesabaran, bukan kebolehan yg ~; menggunungkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; pergunungan tanah yg penuh dgn gunung, daerah yg bergunung-gunung.Kamus Dewan Edisi Keempat
ramai1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasar­an getah ~ kembali; Singapura ialah bandar per­niagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (pen­duduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga jangan­­lah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; ke­gemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama; seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn ber­tengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): se­lepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; meramai-ramai ark beramai-ramai: anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramai­nya dibawanya ke hadapan Benda­hara; beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu; meramaikan 1. menjadikan ramai, menye­bab­­kan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, mem­­­banyakkan: ~ kaum keluarga; 3. men­jadikan gembira, memeriahkan: ia meng­ucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya; memperamai, memperamaikan menye­rang beramai-ramai, membanyaki: malang­nya tok guru diperamaikan dan mati di­tikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi; keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di per­desaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyam­but hari kemerdekaan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas