Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pa.la.gi] | اڤالاݢي

Definisi : lebih-lebih (lagi), terlebih-lebih pula, tambahan pula, apatah lagi: dgn kereta saja ia sudah mabuk, ~ dgn kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.pa.la.gi] | اڤالاݢي

Definisi : tambahan pula; lebih-lebih lagi: Naik kereta api saja pun sudah mabuk, ~ naik kapal laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apalagi

Peribahasa

Sedangkan pucuk lagi tak merah,
     konon pula selaranya.

Bermaksud :

Waktu lagi kaya tidak pernah berderma, apalagi waktu miskin. selara = bulu halus-halus seperti miang pada tumbuh-tumbuhan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah pihak tuan membantu saya dalam memberi difinisi berkaitan dengan perkataan "kesantunan"?selain daripada kesantunan bahasa apalagi dalam budaya,tradisi,adat resam bangsa malaysia yang menggambarkan "kesantunan"?Kesantunan bermaksud perihal (sifat dan sebagainya) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti), baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan. Oleh itu, konsep kesantunan ini luas dan ada dalam pelbagai aspek kemasyarakatan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Bicara Bahasa Kesantunan Berbahasa Asas Keperibadian Mulia, terbitan DBP Wilayah Timur, 2007 dan Panduan utamakanlah kesantunan berbahasa, terbitan DBP, 1992.Tatabahasa22.02.2010
“sementelahan itu”betul tak? ribuan terima kasihPerkataan "Sementelahan" bermaksud: lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi.  Tidak perlu ditambah dengan perkataan "itu".Istilah20.06.2016
Apakah golongan kata bagi kata sementelahan?Perkataan "Sementelahan" bermaksud: lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi. "Sementelahan" digolongkan dalam kata nama.Ejaan19.03.2023
Saya ingin mendapatkan pandangan pihak DBP untuk iklan yang dilampirkan ini. Adakah isnya kurang tepat?Penggunaan perkataan latitud mungkin agak mengelirukan, apalagi jika ditulis latitud 22. Latitud ialah garis pada peta yang selari dengan khatulistiwa. Seharusnya dalam penulisan iklan, lebih baik digunakan perkataan yang lebih mudah difahami dan jelas maknanya.Lain-lain11.10.2007
“Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan.” Ini ayat contoh dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, pada halaman 1439. Pada masukan ini dinyatakan sementelahan bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi. Bukankah ayat ungkapan yang wajar digunakan dalam ayat contoh ini ialah “sementelahan” sahaja tanpa “pula”?Penggunaan "pula" menjadi "sementelahan pula" dalam ayat yang diberikan tidak salah, cuma lewah.Tatabahasa23.02.2009
bolehkan kata klasik seperti sementelahan dan marcapada digunakan dalam karangan pmr/spm? kalau tidak, apakah penanda wacana yang sesuai untuk menggantikanny?Kedua-dua perkataan ini masih boleh digunakan. Walau bagaimanapun perkataan lain yang boleh digunakan ialah 1. marcapada- dunia sekarang ini 2. sementelahan- lebih-lebih lagi,tambahan pula,apalagi. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Tatabahasa03.02.2009
Ribuan terima kasih atas jawapan terperinci yang diberi. Sebenarnya soalan ini keluar dalam peperiksaan percubaan UPSR Pulau Pinang pada 8/7/2014. {__________ lagi yang awak tunggu sehingga kerja masih tidak siap dibuat.} Diberi empat jawapan pilihan. Anak saya memilih "apakah", tetapi jawapan yang diberi oleh cikgu sekolah ialah "apatah". (tetapi soalan tiada tanda soal di belakang. kalau kita guna apatah memang salah sebab apatah bermaksud apalagi, tetapi soalan sudah ada perkataan 'lagi') Tujuan saya ialah mengajar yang betul dan tepat kepada generasi muda kita. Apakah cara yang ada untuk saya rujuk kepada Jabatan Pelajaran Pulau Pinang mengenai jawapan kepada soalan ini ? Apakah sumber atau personel yang boleh menolong saya dalam hal ini ?Pada pandangan saya, soalan yang dikemukakan agak mengelirukan. Sekiranya jawapan "apatah", adalah tidak tepat kerana berdasarkan maksud "apatah" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah "lebih-lebih lagi" atau "apalagi".  Perkataan "apatah" banyak digunakan dalam puisi seperti pantun, syair dan sebaginya. Begitu juga dengan "apakah", iaitu kata tanya yang bermaksud pertanyaan tentang sesuatu perkara yang biasanya ditandai dengan tanda soal (?) di penghujung ayat. Berdasarkan soalan tersebut, "apakah" ialah perkataan yang sesuai, tetapi tiada tanda soal pula di penghujung ayat. Sekian.Tatabahasa15.07.2014
Merujuk kepada jawapan yang diberi ( Jawapan (A) Apakah )bagi soalan Manakah satu yang betul : a) Apakah lagi yang awak tunggu sehingga kerja masih tidak siap dibuat. b)Apatah lagi yang awak tunggu sehingga kerja masih tidak siap dibuat. Sebenarnya apakah perbezaan antara "Apakah" dan "Apatah" ?1.Maksud "apatah" (Kamus Dewan Edisi Keempat) = apalagi/lebih-lebih lagi
2. Maksud "apakah" (Tatabahasa) = kata ganti nama diri tanya merujuk benda atau perkara.
Oleh itu, jawapan yang betul untuk soalan saudara ialah A. (tetapi perlu ada tanda soal ? di akhir ayat)
Apakah lagi yang awak tunggu sehingga kerja masih tidak siap dibuat?
Tatabahasa14.07.2014
Adakah DBP kini ambil sikap lepas tangan dgn penggunaan BM yg 'entah apa2'? Sakit betul telinga bila radio dan TV gunakan perkataan 'diorang' dan 'kitaorang' secara berleluasa. Bayangkan penggunaan dialog 'kitaorang dgn diorang best giler'. Dulu dituturkan dlm program2 drama saja (anehnya drama dari syarikat penerbitan bukan Melayu dgn pelakun2 utama bukan Melayu seringkali lebih prihatin untuk gunakan perkataan 'mereka' dan 'kami'). Tapi kini program bual-bicara yg sepatutnya lebih bersifat akademik juga gunakan istilah itu. Apalagi program bersifat santai spt 'mad market' dan 'supper' di TV9. Rasanya TV9 memang jaguh dgn penggunaan BM semberono. Saya ingin cadangkan supaya DBP adakan anugerah tahunan bagi penggunaan BM terbaik utk stesen TV dan radio. Sebagai permulaan mungkin dalam dua kategori iaitu drama dan bual-bicara. Selain itu boleh juga umumkan stesen yg 'paling menghina BM'. TOLONG......TOLONG DBP. HENTIKAN PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN NI. KEMPEN NI CUMA LAYAK MASA AWAL2 MERDEKA DULU. TAPI SELEPAS LEBIH LIMA DEKAD MERDEKA, KEMPEN INI BAGAI SATU PENGHINAAN PADA BAHASA UTAMA (kononnya) NEGARA INI APALAGI MENTERI2 PUN NAMPAK LEBIH SERONOK BERBAHASA PENJAJAH....Terima kasih atas makluman dan komitmen tuan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kami juga mengambil maklum cadangan tuan mewujudkan semula pengiktirafan kepada pihak media yang sama-sama berusaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Untuk makluman tuan juga, Bulan Bahasa Kebangsaan akan terus dilaksanakan kerana peri pentingnya mempersegar semangat kecintaan masyarakat terhadap bahasa kebangsaan dan memperkukuh keyakinan terhadap keupayaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan wahana perpaduan.Lain-lain29.10.2014
apakah maksud Jangankan...pun dan sedangkan...apatah lagi Ada mereka ada perbezaanJangankan bermaksud usahkanjangankan hendak makan, mi­num pun dia tak mahu.
Sedangkan bermaksud sekalipun, walaupun, meskipun: sedangkan binatang yg tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia.
Apatah bermaksud apalagi: saya tidak mampu membeli kereta, apatah lagi Ali yg miskin itu.
Lihat perbezaan makna dan penggunaan ketiga-tiga perkataan ini melalui contoh ayat yang diberikan.
Tatabahasa19.10.2021
12

Kembali ke atas