Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apalah

Puisi
 

Apalah guna rumpun buluh,
     Baik ditebang buatkan titi;
Apalah guna duduk mengeluh,
     Orang tak ada tak usah dinanti.


Lihat selanjutnya...(25)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApalah kena gigiku ngilu, Bawa berulam buah pelada; Apakah kena hatiku pilu? Bawa memandang wajah kakanda.
Kurik Kundi Merah SagaApalah guna rumpun buluh, Baik ditebang buatkan titi; Apalah guna duduk mengeluh, Orang tak ada tak usah dinanti.
Kurik Kundi Merah SagaApalah guna membawa lokan, Kalau ikat tidak bertali; Apalah guna jauh dipesan, Masa dekat tidak dipeduli.
Kurik Kundi Merah SagaApalah kena pauh buritan, Ambil talam taruhlah pauh; Apalah kena burunglah di hutan, Lepas di tangan terbanglah jauh.
Kurik Kundi Merah SagaApalah guna kasih setimbun, Eloklah kasih pengintai duduk; Apalah guna kasih setahun, Eloklah kasih seumur hidup.
Kurik Kundi Merah SagaApalah guna pakai kasut, Duri apa lekat di kaki; Apalah guna ilmu dituntut, Jika tidak berani mati.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Daik belayar ke hulu, Singgah di darat Kuala Seberang; Apalah baik orang di hulu, Apalah jahat saya sekarang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail di Teluk Bulang, Apalah umpannya si kulit duku; Jangan bermain kekasih orang, Nyawa tersangkut di hujung kuku.
Kurik Kundi Merah SagaHarap kami ke pasar sayur, Kelebihan diri apalah dia; Abang rindu saya tak tidur, Kasih rindu saya tak rela.
Kurik Kundi Merah SagaAnak teruna menanam betik, Buah cempedak dalam raga; Apalah guna berwajah cantik, Kalau kurang budi bahasa.
123

Kembali ke atas