Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apalah

Puisi
 

Apalah guna rumpun buluh,
     Baik ditebang buatkan titi;
Apalah guna duduk mengeluh,
     Orang tak ada tak usah dinanti.


Lihat selanjutnya...(25)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sidak Ib, MSrmereka, dia (biasanya untuk merujuk kepada bilangan yang ramai), suatu panggilan yang hormat tanpa menyebut nama).Apalah nasib kita ni sidak, ada anak, tak sama dengan anak orang lain. Kenapalah Tuhan mengurniakan kita seekor ikan buntal yang tidak boleh berkata apa-apa melainkan berenang-renang di dalam tempayan! keluh Pak Kaduk akan nasib mereka itu.Novel Dayang Merah LidiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jubata Skdewa.Mungkin inilah sialnya, gerutunya dalam minda yang sempit dan semakin payah digunakan untuk berfikir itu. Tulah apalah ini! Huh, disumpah Jubata agaknya.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
berayas MSrberhabis-habisan.Aku mahu bergaya, kalau tidak dapat dengan kebolehan dan kemampuannya sendiri, setelah berlaki aku dapat, apalah yang aku mahu lebih daripada itu? Seolah-olah begitu dia mengatakan kepada dirinya. "Kalau sebelum berlaki atau tidak dapat itu dan tidak dapat ini, serba kekurangan, setelah berlaki berayaslah."Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas