Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pam] | اڤم

Definisi : sj penganan yg biasanya dibuat drpd tepung beras yg dicampurkan dgn ibu roti dan dikukus; ~ balik sj apam yg dibakar dan ditaburi kacang, gula, dsb di atasnya dan dilipat dua; ~ dewa = ~ lenggang apam yg dibakar dgn meleng­gangkannya dlm sj belanga; ~ Malaysia sj apam yg dibuat drpd campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus; ~ mangkuk sj apam yg dikukus dlm mangkuk-mangkuk kecil; ~ manis sj apam yg berwarna-warni yg dibuat drpd campuran tepung beras, aiskrim soda, dsb dan dikukus; mengapam 1. memasak apam; 2. menye­rupai apam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.pam] | اڤم

Definisi : sj kuih yg dibuat drpd tepung beras dsb dan biasanya dimakan dgn kelapa parut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Siapakah penulis yang menggunakan nama pena APAM?Abang Patdeli Abang Muhi. Beliau dilahirkan di Kuching, Sarawak dan menulis dalam genre skrip drama dan cerpen. Sekarang beliau bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di DBP Kuala Lumpur.Lain-lain12.11.2007
Saudara, Saya ingin mengetahui berkenaan bidang tugas atau tanggungjawab sebagai seorang editor dalam mengedit sesebuah penerbitan. Apakah jenis-jenis editor yang ada di DBP Cawangan Sarawak dan bagaimana membuat editing.

Saudara,

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, no. telefon 082-444711 atau e-mel apam@dbp.gov.my">apam@dbp.gov.my.

 

Lain-lain14.10.2010
Sekiranya pihak sekolah ingin bekerjasama dengan DBP untuk mengadakan seminar penulisan pada pelajar sekolah aliran sastera, siapa yang patut saya hubungi?Pihak sekolah boleh menghubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-21479525, e-mel: apam@dbp.gov.my atau Dr. Dahlina Daut melalui talian 03-21479224, e-mel: dahlina@dbp.gov.my.Lain-lain08.02.2017
ingin bertanya sama ada perkataan untuk "apom" atau "apong" lebih tepat.

Sdr,

Mengikut sumber kami, tiada perkataan atau istilah dalam bahasa Melayu "apom" atau "apong". Walau bagaimanapun, mengikut takrifan Kamus Dewan, kata apung ialah1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang. Manakala kata apam ialah sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus.

Istilah30.03.2009
ID Nai SAT 13:16 ID Nai Nai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan ID Nai Nai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan Saya, Nur Asrina Idris, Mahasiswa Tahun 3 dari Universiti Brunei Darussalam dalam jurusan Komunikasi Profesional dan Media ingin mengetahui jika pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia ada menawarkan penempatan latihan praktikal industri (internship). Program latihan praktikal industri (internship) tersebut adalah salah satu program yang dikelolakan oleh Universiti Brunei Darussalam bagi pelajar Tahun 3. Program tersebut akan diadakan selama 14 minggu bermula bulan Februari/Mac 2017. Besarlah harapan saya jika pihak Tuan dapat memberikan jawapan dalam masa terdekat. Sekian, Terima kasih.Segala program yang berkaitan dengan latihan industri dan diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Ketua Bahagian Tuan Haji Abang Padeli bin Abang Muhi, e-mel apam@dbp.gov.my, dan telefon 03-21479000/01/02.Lain-lain07.01.2017

Kembali ke atas