Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pi] | اڤي

Definisi : 1 panas dan cahaya yg terjadi apabila sesuatu terbakar; nyala: ~ pelita. 2 panas yg kelihatan berwarna merah tetapi tidak bernyala: ~ rokok. 3 tenaga elektrik; karan elektrik: Rumahnya sudah siap tetapi air dan ~ belum disambungkan lagi. 4 ki perasaan marah, rindu, sayang dsb yg menjadi-jadi; semangat dsb yg meluap-luap: ~ perjuangan; ~ cinta. berapi ada apinya; mengeluarkan api: gunung ~. berapi-api 1 berkobar-kobar; bersemangat: Ucapannya yg ~ itu menaikkan semangat sekalian yg hadir. 2 marah sekali. mengapi-apikan menaikkan semangat; mengobar-ngobarkan: Mereka ~ rakyat negeri itu supaya memberontak. perapian tempat api; keran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api nama sj serangga perosak tanaman yg badannya berwarna kuning kemerah-merahan, Aspidomorpha miliaris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd pohon-pohon lain, Avecennia spp.; Viscum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata api

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Api nan tak kunjung padam.

Bermaksud :

Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
naked lightcahaya dedahKejuruteraanTiadaApi yang boleh menyebabkan percikan ketika digunakan seperti api rokok, api cerut, api paip dan lain-lain.
APIAPITeknologi MaklumatTiadaLihat: Application Program Interface
bunkerbunker;; bahan api (kapal)SukanTiada1. Bunker: Tangki atau petak untuk menyimpan bahan api.,: Bahan api yang digunakan dek kapal untuk menjana kuasa, menggerak enjin, dan sebagainya.
fireclaylempung api/tanah liat apiKesenianTiadaTanah liat untuk membuat bata tahan api.
capacitance type fuel gauging systemsistem tolok bahan api kemuatanKejuruteraan Kapal TerbangTiadaSistem pengesan kuantiti bahan api, yang menggunakan bahan api sebagai dielektrik dalam sebuah pemuat, digunakan untuk mengukur berat bahan api dan bukan isi padunya.
fireproofkalis apiKimiaTiada1. Tidak dirosakkan oleh api. 2. Dijadikan tahan api.
dispersion fuel elementunsur bahan api sebaranKejuruteraanTiadaUnsur bahan api yang mempunyai bahan api sebaran.
fuel filler neck supportpenahan isian bahan apiKejuruteraan AutomotifTiadaPengekang saluran masuk bahan api ke tangki bahan api.
API gravitygraviti APIGeologiTiada- 131.5.
oil API gravitygraviti API minyakKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas