Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apiculata


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
MRG KKS.kedondongPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu dalam famili Burseraceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kerantai, di Sabah ialah kembayu dan pematadon, dan di Sarawak ialah seladah. Di Malaysia terdapat lebih kurang 20 spesies utama antaranya ialah santiria apiculata, Canarium littorale, dan Triomma malaccensis.. Gubal kayu kekondong sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna lebih tua, tetapi bagi Santiria griffithii dan S. rubiginosa teras kayunya agak nyata. Teras kayu kekondong mempunyai warna yang berbeza-beza. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 495 hingga 975 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Sifat pemprosesan dan pengeringan kayu ini berbeza-beza mengikut spesies. Kayu ini tidak mempunyai ketahanan semula jadi yang baik dan terasnya pula sukar di awet. Kedondong merupakan spesies dagangan yang utama di Malaysia, dan sesuai digunakan untuk lantai, papan lapis, papan serpai, perabot dan kotak kayu.
Local nameNama tempatanPertanianTiadaNama tumbuhan yang dikenali oleh masyarakat setempat seperti kampung, daerah, negeri dan negara. Tumbuhan juga boleh mempunyai satu atau lebih nama tempatan. Contohnya Tongkat ali (Eurycoma longifolia) juga dikenali sebagai setunjang bumi (Terengganu), bedara pahit, tongkat baginda dan pasak bumi (Malaysia dan Indonesia). Terdapat juga satu nama tempatan yang gunakan oleh lebih daripada satu jenis pokok. Contohnya tongkat ali hitam (Polyalthia bullata dan Eurycoma apiculata).
local namenama tempatanHerbaBotani dan BioteknologiNama tumbuhan yang dikenali oleh masyarakat setempat seperti kampung, daerah, negeri dan negara. Tumbuhan juga boleh mempunyai satu atau lebih nama tempatan. Contohnya, tongkat ali (Eurycoma longifolia) juga dikenali sebagai setunjang bumi (Terengganu), bedara pahit, tongkat baginda dan pasak bumi (Malaysia dan Indonesia). Terdapat juga satu nama tempatan yang digunakan oleh lebih daripada satu jenis pokok. Contohnya, tongkat ali hitam (Polyalthia bullata dan Eurycoma apiculata).

Kembali ke atas