Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apid


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ludailudaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Sapium dpp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah gurah dan mamah pelanduk, dan di Sabah ialah apid-apid. Hanya tiga spesies utama menghasilkan kayu ludai, ialah Sapium baccatum, S. discolor dan S. indicum. Gubal kayunya dan teras kayu ludai sukar dibezakan, dan biasanya berwarna coklat kekuningan. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul atau kadang-kadang beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 290 hingga 465 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu ludai mudah dikerjakan dan mengering dengan baik, tanpa mengalami cacat yang teruk. Kayu ini boleh diserang serangga dan kulat berwarna gubal. Kayu ludai sesuai untuk kotak, venir kor dan papan lapis.
balik anginbalik anginPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Mallotus spp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama lain di Semenanjung termasuk perupuk dan serapuh, di Sabah termasuk selung apid dan ulas, dan di Sarawak termasuk ensai dan singi. Spesies utama kayu ini termasuk Mallotus leucordemis, M. miquelianus, M. muticus, dan M. wrayi. Gubal kayu balik angin berwarna jerami, dan tidak berbeza daripada warna teras kayunya. Tekstur kayunya agak keras dan sekata dengan ira yang lurus. Kayu jenis ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 370 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga agak sederhana keras, dan daripada ringan hingga berat. Kayu balik angin tidak tahan, tetapi mudah diawet dan digunakan dalam pembuatan mancis api, penyepit makanan, terompah, kotak kayu, dan juga untuk membuat pulpa dan kertas.

Kembali ke atas