Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dak Apis Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang perkataan "tentatif" yang diambil dari perkataan bahasa inggeris "tentantive" yang bermaksud "sementara".. Kebanyakan penjawat awam menggunakan perkataan tersebut dengan maksud tentatif = jadual sementara.. Sebagai contoh ayat yang mereka sering guna, "Saya mahu lihat tentatif program tersebut" yang membawa maksud "Saya mahu lihat sementara program tersebut".. Penggunaan perkataan dengan membentuk ayat yang tidak membawa maksud apa-apa.. Apa salahnya dengan menggunakan perkataan "deraf jadual".. Saya melihat penggunaan perkataan ini semakin berleluasa dikalangan penjawat awam.. Saya memohon pencerahan dari pihak DBP.. Terima kasih..Assalamualaikum En. Dak Apis. Ayat yang betul ialah “saya mahu melihat jadual sementara / program tentatif tersebut”. Tentatif program merupakan terjemahan literal untuk “tentative programme” dalam bahasa Inggeris. Draf bermaksud (nota tulisan (nota, surat, karangan, dsb) atau lukisan yg disediakan secara kasar pd peringkat awal atau permulaan (biasanya perlu diperbaik atau dihalusi lagi): ~ surat itu telah disemak dan ditaip bersih. Oleh itu, draf jadual tidak sama dengan program tentatif.Penyemakan dan penterjemahan15.07.2017
Lurrun Aidan Perkataan inggeris dimelayukan. Dalam kamus pun sama. Mana usaha memartabatkan Bahasa Melayunya? Contohnya: "miting" (meeting?) Mesyuarat tu binatang apa pulak? Tolonglah berhenti memelayukan Bahasa Inggeris bila perkataan2 itu wujud dalam bahasa Melayu! Mohd Irfan DBP dah sampai traikh luput. Kena ada pihak ketiga yang tak dipengaruhi politik yang perjuangkan bahasa Melayu. Apa sampah, bahasa Melayu pun dipanggil bahasa Malaysia. Sampai kiamat pun, terjemahan untuk Malay Language - Bahasa Melayu bukan bahasa Malaysia Jalal Johar Sudah lebih dari 50 tahun sejak merdeka, dimanakah stutus Bahasa Melayu. Utusan Melayu pun sudah pupus. Apis Ayu Ibarat melukut di tepi gantang.. bahasa melayu di pinggirkan..Terima kasih atas keprihatinan tuan/puan.Lain-lain23.06.2015

Kembali ke atas