Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pit] | اڤيت

Definisi : 1. berada di antara dua benda (orang dll), tercepit, terhimpit; 2. = apitan perkakas utk menyepit (menghimpit); 3. = pengapit orang yg mengiring raja, ajutan, barang yg di kiri kanan sesuatu; ~ cina a) rotan utk menyepit jari murid yg nakal; b) barang yg dihimpit atau disepit; ~ kanan (kiri) pemain (dlm permainan sepak takraw) dlm barisan hadapan betul-betul ke kanan (ke kiri); ~ khutbah hari raya (sama ada hari raya puasa atau hari raya haji) yg jatuh pd hari Jumaat dan dgn ini khutbah di­baca dua kali pd hari tersebut; ~ lempang a) papan yg di atas lunas (pd perahu); b) pengi­ring raja, ajutan; ~ tempang papan yg me­nutup rangka perahu, badan perahu; apit-apit perangkap tikus (harimau dll); berapit 1. berada di antara dua benda (orang dll); duduk ~ duduk di antara dua orang; 2. berdekatan, berhimpit, bersanding; bintang ~ dua bintang yg berdekatan letaknya; mengapit 1. menyepit, menghimpit, me­nindih; ~ minyak memerah minyak; 2. menempatkan di antara dua benda (orang dll), mengiringi di kiri kanan: semasa dibawa ke penjara, dia diapit oleh dua orang polis; diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali prb perempuan yg tidak diberi nafkah oleh suaminya tetapi tidak pula diceraikan; memperapitkan merapatkan, menghimpit­kan; apitan 1. perkakas utk menghimpit (mengem­-pa, menyepit): ~ minyak; ~ tebu; 2. (Lin) awalan dan akhiran yg diberi serentak pd sesuatu kata (mis ke...an, pe...an, dll); pengapitan perihal mengapit; pengapit 1. perkakas utk mengapit; 2. picitan (dgn jari); 3. orang di kiri kanan pengantin; 4. pembantu, ajutan, apit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.pit] | اڤيت

Definisi : ; berapit 1 berada di antara dua benda (orang dsb): duduk ~ duduk di antara dua orang. 2 berdekatan; berhimpit; bintang ~ dua bintang yg berdekatan. mengapit 1 menekan (melekatkan) sesuatu atau seseorang di antara dua benda; menjepit; menghimpit: Ali ~ bangkai ular itu dgn kayu lalu membuangnya ke sungai. 2 menempatkan di tengah-tengah dua benda (orang dsb): Dua orang polis telah ~ orang yg dituduh itu ketika dibawa ke mahkamah. pengapit 1 alat utk mengapit. 2 orang yg di kiri dan di kanan pengantin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apit


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
pada protozoa 20% hingga 70%, manakala pada vertebrat pula 35% hingga 45%. Kewujudan plasmid dalam sel bakteria akan mengubah nilai peratusan GC. Sinonim GC ratio, GC percentage. (BIO) G-clamp (apit G) Alat kerja kayu daripada logam yang berbentuk G. Alat ini digunakan untuk mengapit benda kerja pada meja semasa menggergaji, memahat atau mengukir, atau untuk mengepit kayu kecil yang hendak diperekat. Sinonim G-cramp . (HUT) G-cramp (apit G) Lihat G-clamp. (HUT) gel effect (kesan gel) Lihat Tromsdorff effect. (KEJ) general veil (kelubung am) Lihat universal veil. (BIO) generalized chart of thermodynamics (carta umum termodinamik) Carta yang

Kembali ke atas