Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pit] | اڤيت

Definisi : 1. berada di antara dua benda (orang dll), tercepit, terhimpit; 2. = apitan perkakas utk menyepit (menghimpit); 3. = pengapit orang yg mengiring raja, ajutan, barang yg di kiri kanan sesuatu; ~ cina a) rotan utk menyepit jari murid yg nakal; b) barang yg dihimpit atau disepit; ~ kanan (kiri) pemain (dlm permainan sepak takraw) dlm barisan hadapan betul-betul ke kanan (ke kiri); ~ khutbah hari raya (sama ada hari raya puasa atau hari raya haji) yg jatuh pd hari Jumaat dan dgn ini khutbah di­baca dua kali pd hari tersebut; ~ lempang a) papan yg di atas lunas (pd perahu); b) pengi­ring raja, ajutan; ~ tempang papan yg me­nutup rangka perahu, badan perahu; apit-apit perangkap tikus (harimau dll); berapit 1. berada di antara dua benda (orang dll); duduk ~ duduk di antara dua orang; 2. berdekatan, berhimpit, bersanding; bintang ~ dua bintang yg berdekatan letaknya; mengapit 1. menyepit, menghimpit, me­nindih; ~ minyak memerah minyak; 2. menempatkan di antara dua benda (orang dll), mengiringi di kiri kanan: semasa dibawa ke penjara, dia diapit oleh dua orang polis; diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali prb perempuan yg tidak diberi nafkah oleh suaminya tetapi tidak pula diceraikan; memperapitkan merapatkan, menghimpit­kan; apitan 1. perkakas utk menghimpit (mengem­-pa, menyepit): ~ minyak; ~ tebu; 2. (Lin) awalan dan akhiran yg diberi serentak pd sesuatu kata (mis ke...an, pe...an, dll); pengapitan perihal mengapit; pengapit 1. perkakas utk mengapit; 2. picitan (dgn jari); 3. orang di kiri kanan pengantin; 4. pembantu, ajutan, apit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.pit] | اڤيت

Definisi : ; berapit 1 berada di antara dua benda (orang dsb): duduk ~ duduk di antara dua orang. 2 berdekatan; berhimpit; bintang ~ dua bintang yg berdekatan. mengapit 1 menekan (melekatkan) sesuatu atau seseorang di antara dua benda; menjepit; menghimpit: Ali ~ bangkai ular itu dgn kayu lalu membuangnya ke sungai. 2 menempatkan di tengah-tengah dua benda (orang dsb): Dua orang polis telah ~ orang yg dituduh itu ketika dibawa ke mahkamah. pengapit 1 alat utk mengapit. 2 orang yg di kiri dan di kanan pengantin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
apit gigiapit gigiKesenianTiadaBahagian jentera yang diperbuat daripada buluh atau kayu yang terletak di antara gigi jentera dan keng.
apit kananapit kanan (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
apit kiriapit kiri (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
Keris Apit LiangKeris Apit LiangKerisTiadaKeris Sundang yang mempunyai lima keluk.
boxedkepung apitSukanTiadaKepung apit: Keadaan apabila pelari dikepung di bahagian depan, sisi, dan belakang oleh pelari lain sehingga menyukarkan pergerakan pelari tersebut.
long clampapit panjangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat kerja kayu daripada logam yang digunakan untuk mengapit atau dengan merapatkan kompenen kerja kayu dengan kejap semasa proses pemerekatan. Alat ini juga digunakan untuk mengapit kepingan pendek yang hendak diketam atau dikumai. gambar (Apit panjang)
G-clamp, G-crampapit-GPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat kerja kayu daripada logam yang berbentuk G yang digunakan untuk mengapit benda kerja pada meja semsa menggergaji, memahat atau mengukir, atau untuk mengapit kayu-kayu kecil yang hendak diperekat. gambar (Apit G)
quetchapit, takung saizKesenianTiadaTiada
quetschapit; takung saizKesenianTiadaTiada
left innerapit kiri (Bola Sepak)MatematikTiadaTiada
1234

Kembali ke atas