Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pit.a.pit] | اڤيت٢

Definisi : perangkap tikus (harimau dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.pit.a.pit] | اڤيت٢

Definisi : sj lebah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.pit.a.pit] | اڤيت٢

Definisi : = burung ~ sj burung pipit, ciak tanah, laki padi, lancar-lancar, seri lancar, ciak (pipit) padang, Anthus novaeseelandiae malayensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apit-apit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan "perlahan" merupakan ata adjektif? Jika perkataan tersebut merupakan kata adjektif, mengapa wujud perkataan memperlahankan, kerana perkataan adjektif tidak boleh di apit dengan "Memper-...-kan". Minta dijelaskan. Terima kasih.Pendapat saudara betul, perlahan ialah adjektif maka kata terbitan yang betul sepatutnya ialah memperlahan sama seperti kata adjektif yang lain seperti memperlambat dan mempercepat. Walau bagaimanapun kata memperlahankan telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat dan berdasarkan data yang ada penggunaan kata memperlahankan lebih meluas berbanding dengan kata memperlahan.Tatabahasa07.10.2012
Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang sejadi untuk perkataan 'endcap'? Perkataan ini merujuk kepada satu unit rak pameran barang jualan yang terletak di permulaan atau hujung rak utama (memanjang). Untuk tujuan pemasaran, barang jualan diletakkan di rak ini kerana lebih mudah dilihat pelanggan. Adakah sesuai untuk saya gunakan perkataan tukup hujung ( banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan)? Pilihan terjemahan yang dapat saya fikirkan: -rak hujung -unit hujung rak - rak apit hujung atau terjemahan lain yang lebih sesuai; mohon bantuan. Terima kasih.Setakat ini istilah yang ada bagai terjemahkan "end cap" ialah tukup hujung. Boleh juga menggunakan istilah ini.Penyemakan dan penterjemahan17.06.2014

Kembali ke atas