Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pli.ka.si] | اڤليکاسي

Definisi : kegunaan (pd praktiknya); mengaplikasikan menggunakan secara prak­tik atau amali, melaksanakan atau meng­gunakan pd amalan: mereka menge­tahui beberapa banyak teori dan terlalu ingin ~ teori itu ke dlm sesi yg baru dimulainya; pengaplikasian perihal (perbuatan) meng­aplikasikan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.pli.ka.si] | اڤليکاسي

Definisi : 1 kegunaan (pd praktiknya). 2 ist atur cara atau program komputer yg direka khusus utk kegunaan tertentu. mengaplikasikan menggunakan secara amali: Setiap pelajar perlu ~ pengetahuan yg dipelajari di sekolah dlm kehidupan harian. pengaplikasian perihal atau perbuatan mengaplikasikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aplikasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagi aplikasi-aplikasi seperti TikTok, WhatsApp, WeChat dan YouTube, adakah aplikasi-aplikasi ini dieja mengikut ejaan asal ataupun perlu dieja sebagai Tiktok, Whatsapp, Wechat dan Youtube?Untuk makluman, nama aplikasi yang dinyatakan merupakan kata nama khas. Oleh itu, ejaan perlulah mengikut ejaan aplikasi-aplikasi tersebut contohnya TikTok, WhatsApp, WeChat dan YouTube.Ejaan05.04.2024
aplikasiaplikasiEjaan11.03.2011
Aplikasi mudah alih mempunyai pengguna yang tertinggi. Walau bagaimanapun, kualiti aplikasi mudah alih adalah masalah yang diketahui. Oleh itu, ujian yang lebih baik telah dijalankan iaitu penyelidikan analisis mutasi untuk aplikasi mudah alih bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik. Pertama, mengenal pasti teknik mutasi untuk aplikasi mudah alih. Kedua, mengenal pasti pengendali mutasi untuk aplikasi mudah alih yang akan membuat aplikasi mudah alih mempunyai kualiti yang baik. Akhirnya, pengendali mutasi sesuai akan dilaksanakan dengan kes ujian aplikasi mudah alih. Ini adalah bermasalah kerana kekurangan pendekatan analisis mutasi untuk aplikasi mudah alih. Dengan sebab itu, kajian ini mencadangkan pengusaha mutasi sesuai untuk aplikasi mudah alih.1. Apakah yang dimaksudkan dengan aplikasi mudah alih? Adakah maksud yang ingin disampaikan ialah Telefon mudah alih?
2. Walau bagaimanapun, terdapat masalah dalam aplikasi ini (atau terdapat masalah dalam telefon mudah alih ini).
3. Apakah maksud mutasi dalam ayat ini? Mutasi dalam bahasa Melayu bermaksud perubahan pada bahan genetik sesuatu organisma (tumbuhan, haiwan, dan sebagainya) yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut; 2. (Lin) pengubahsuaian bunyi dalam satu kata yang dipengaruhi oleh bunyi-bunyi yang berhampiran.
Lain-lain17.05.2017
Salam sejahtera, Terjemahan bagi "web application" yang sesuai adalah "aplikasi web" atau "aplikasi sesawang"? Penggunaan dalam bidang teknologi maklumat dan kejuruteraan. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih.

Terjemahan yang paling sesuai bagi web application ialah aplikasi sesawang, namun aplikasi web juga boleh digunakan.

Penyemakan dan penterjemahan05.05.2019
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang penggunaan daripada/dari dan kepada/ke dalam konteks perisian telefon bimbit. Adakah ayat ini betul: Pindahkan fail daripada (nama aplikasi) ke (nama aplikasi). Saya keliru tentang ini. Seingat saya, perlu guna "daripada + kepada" dan bukan "daripada + ke". Disebabkan hal-hal digital berunsur mujarad (abstrak), bukankah penggunaan "daripada + kepada" lebih tepat? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Pindahkan fail daripada (nama aplikasi) kepada (nama aplikasi)".Tatabahasa22.06.2023
Assalamualaikum, tuan/puan. Saya ingin menanyakan dua soalan. PERTAMA sekali, saya ingin menanyakan tentang istilah "splash screen", iaitu sebuah skrin/paparan yang muncul pertama kali sebaik sahaja kita membuka sesebuah aplikasi. Contoh yang paling dekat adalah pada aplikasi WhatsApp. Setelah kita menekan ikon aplikasi WhatsApp pada telefon pintar kita, akan keluar satu skrin yang memaparkan logo WhatsApp di tengah-tengah dan ada terlulis "from Facebook" di bawah. Itulah yang dipanggil "splash screen". NOTA: Tuan/puan mungkin perlu menutup aplikasi WhatsApp dengan menyingkirkannya daripada skrin "recents" supaya ia berhenti berjalan di latar dan membuka aplikasi tersebut semula untuk melihatnya. Untuk aplikasi lain, sama sahaja kebiasaannya. Ia akan memaparkan logo aplikasi tersebut di tengah-tengah sebelum ia membuka aplikasi sepenuhnya. Jadi, saya ingin mengetahui apakah istilah bagi "splash screen" tersebut dalam bahasa Melayu. KEDUA, saya ingin menanyakan tentang istilah "loading screen". Saya telah merujuk laman PRPM. Namun, tiada yang spesifik untuk istilah "loading screen". Kebanyakan istilah untuk komputer dinyatakan sebagai "pemuatan". Akan tetapi, bagi saya "skrin memuat" kedengaran lebih sesuai. Bagi pihak tuan/puan, adakah istilah yang sesuai bagi "loading screen" ialah "skrin pemuatan" atau "skrin memuat" atau ada istilah yang lebih sesuai. Saya inginkan pencerahan.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

splash screen - skrin tampil
loading screen - skrin pemuatan

"pemuatan" merupakan proses memuatkan sesuatu kandungan atau pengisian.

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain03.09.2021
Adakah nama aplikasi perlu letak " " ? Ataupun hanya ditulis dengan huruf besar? Contoh ayat: Saya menggunakan aplikasi "CapCut", "Video Star" untuk menyunting video.Bagi nama aplikasi, tidak perlu diletakkan tanda petik tetapi ejaan yang betul perlulah digunakan. Contoh: WhatsApp, facebook dan lain-lain.Ejaan28.06.2022
Apakah perbezaan PEMBINAAN dengan PEMBANGUNAN? Pengguann istilah mana yang lebih tepat, "PEMBINAAN aplikasi permainan matematik" atau "PEMBANGUNAN aplikasi permainan matematik"?"Pembinaan" dan "pembangunan" merupakan dua kata yang berbeza tetapi mempunyai persamaan makna. Kedua-dua kata tersebut boleh digunakan dalam contoh frasa, iaitu "Pembinaan aplikasi permainan matematik" dan "Pembangunan" aplikasi permainan matematik." Tatabahasa11.01.2022
Bagaimana menulis aplikasi pada software. Perlukan menggunakan huruf besar atau sebaliknya. Contohnya: 1)Pelbagai aplikasi menarik seperti Google Docs, Calendar, dan Google Reader. (2) Akaun CPanel ada dua bahagian, iaitu Menu Kawalan Utama dan Maklumat Akaun Hosting.Aplikasi dalam perisian dianggap sebagai kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar seperti Google Docs, Calendar, dan Google Reader.Ejaan25.10.2011
Apakah istillah dalam Bahasa Malaysia untuk aplikasi seperti Google Maps dan Waze? Adakah disebut sebagai aplikasi navigasi GPS?Google Maps dan Waze ialah kata nama khas maka tidak diberikan padanan dan tergolong dalam aplikasi navigasi GPS (sistem penentududukan sejagat).Istilah25.09.2018
12345678910...

Kembali ke atas