Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aporusa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kayu masamkayu masamPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Aporusa spp daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah bagil, galang-galang, dan penatan. Spesies utama kayu masam termasuk Aporusa aurea, A. elmeri dan A. grandistipulata. Gubal kayu ini agak sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat. Tekstur kayunya halus tetapi tidak sekata, kerana kehadiran sel ruji yang lebar, dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 655 hingga 895 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana berat dan keras. Kayu masam mudah diproses dan dikeringkan tanpa mengalami cacat yang serius. Kayu ini digunakan untuk membuat perabot, kasau, dan hulu peralatan.

Kembali ke atas