Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.po.si.si] | اڤوسيسي

Definisi : (Lin) kata atau frasa yg menjelaskan kata atau frasa yg mendahuluinya, mis Fadzli dlm frasa kawannya, Fadzli,… atau Bapa Kemerdekaan dlm frasa Tunku Abd Rahman, Bapa Kemerdekaan, …. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aposisi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Merujuk kepada yang berikut: Menurut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi untuk mengapit aposisi ”dan sebagainya”, “dan yang lain”, “dan seumpamanya”. Contoh 3: Sayur kubis, bayam, salad, kangkung, sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani. Adakah 'dan lain-lain' juga termasuk dalam kategori aposisi yang disebut di atas? Adakah tanda koma perlu diletakkan di hadapan 'dan lain-lain'? Sekian, terima kasih.Wassalam. "dan lain-lain" juga termasuk dalam fungsi tanda koma mengapit aposisi seperti "dan sebagainya", "dan yang lain", dan seumpamanya.Lain-lain18.11.2019
bagaimanakah penggunaan tanda koma yang sebetulnya dalam ayat: Kami membeli pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bayam kangkung sawi dan kobis. Adakah 'simpati' satu perkataan ataupun berasal dari 'simpat' dengan imbuhan akhiran 'i'? Sekian terima kasih.

 Tanda koma berfungsi sebagai i. unsur pemisah kata dan frasa yang berurutan. Contoh, kami membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis; Bendera itu berjalur merah, putih dan biru. 

 ii. Mengapit aposisi"dan sebaginya","dan yang lain", dan seumpamanya. Contoh, Sayur kubis, bayam,salad,kangkung,sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani.

Perkataan 'simpati' ialah satu perkataan dan bukan daripada perkataan 'simpat' dengan imbuhan akhiran'i'. Makna perkataan 'simpati' ialah 1. perasaan belas kasihan, timbang rasa, dsb terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan: bencana spt itu seharusnya mendapat ~ dan bantuan dr dlm dan luar negeri; 2. perasaan bersetuju dgn menyokong sesuatu idea, pendapat, dsb bagi tujuan tertentu;  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Tatabahasa11.08.2009
Bagaimanakah tanda koma (,) digunakan dalam ayat yang mempunyai kata hubung dan?Penggunaan tanda koma (,) digunakan sebelum perkataan "dan", bukan selepas perkataan "dan".  Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya:   Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar. Penggunaan koma dalam 1a) betul. Penggunaan koma dalam 2a) juga betul kerana koma juga berfungsi mengapit aposisi "dan sebagainya", "dan yang lain" dan seumpamanya.Lain-lain29.09.2016
Salam petang, Saya agak keliru dengan penggunaan tanda koma (,) yang tidak konsisten. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan penggunaan tanda koma yang betul? 1a) Saya membeli ikan, buah-buahan, dan sayur-sayuran. 1b) Saya membeli ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran. 2a) Saya membeli ikan, buah-buahan, dan lain-lain. 2b) Saya membeli ikan, buah-buahan dan lain-lain. Soalannya ialah: adakah tanda koma diperlukan sebelum perkataan 'dan'? Mengapa? Sekina, Terima kasih.Penggunaan tanda koma (,) digunakan sebelum perkataan "dan", bukan selepas perkataan "dan".  Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya:   Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar. Penggunaan koma dalam 1a) betul. Penggunaan koma dalam 2a) juga betul kerana koma juga berfungsi mengapit aposisi "dan sebagainya", "dan yang lain" dan seumpamanya.Tatabahasa20.10.2015
Saya ingin bertanya tentang penggunaan tanda baca koma ( , ) sebelum perkataan 'dan'. Terkini, benarkah tanda koma tidak perlu digunakan dalam sebarang keadaan dalam ayat sebelum perkataan 'dan'? Rakan saya memaklumkan kepada saya bahawa sebelum ini ada situasi yang boleh menggunakan tanda koma sebelum 'dan', tetapi yang terkini tidak perlu lagi.

Penggunaan tanda koma (,) sebelum “dan” lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Tanda koma (,) sebelum “dan” biasanya digunakan apabila menyenaraikan kategori yang berbeza. Contoh 1: Emak ke kedai membeli ikan, beras, dan surat khabar. Contoh 2: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis.   Dalam ayat Contoh 2, penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" kerana “sawi “dan “kubis” dalam kategori yang sama, iaitu kelompok sayur.

 

Menurut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi untuk mengapit aposisi ”dan sebagainya”, “dan yang lain”, “dan seumpamanya”. Contoh 3: Sayur kubis, bayam, salad, kangkung, sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani.

Tatabahasa19.09.2018

Kembali ke atas