Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pré.sia.si] | اڤريسياسي

Definisi : (aprésiasi) 1. penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll seseorang atau sesuatu pihak); 2. pengiktirafan serta penghayatan nilai dll (sesuatu karya) sastera atau seni: kegiatan ~ sastera spt deklamasi puisi dan nyanyian puisi bukan lagi menjadi milik sasterawan kota; ~ masyarakat terhadap seni lukis masih rendah; mengapresiasi 1. memberikan penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll), menghargai; 2. mengiktiraf dan menghayati nilai dll sesua­tu karya sastera atau seni: pengetahuan itu dapat memudahkan kita ~ drama dan meni­k­matinya dgn lebih bermakna dan berkesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.pré.sia.si] | اڤريسياسي

Definisi : /aprésiasi/ 1 penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan dsb seseorang atau sesuatu pihak. 2 pengiktirafan dan penghayatan nilai sesuatu karya sastera atau karya seni: Mereka berusaha memperluas kegiatan ~ seni di kalangan masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apresiasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah perkataan apresiasi digunakan untuk majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah peringkat sekolah. Di tulis di banner sebagai ganti majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah yang dilakukan di setiap sekolah pada akhir tahun. Contoh ayat. Majlis apresiasi peringkat sekolah Pemahaman saya, apresiasi lebih merujuk kepada seni. Sedangkan majlis ini bertujuan untuk meraikan kejayaan murid.Apresiasi juga bermaksud penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu pihak. Berdasarkan maksud ini, Majlis Apresiasi tidak sesuai bagi merujuk majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah kepada pelajar.Tatabahasa04.11.2015
apakah Maksud perkataan - APRESIASI KEMENJADIAN MURID Terima Kasih.Kebanyakan frasa "apresiasi kemenjadian murid" digunakan dalam majlis atau acara pada peringkat sekolah.

Kamus Dewan Perdana
(DBP, 2020) memberikan takrifan yang berikut:

a. apresiasi -1 pemahaman, penerimaan dan penghayatan nilai sesuatu karya seni, 
                      sastera atau budaya.
                   2 penghargaan atau penyanjungan terhadap usaha, sumbangan, bakti
                      dan sebagainya seseorang atau sesuatu pihak.

b. kemenjadian - hal berhasil atau berjaya.

c. murid - 1 orang yang belajar secara formal di sekolah.
               2 orang yang mempelajari sesuatu bidang ilmu atau kemahiran seperti
                  agama, persilatan atau perubatan tradisional secara tidak formal
                  dengan seseorang.

Secara umumnya, dapatlah difahami bahawa "apresiasi kemenjadian murid" bermaksud penghargaan atau penyanjungan terhadap usaha, sumbangan, bakti dan sebagainya seseorang (guru, ibu bapa) atau sesuatu pihak (seperti sekolah, kementerian) dalam menghasilkan orang yang belajar secara formal di sekolah (murid) berjaya.



Makna01.02.2023
Susunan Perkataan untuk banting manakah yang paling sesuai? Dua majlis ini dilangsungkan secara berasingan, majlis khatam Al-Quran dahulu dan hari lain barulah Majlis Apresiasi Kecemerlangan, tetapi menggunakan satu Banting yang sama 1. Majlis Apresiasi Kecemerlangan dan Khatam Al-Quran 2. Majlis Apresiasi Khatam Al-Quran dan Kecemerlangan 3. Majlis Khatam Al-Quran dan Apresiasi Kecemerlangan Nombor berapakah yang paling sesuai?Kami mencadangkan susunan ayat yang ketiga, namun pihak  tuan perlu memasukkan tarikh yang jelas untuk program tersebut bagi mengelakkan kekeliruan pembaca.Lain-lain11.01.2024
Ada pihak menggunakan tema "Apresiasi Melestari Kecemerlangan". Dari betul dari segi penggunaan perkataan dan susunannya?

Tema "Apresiasi Melestari Kecemerlangan" adalah betul dari segi penggunaan perkataan dan susunannya. 

Tatabahasa31.07.2011
Ada kesalahan atau tidak pada nama program "HARI APRESIASI KECEMERLANGAN" ?Frasa yang betul ialah  "HARI APRESIASI KECEMERLANGAN PELAJAR"  sesuai dalam konteks pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang cemerlang.

Tatabahasa11.11.2019
Salam. Tuan, Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai penggunaan perkataan 'Aspresiasi' bagi tajuk poster seperti di lampiran. Sekian. Terima kasih.Pihak kami telah meneliti lampiran yang telah diberikan. Penggunaan perkataan "Apresiasi" tidak salah kerana membawa maksud "Penghargaan". Akan tetapi, kami mendapati terdapat kesalahan dari susunan ayat dan pemilihan perkataan. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan supaya digunakan ayat, "APRESIASI KHAS KEPADA WARGA PENTADBIRAN" atau "APRESIASI KHAS KEPADA STAF PENTADBIRAN". Selain itu, kami mendapati terdapat kesalah dari segi ejaan, iaitu PENYELARAS.Lain-lain23.01.2017
bolehkah saya menamakan majlis penyampaian hadiah dan sijil kpd mm dengan nama Majlis Apresiasi atau malis aspirasi?mana yang lebih sesuaiMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud aspresiasi ialah penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan dan sebagainya kepada seseorang atau sesuatu pihak. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud aspirasi ialah keinginan yang kuat (untuk mencapai, meng­adakan, dan lain-lain ). Maka nama bagi majlis penyampaian hadian dan sijil yang lebih sesuai ialah Majlis ApresiasiTatabahasa06.10.2016
DBKL akan mengadakan majlis apresiasi untuk NGO yang bersama2 menyumbang mengendalikan penempatan sementara gelandangan di KL semasa awal COVID19 selain tagline SEINDAH BUDI, TERPAHAT DI HATI Mohon dapat nasihat dan cadangan lain yang bersessuaian. Terima kasihSlogan yang dinyatakan boleh digunakan. Kami juga mencadangkan beberapa slogan seperti yang berikut:

i. Budi nan indah, tersemat si hati.
ii. Budi nan indah, mekar di hati. 
iii. Seindah budi, terpahat di sanubari.
Lain-lain28.12.2020
Manakah istilah yang paling tepat? Hari Anugerah Kecemerlangan Hari Penganugerahan Kecemerlangan Hari Apresiasi KecemerlanganPenggunaan frasa nama yang lebih tepat ialah Hari Anugerah Kecemerlangan.Lain-lain19.08.2020
apakah yang dimaksudkan dengan asprisiasi?dan apakah perbezaan antara arpirasi dengan asprisiasi?Ejaan yang betul ialah apresiasi. Maksudnya ialah (penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll seseorang atau sesuatu pihak); 2. pengiktirafan serta penghayatan nilai dll (sesuatu karya) sastera atau seni. Manakala maksud aspirasi ialah aspirasi keinginan yg kuat (utk mencapai, mengadakan, dll sesuatu). Harap maklum.Makna07.08.2007
12

Kembali ke atas