Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pré.sia.si] | اڤريسياسي

Definisi : (aprésiasi) 1. penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll seseorang atau sesuatu pihak); 2. pengiktirafan serta penghayatan nilai dll (sesuatu karya) sastera atau seni: kegiatan ~ sastera spt deklamasi puisi dan nyanyian puisi bukan lagi menjadi milik sasterawan kota; ~ masyarakat terhadap seni lukis masih rendah; mengapresiasi 1. memberikan penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll), menghargai; 2. mengiktiraf dan menghayati nilai dll sesua­tu karya sastera atau seni: pengetahuan itu dapat memudahkan kita ~ drama dan meni­k­matinya dgn lebih bermakna dan berkesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.pré.sia.si] | اڤريسياسي

Definisi : /aprésiasi/ 1 penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan dsb seseorang atau sesuatu pihak. 2 pengiktirafan dan penghayatan nilai sesuatu karya sastera atau karya seni: Mereka berusaha memperluas kegiatan ~ seni di kalangan masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apresiasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
appreciationapresiasiKesusasteraanTiadaPenghargaan dan penghormatan terhadap karya seni.
architectural appreciationapresiasi seni binaKejuruteraanTiadaTiada
architectural appreciationapresiasi seni binaKesenianTiadaTiada
art appreciationapresiasi seniKesenianTiadaTiada
appreciation traininglatihan apresiasiPentadbiranTiadaTiada
make overubah rupaKomunikasiKorporatProses mengubah suai dan menukar rupa sesuatu objek daripada keadaan asal kepada sesuatu yang baru. Objek boleh berupa orang, bangunan, ruang dan persekitaran, serta bentuk sesuatu penerbitan (seperti buku dan majalah). Tujuan pengubahsuaian adalah untuk mencipta citra baru kepada objek tersebut supaya mendapat perhatian dan apresiasi khalayak. Selain itu, ubah rupa juga bertujuan untuk memberikan identiti dan kekuatan baru kepada objek dalam mempersembahkan citra kepada khalayaknya. Matlamat akhirnya adalah untuk menambahkan sokongan dalam bentuk penerimaan dan pengiktirafan dalam jangka masa tertentu. Prinsip ubah rupa mengakui bahawa secara semula jadi, manusia memiliki tahap penerimaan dan persetujuan terhadap sesuatu objek secara terhad dan dibatasi masa. Dalam komunikasi korporat, proses ubah rupa perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengatasi kekangan tersebut. Dalam situasi semasa, proses ubah rupa kerap dilakukan pada objek dalam industri hiburan, politik, perniagaan, dan penerbitan. Perubahan ini dijangka membantu meningkatkan sokongan dan jualan.
make overubah rupaKomunikasiKorporatProses mengubah suai dan menukar rupa sesuatu objek daripada keadaan asal kepada sesuatu yang baru. Objek boleh berupa orang, bangunan, ruang dan persekitaran, serta bentuk sesuatu penerbitan (seperti buku dan majalah). Tujuan pengubahsuaian adalah untuk mencipta citra baru kepada objek tersebut supaya mendapat perhatian dan apresiasi khalayak.
explication de textepemerian teksKesusasteraanTiadaKaedah analisis atau cara pembacaan rapi bagi teks prosa atau puisi. Pemerian teks dipengaruhi oleh corak pengajaran kesusasteraan tradisional, iaitu Practical Criticism yang digunakan dalam sistem persekolahan peringkat menengah di negara Perancis sehingga tahun 1960-an. Pemahaman lebih jelas bagi sesuatu teks sastera dibuat melalui kajian terperinci dengan cara menganalisis aspek linguistik dan menggunakan kaedah stilistik. Analisis sebegini memberi pemahaman yang mendalam dan aspek stail, bahasa, penggunaan simbol dan hubung kait satu bahagian dengan keseluruhan teks tersebut. Pemerian teks penting kepada pengamal teori Kritikan Baharu kerana apresiasi dan penilaian mantap sesuatu teks menjadi lebih berkesan jika tahap pemahaman pembaca mendalam. Kaedah ini mampu mendapatkan suatu interpretasi teks yang bukan sahaja objektif tetapi mantap dari segi teori dan kritikannya.
CubismKubismeKesenianSeni BinaGaya seni lukis dan seni arca yang menggambarkan sesuatu objek, termasuk bentuk manusia dan alam semula jadi dalam bentuk geometri. Gaya seni ini telah diperkenalkan oleh Pablo Picasso dan Georges Braque pada awal abad ke-20, yang telah memulakan revolusi lukisan dan arca di Eropah. Kedua-dua tokoh ini telah mempelopori kumpulan yang membawa pembaharuan avant-garde dalam karya seni mereka. Gaya Kubisme juga menonjolkan ciri ilusi tiga dimensi yang lut sinar serta mempunyai gambaran pergerakan. Selain itu, ia juga mengutamakan kesan warna yang bertenaga, jalinan yang pelbagai dan cara apresiasi yang bebas. Kubisme berhubung kait dengan gaya seni bina Art Deco dan seni bina moden yang mempunyai hiasan berbentuk prisma.

Kembali ke atas