Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kamus (kata nama)
Bersinonim dengan tesaurus, leksikon, glosari, daftar, ensiklopedia.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penggal1. kerat, potong: empat ~ tebu; 2. sebahagian drpd buku (kutipan cerita dll), bahagian, jilid; 3. bahagian drpd masa penga­jian setahun (di sekolah dll): cuti ~ pertama adalah pd bulan April; 4. = terpenggal: kepalanya gugur ke bumi, tubuhnya ~ dua; 5. Kl gagal, kecewa; berpenggal-penggal 1. berkerat-kerat, ber­potong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian; berpenggalan dikerat-kerat atau dipotong­-potong (kepalanya); memenggal 1. memotong, memancung, mengerat: ia menghunus pedangnya, menghampiri Militza dgn maksud hendak ~ lehernya; ~ lidah ki memotong percakapan orang, menyampuk; 2. membahagi dlm bahagian-bahagian (cerita dll); terpenggal sudah dipenggal, terpancung; penggalan 1. keratan, potongan; 2. bahagi­an (cerita dll); kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ prb kasih anak kpd bapa tidak sama dgn kasih bapa kpd anak; pemenggalan perbuatan memenggal; pemenggal 1. orang yg memenggal (kepa­la); 2. alat utk memenggal (kepala).Kamus Dewan Edisi Keempat
nama1. panggilan atau sebutan bagi orang (barang, tempat, pertubuhan, dll): ia men­catat ~ orang yg menderma yg terdapat dlm senarai itu; apa ~ buku yg kaubaca itu?; ia men­­catat ~ barang-barang yg diterimanya; atas ~ dgn menggunakan nama, utk ke­pentingan, demi; 2. ark gelaran, sebutan: kerana jasanya yg besar, ia diberi ~ Datuk; 3. kehormatan, kebaikan, kemasyhuran, ma­ruah, pujian; mencari ~ berikhtiar menjadi masyhur (mendapat pujian); mendapat (beroleh) ~ masyhur (terkenal); mengambil ~ a) mencari muka; b) memakai nama (drpd); telah rosak ~nya telah hilang kehormatannya (kemasyhurannya); ~ am kata nama yg merujuk kpd konsep atau benda yg umum, mis rumah dan kecantikan; ~ baik kehormatan, maruah; ~ batang tubuh = ~ daging (tubuh) nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll); ~ benda (Lin) kata yg mengatakan nama sesuatu yg wujud atau yg dianggap wujud, kata benda; ~ cembung = ~ timangan (timang-timangan) nama yg dipakai utk menyatakan sayang atau manja; ~ julukan nama yg diberi sbg jolokan (ejekan, sindiran); ~ kecil a) nama ketika masih kecil; b) nama depan (cara Barat); ~ keluarga nama yg dikongsi bersama oleh semua ahli dlm sesuatu keluarga; ~ khas kata nama yg merujuk kpd sesuatu yg khusus spt orang, haiwan, tempat atau benda, mis Md. Nor, Sg. Rambai, dan Menara Kuala Lumpur; ~ pena nama yg digunakan oleh penulis pd karya-karya (bukan namanya yg sebenarnya); ~ samaran = ~ pedengan nama utk menyem­bunyikan nama yg sebenarnya; pd ~ sahaja tidak wujud (berlaku) spt yg diperikan: golongan Islam pd ~ sahaja; bernama 1. memakai nama, mempunyai nama: pekannya ~ Simpang Empat; 2. mendapat nama, masyhur, terkenal: penulis yg belum ~; menamai membubuh (memberi) nama kpd, menggelari: ia ~ anaknya itu Naziha; jabatan tersebut dinamai sedemikian utk mengajar orang-orang Mesir tentang dunia Timur; menamakan 1. memberi sesuatu nama sbg menggelarkan, menyebutkan: kami ~ bangsa kpd diri kami Magyar; 2. menganggap (sbg), menyebut: kalau hendak dinamakan korban, itulah korban yg sejati; 3. mencalonkan se­seorang (utk memegang sesuatu jawatan dll), mengemukakan nama seseorang sbg calon: Isnin, 5 April, ialah hari ~ calon utk pilihan raya; ternama terkenal, termasyhur: Greenberg, seorang ahli bahasa yg ~; penamaan perihal menamakan, pencalonan; surat ~ waris itu hendaklah dianggap sbg satu wasiat kpd seorang waris; kerajaan telah menawarkan perjalanan kereta api percuma kpd rakyat dr seluruh negeri utk menyaksikan peristiwa ~ calon di Kahirah; penama 1. orang yg memberi nama (men­calonkan, melantik), pencadang; 2. orang yg dinamakan (dikemukakan) sbg waris dll.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas