Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pung] | اڤوڠ

Definisi : 1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg ter­katung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang; berapung, berapung-apung 1. bermain-main di atas air (dgn perahu dll); 2. = ter­apung-apung; berapungan terkatung-katung dgn banyak, berserak di atas permukaan air: nampak banyak kayu ~; mengapung 1. timbul ke permukaan air, ter­katung-katung di air (tidak tenggelam): sesudah beberapa hari hilang, mayat orang yg tenggelam itu ~ pula; 2. melayang ke atas, terbang ke udara: ketika dilepaskan, belon-belon itu ~ ke udara; mengapungkan membuat supaya meng­­apung di permukaan air atau udara: anak itu ~ mainannya di atas air; terapung tidak tenggelam; terapung-apung terkatung-katung: darah yg ~ di atas air; ~ sama hanyut, terendam sama basah prb kesenangan atau kesusahan ber­sama-sama ditanggung; ~ tak hanyut, terendam tak basah prb tidak ada keputusannya (mengenai sesuatu perkara); asal (untung) sabut ~, asal (untung) batu tenggelam prb kalau nasib baik selamat, kalau nasib malang celaka; apungan 1. sesuatu yg berapung atau ter­apung-apung: yg ada hanya ~ ais yg sentiasa bergerak mengikut tiupan angin, arus dan pasang surut lautan; 2. (Eko) situasi yg membolehkan penyelarasan mata wang berlaku secara bebas mengikut kadar pertu­kar­an wang tanpa campur tangan drpd kera­jaan: kecairan syarikat akan meningkatkan kemampuan utk ~ lebih bebas; keapungan keadaan tidak tenggelam di air, atau keadaan terkatung-katung; pengapungan proses (perbuatan, usaha dsb) mengapung atau mengapungkan: ~ bangkai kapal yg tenggelam itu tentunya memerlukan perbelanjaan yg besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.pung] | اڤوڠ

Definisi : , = apung-apung benda yg tidak tenggelam atau yg terkatung-katung di air. berapung ada apungnya. berapungan timbul di permukaan air dgn banyaknya. mengapung 1 timbul di permukaan air; tidak tenggelam. 2 naik ke atas; terbang di udara. mengapungkan membiarkan atau menjadikan mengapung: Dia ~ kapal mainannya di air. terapung, terapung-apung 1 terkatung-katung di permukaan air: Tudung saji itu hanyut ~. 2 bermain-main di permukaan air dgn menggunakan perahu dsb. apungan sesuatu atau benda yg mengapung. keapungan kemampuan atau daya mengapung. pengapungan cara (hal dsb) mengapung atau mengapungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apung

Puisi
 

Kayu ara buat apung,
     Tetak duri tanah bukit;
Kalau abang jauh kampung,
     Mari sini awal sikit.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Apung di tengah lautan;
     dipukul ombak,
sekejap ke tengah sekejap ke tepi.

Bermaksud :

Orang dagang yang melarat hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ingin bertanya sama ada perkataan untuk "apom" atau "apong" lebih tepat.

Sdr,

Mengikut sumber kami, tiada perkataan atau istilah dalam bahasa Melayu "apom" atau "apong". Walau bagaimanapun, mengikut takrifan Kamus Dewan, kata apung ialah1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang. Manakala kata apam ialah sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus.

Istilah30.03.2009
Penggunaan mengapung-apung atau melayang-melayang yang betul dalam soalan ini. Layang-layang Firdaus _______________ di udara apabila ditiup angin.Penggunaan yang betul ialah Layang-layang Firdaus melayang-layang di udara apabila ditiup angin.Lain-lain18.06.2021
Mohd Fazli Bin Abdullah Mohon pandangan DBP. Kata swafoto sudah ada lama dalam bahasa Indonesia. Gabungan dari kata swa + foto. Bererti kata swa secara tunggal bawa maksud sesuatu yg bersifat sendiri (apakah itu berasal dari kata swasta?). Indonesia juga terjemahkan istilah 'self-service' sebagai swalayan. Saya tertarik dengan cara Indonesia yg pelbagaikan kata swa untuk istilah-istilah lain yg bersifat personal. Di Malaysia, kita masih terjemahkan 'self-service', sebagai layan diri. Jadi apakah kata swa, tidak membawa apa-apa erti menurut pandangan DBP?1. Untuk makluman tuan, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "swa" merupakan awalan asing (sanskrit) yang bermaksud sendiri. Perkataan "foto" juga telah lama diterima dan bahasa Melayu dan telah meluas penggunaannya. Oleh sebab itu, DBP menerima istilah swafoto sebagai padanan untuk perkataan bahasa Inggeris "selfie". 2. Tidak ada maklumat tentang etimologi kata swasta dalam pangkalan data kami. Jika dirujuk maksud swa ialah awalan asing yang bermaksud sendiri, namun tidak dapat dikaitkan dengan maksud asta untuk pembentukan kata baharu itu. 3. Dalam bahasa Melayu penggunaan awalan "swa" digunakan seperti "limbungan swa-apung" padanan terjemahan "self-docking dock", hipotesis swa-penanda untuk padanan "self-marker hypothesis". Selain kata pinjaman, ada kata Melayu yang sama maksudnya dengan swa- iaitu "kendiri" bagi padanan kata "self" dalam bahasa Inggeris, contohnya self-regulatory policy - dasar peraturan kendiri, self-management - pengurusan kendiri. 4.Sekiranya tuan memerlukan maklumat lanjut mengenai cara pembentukan istilah bahasa Melayu, sila rujuk kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah08.06.2017

Kembali ke atas