Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pung] | اڤوڠ

Definisi : 1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg ter­katung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang; berapung, berapung-apung 1. bermain-main di atas air (dgn perahu dll); 2. = ter­apung-apung; berapungan terkatung-katung dgn banyak, berserak di atas permukaan air: nampak banyak kayu ~; mengapung 1. timbul ke permukaan air, ter­katung-katung di air (tidak tenggelam): sesudah beberapa hari hilang, mayat orang yg tenggelam itu ~ pula; 2. melayang ke atas, terbang ke udara: ketika dilepaskan, belon-belon itu ~ ke udara; mengapungkan membuat supaya meng­­apung di permukaan air atau udara: anak itu ~ mainannya di atas air; terapung tidak tenggelam; terapung-apung terkatung-katung: darah yg ~ di atas air; ~ sama hanyut, terendam sama basah prb kesenangan atau kesusahan ber­sama-sama ditanggung; ~ tak hanyut, terendam tak basah prb tidak ada keputusannya (mengenai sesuatu perkara); asal (untung) sabut ~, asal (untung) batu tenggelam prb kalau nasib baik selamat, kalau nasib malang celaka; apungan 1. sesuatu yg berapung atau ter­apung-apung: yg ada hanya ~ ais yg sentiasa bergerak mengikut tiupan angin, arus dan pasang surut lautan; 2. (Eko) situasi yg membolehkan penyelarasan mata wang berlaku secara bebas mengikut kadar pertu­kar­an wang tanpa campur tangan drpd kera­jaan: kecairan syarikat akan meningkatkan kemampuan utk ~ lebih bebas; keapungan keadaan tidak tenggelam di air, atau keadaan terkatung-katung; pengapungan proses (perbuatan, usaha dsb) mengapung atau mengapungkan: ~ bangkai kapal yg tenggelam itu tentunya memerlukan perbelanjaan yg besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.pung] | اڤوڠ

Definisi : , = apung-apung benda yg tidak tenggelam atau yg terkatung-katung di air. berapung ada apungnya. berapungan timbul di permukaan air dgn banyaknya. mengapung 1 timbul di permukaan air; tidak tenggelam. 2 naik ke atas; terbang di udara. mengapungkan membiarkan atau menjadikan mengapung: Dia ~ kapal mainannya di air. terapung, terapung-apung 1 terkatung-katung di permukaan air: Tudung saji itu hanyut ~. 2 bermain-main di permukaan air dgn menggunakan perahu dsb. apungan sesuatu atau benda yg mengapung. keapungan kemampuan atau daya mengapung. pengapungan cara (hal dsb) mengapung atau mengapungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apung

Puisi
 

Kayu ara buat apung,
     Tetak duri tanah bukit;
Kalau abang jauh kampung,
     Mari sini awal sikit.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Apung di tengah lautan;
     dipukul ombak,
sekejap ke tengah sekejap ke tepi.

Bermaksud :

Orang dagang yang melarat hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
buoyant forcedaya apungSains SukanBiomekanikDaya tolakan yang disebabkan oleh tekanan cecair untuk membolehkan objek terapung. Daya apung diaplikasikan menggunakan Prinsip Archimedes. Jumlah daya apung bersamaan dengan berat cecair yang disesarkan oleh objek apabila objek direndam dalam cecair tersebut. Daya apung membolehkan objek terapung atau kelihatan ringan.
float systemsistem apungKejuruteraan AutomotifEnjinSistem yang mengawal masukan bahan api ke dalam karburetor dan aras bahan api dalam mangkuk apung. Sekiranya aras bahan api dalam mangkuk apung berkurangan, pelampung akan turun dan membesarkan bukaan injap jarum. Keadaan ini menyebabkan lebih banyak bahan api masuk ke dalam mangkuk dan seterusnya menolak pelampung ke atas dan mengecilkan bukaan injap jarum.
centre of volumepusat isi paduSains SukanBiomekanikTitik yang menyeimbangkan keseluruhan isi padu jasad dan menjadi titik tindakan daya apung. Lihat juga daya apung.
supine floatapung lentangSukanTiadaApung dalam keadaan terlentang.
star floatapung bintangSukanTiadaApung dalam keadaan tiarap. Tangan mendepa dan kaki mengangkang.
tuck floatapung dakapSukanTiadaApung dengan kepala menghadap ke dasar kolam. Kedua-dua tangan mendakap bahagian tulang kering.
prone floatapung tiarapSukanTiadaApung dengan muka menghadap dasar kolam. Tangan dan kaki dilunjurkan.
buoyantapungMekanikGunaanSifat sesuatu jasad yang timbul apabila berada dalam bendalir. Jasad dikatakan ‘boleh apung’ apabila mempunyai tabiat untuk timbul. Lihat juga keapungan.
buoyant forcedaya apungMekanikGunaanDaya paduan yang bertindak pada permukaan objek yang terbenam di dalam bendalir. Daya ini bertindak pada arah tegak, magnitudnya sama dengan berat isi padu bendalir yang disesarkan oleh objek berkenaan dan halanya berlawanan dengan hala tindakan berat. Di samping itu, daya apung melalui pusat jisim isipadi bendalir yang tersesar itu. Magnitud daya apung, F, diberikan oleh sebutan F = pgV, dengan p sebagai ketumbuhan bendalir berkenaan, g sebagai pecutan graviti dan V sebagai isi padu bendalir tersesar. bagi bendalir yang ketumpatannya sekata, daya apung melalui sentroid isi padu yang tersesar kerana sentroid berkenaan sekena dengan pusat jisim isi padu bendalir tersebut.
FPOPS (float point operation per second)FPOPS (operasi titik apung sesaat)Teknologi MaklumatTiadaParameter yang digunakan untuk menggambarkan keupayaan komputer memproses data berangka, iaitu bilangan operasi dengan nombor titik apung setiap saat.
12345678910...

Kembali ke atas