Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pu.ngan] | اڤوڠن

Definisi : 1. sesuatu yg berapung atau ter­apung-apung: yg ada hanya ~ ais yg sentiasa bergerak mengikut tiupan angin, arus dan pasang surut lautan; 2. (Eko) situasi yg membolehkan penyelarasan mata wang berlaku secara bebas mengikut kadar pertu­kar­an wang tanpa campur tangan drpd kera­jaan: kecairan syarikat akan meningkatkan kemampuan utk ~ lebih bebas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.pu.ngan] | اڤوڠن

Definisi : sesuatu atau benda yg mengapung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apungan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
floatpelampung; apunganKejuruteraanTiada1. Apungan: Pelantar yang digantung pada kerangka bangunan keluli bagi membolehkan tukang besi menjalankan kerja kimpalan pada sambungan struktur.
floatingapungan; pengapunganKejuruteraanTiada1. Bebas atau separa bebas daripada sebarang lekatan yang kuat misalnya rusuk apungan. 2. Keadaan terapung-apung umpama berada di atas cecair.
centre of buoyancypusat apunganFizikMekanikTitik yang melaluinya bertindak paduan daya-daya apungan ke atas suatu jasad yang mengapung.
dirty floatapungan kotorEkonomiTiadaPentadbiran kadar pertukaran yang pada dasarnya membenarkan kadar pertukaran mata wang sesebuah negara terapung atau fleksibel, tetapi pada masa-masa tertentu kerajaan campur tangan untuk mengubah kadar pertukaran untuk mencapai matlamat tertentu. Sebuah negara dikatakan mengamalkan apungan kotor apabila kerajaan negara ini dari semasa ke semasa campur tangan dalam pasaran pertukaran bukan sekadar untuk mengatasi masalah turun naik kadar pertukaran dalam jangka pendek, tetapi untuk tujuan lain, misalnya untuk memastikan mata wang negara tersebut terkurang nilai bagi menggalakkan eksport. Lihat juga apungan terurus.
cushion effectkesan kusyenAeroangkasaTiadaPeningkatan daya angkat dan apungan semasa pesawat mengapung rendah kerana adanya udara yang terperangkap di bawah helikopter atau hoverkraf.,Peningkatan daya angkat dan apungan semasa pesawat mengapung rendah kerana adanya udara yang terperangkap di bawah helikopter atau hoverkraf.
metacentremetapusatFizikMekanikTitik silang antara satu garis tegak yang melalui pusat apungan apabila sebuah kapal condong, dengan satu garis yang menghubungi pusat jisim kapal dan dengan pusat apungan apabila kapal tersebut tegak. Ada dua metapusat bagi sesebuah kapal. Ini bergantung sama ada kapal itu condong mengikut paksi mendatar yang selari dengan luas kapal, atau menegak terhadap lunas tersebut.
centrifugationpengemparanKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses pemisahan yang menggunakan daya empar bagi memisahkan campuran bendalir yang mengandungi bahan apungan di dalamnya. Daya empar yang dihasilkan menerusi gerakan berputar ke atas campuran bendalir akan bertindak ke atas bahan apungan lalu menyebabkannya bergerak ke bahagian tepi dan seterusnya menghasilkan pemisahan.
float seaplanepesawat laut apungAeroangkasaTiadaSejenis pesawat udara yang diapungkan di atas air oleh sepasang alat apungan.,Belon bertali yang diikat ke bumi bagi tujuan pengiklanan atau promosi.,Sejenis pesawat udara yang diapungkan di atas air oleh sepasang alat apungan.
diving weightpemberat selamPerikananTiadaPemberat yang dilekatkan pada tali pinggang penyelam bagi memudahkan penyelam tenggelam di dalam air. Jumlah pemberat disesuaikan mengikut daya apungan penyelam dan saiz tangki skuba. Penyelam yang berbadan besar biasanya mempunyai daya apungan positif, oleh itu pemberat selam dalam kuantiti yang banyak diperlukan bagi membolehkannya tenggelam. Sinonim pemberat pinggang.
ground effectkesan bumiAeroangkasaTiadaSatu peningkatan daya angkat disebabkan oleh kedudukan pesawat udara yang sangat hampir dengan bumi sehingga menghasilkan kesan apungan.,.,Satu peningkatan daya angkat disebabkan oleh kedudukan pesawat udara yang sangat hampir dengan bumi sehingga menghasilkan kesan apungan.
123456789

Kembali ke atas