Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bangsa yg berasal dr semenanjung besar barat daya Asia; 2. bahasa yg dituturkan oleh bangsa ini, yg merupakan bahasa al-Quran; mengarabkan menjadikan atau menyebab­kan seseorang atau sesuatu mengikut atau bertukar kpd ciri (nilai, pengaruh dsb) Arab: kita tidak bermaksud hendak ~ bahasa Melayu; kearaban (yg) memperlihatkan ciri (penga­ruh dll) Arab: syair dagang, syair Burung Pingai, dll mempunyai isi yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arab

Puisi
 

Orang Arab pergi Makasar,
     Jalan kaki Kampung Cik Tahir;
Jangan harap taukeh di pasar,
     Garam sekati curi setahil.


Lihat selanjutnya...(14)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUZIK ARAB

Muzik Arab. Orang Arab telah mengenal muzik

sejak zaman silam seperti bangsa-bangsa lain.

Bahkan mereka juga menulis pengetahuan

mereka tentang muzik seperti yang dilakukan oleh

bangsa-bangsa lain. Terdapat ramai pemuzik Arab

yang terkenal di seluruh negeri Arab sepanjang

zaman. Muzik Arab banyak terpengaruh dengan

alunan muzik kawasan sekitarnya. Tetapi pada

masa yang sama muzik Arab juga banyak

mempengaruhi muzik-muzik kawasan

berhampiran. Bahkan ia juga mempengaruhi

muzik-muzik di negara-negara Eropah.

UMUM 
AYYAM AL-‘ARAB

Ayyam al-‘Arab ialah peristiwa, serangan dan

pertempuran yang berlaku di kalangan orang Arab

pada zaman Jahiliah. Peristiwa-peristiwa ini

disampaikan oleh para pencerita Arab dan

diselangi pula dengan syair-syair. Pertempuran

pada hari-hari ini berlaku di antara sesama kabilah

Arab dan sedikit sahaja berlaku antara orang Arab

dengan Parsi. Kebanyakan pertempuran berlaku

antara orang Arab ‘Adnan (Arab utara) disebabkan

kekurangan sumber kekayaan di padang pasir.

Kadang-kadang mereka berasa ditekan oleh orang

Arab Qahtan (Arab selatan), lalu mereka

menentang Arab Qahtan dalam beberapa siri

peperangan yang direkodkan dalam Ayyam al-

Arab .

UMUM 
KHAT ARAB

Khat Arab ialah seni penulisan kaligrafi Arab. Ia

banyak dibantu oleh keunikan struktur bahasa Arab

yang agak fleksibel, lembut, boleh dipanjangkan

dan dipendekkan, boleh dipusingkan, boleh ditulis

secara berasingan, bahkan boleh disambungkan,

digabungkan dan disusun. Keadaan sedemikian

menjadikan khat Arab sebagai satu seni yang indah

dan bersesuaian dengan sebarang perubahan

dan perkembangan. Jadi, satu hubungan yang

kuat terbentuk antara setiap jenis khat dengan

bahan yang digunakan untuk penulisannya. Khat

Arab agak lembut, sesuai dengan keindahan

dan keseniannya. Kita juga dapat melihat ia

agak kukuh dan mempunyai keseimbangan,

dengan mengambil sepenuhnya ruang yang luas

di segenap sudutnya. Kita melihat kekukuhan

dan kelembutan, sering bertukar ganti dan

berkesinambungan dalam penulisan khat ini. Pada

setiap keadaan, ia akan melekakan pemerhatinya

dengan keindahannya yang unik serta keistimewaan

bentuknya yang unggul dan menawan. Keadaan

ini menempatkannya di kedudukan yang istimewa

dalam bidang seni reka bentuk.

Khat Arab bergantung pada seni dan keindahan

berdasarkan kaedah tersendiri, hasil kesesuaian

antara khat, titik dan bentuk bulat. Corak

penampilan unsur khat ini digunakan secara seni,

seperti seni reka bentuk yang lain. Contohnya,

khat dan susunannya tidak memberi makna dari

sudut luaran sahaja, tetapi ia juga memberi makna

keindahan yang lahir daripada corak unik yang

memberikannya satu bentuk keindahan. Pada masa

yang sama, bentuk keindahan ini terpisah daripada

unsur-unsur khat dan bersambung dengan corak-coraknya

yang unik.

UMUM 
SEMENANJUNG TANAH ARAB

Semenanjung Tanah Arab, gurun yang

gersang yang terletak di barat daya Asia.

Sebahagian besar daripada gurun ini ialah negara

Arab Saudi dan bahagian lain terdiri daripada

negara Yaman, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Qatar

dan Kuwait serta sebuah pulau yang dikenali

sebagai Bahrain yang terletak berhampiran dengan

pantai timur semenanjung ini. Semenanjung Tanah

Arab amat luas dan sebahagian besarnya diliputi

oleh tanah gersang yang sesetengah tempatnya

amat jarang menerima hujan. Suhu di bahagian

tengah semenanjung ini mencapai 54 ° C pada

musim panas. Walau bagaimanapun, Semenanjung

Tanah Arab merupakan satu kawasan ekonomi

terpenting kerana ia mengandungi sumber minyak

yang terbesar di dunia.

UMUM 
ENSIKLOPEDIA ARAB ANTARABANGSA

Ensiklopedia Arab Antarabangsa ialah

satu projek Arab Saudi di bawah inisiatif dan

biayaan seorang ahli keluarga diraja, iaitu Putera

Sultan ibn Abd al-Aziz al-Sa’ud, Timbalan Kedua di

Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan Arab Saudi.

UMUM 
ARAB UMUM 
RIYADH

Riyadh, wilayah di bawah kerajaan Arab Saudi

yang ke-113 mengikut sistem pembahagian wilayah

Arab Saudi. Lihat Arab Saudi .

UMUM 
TELUK ARAB

Teluk Arab ialah sebuah kawasan perairan

berbentuk jantung yang terletak di barat daya Asia

iaitu di antara Iran dengan Semenanjung Tanah

Arab. Teluk ini lebih dikenali di kalangan orang

Eropah sebagai Teluk Parsi. Orang pertama yang

menamakan Teluk Parsi ini ialah Niyarkhus,

pemimpin angkatan laut Iskandar Agung pada tahun

325 S.M. setelah menyusuri sepanjang pantai Parsi

tanpa menyedari kewujudan pantai yang lain. Pada

abad pertama Masihi, Balini menamakan teluk ini

sebagai Teluk Arab setelah dia menemui pantai

barat. Selat Hurmuz menyambungkan Teluk Arab

dengan Teluk Oman, yang dianggap sebagai

cabang bagi Lautan Hindi. Ia berukuran 800

kilometer panjang, 200 kilometer lebar dan 260 000

kilometer persegi luas. Kawasan yang paling dalam

di Teluk Arab berukuran 90 meter. Di teluk ini

banyak terdapat hidupan laut seperti kerang dan

udang.

UMUM 
LIGA ARAB

Liga Arab ialah sebuah pertubuhan Arab

antarabangsa yang dibentuk pada bulan Mac 1945,

rentetan daripada peristiwa Perjanjian Iskandariah

yang telah ditandatangani pada 20 Syawal 1363

H. bersamaan 7 Oktober 1944. Ia juga lanjutan

daripada persetujuan yang ditandatangani oleh

tujuh orang raja dan pemimpin Arab di Kaherah

pada 8 Rabiulakhir 1364 H. bersamaan 22 Mac 1945

M.

UMUM 
EMIRIAH ARAB BERSATU

Emiriah Arab Bersatu ialah persekutuan tujuh

negeri merdeka di barat daya Asia. Negeri-negeri

ini terletak di sepanjang pantai timur Semenanjung

Arab di hujung selatan Teluk Parsi. Dari barat ke

timur, negeri tersebut ialah Abu Dhabi, Dubayy

(juga dieja Dubai), Ash Shariqah, Ajman, Umm al

Qaywayn, Ras al Khaymah, dan Al Fujayrah.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas