Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bangsa yg berasal dr semenanjung besar barat daya Asia; 2. bahasa yg dituturkan oleh bangsa ini, yg merupakan bahasa al-Quran; mengarabkan menjadikan atau menyebab­kan seseorang atau sesuatu mengikut atau bertukar kpd ciri (nilai, pengaruh dsb) Arab: kita tidak bermaksud hendak ~ bahasa Melayu; kearaban (yg) memperlihatkan ciri (penga­ruh dll) Arab: syair dagang, syair Burung Pingai, dll mempunyai isi yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arab

Puisi
 

Orang Arab pergi Makasar,
     Jalan kaki Kampung Cik Tahir;
Jangan harap taukeh di pasar,
     Garam sekati curi setahil.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang Arab pulang ke Arab, Pakai sepatu berderap-derap; Burung terbang jangan diharap, Kalau tiada si getah terap.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Arab pergi Makasar, Jalan kaki Kampung Cik Tahir; Jangan harap taukeh di pasar, Garam sekati curi setahil.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Arab pulang ke Jeddah, Datang ke Jeddah menanam sagu; Harap kami bukan mudah, Laksana tebu menjadi kayu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Arab lalu sekawan, Singgah berhenti pohon gaharu; Jangan harap cahaya bulan, Bulan tidak terang selalu.
Kurik Kundi Merah SagaRaja Arab turun ke Acheh, Singgah di Jawa bertanam serai; Apa diharap hati yang kasih, Badan dan nyawa lagikan tercerai.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Arab pulang ke Jeddah, Sarat bermuat si langit-langit; Harap saya bukannya mudah, Seberat bumi dengan langit.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Arab pulang ke Acheh, Sampai ke Acheh menanam serai; Jangan diharap hati yang kasih, Badan dan nyawa lagi bercerai.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Arab minum serbat, Kalau tak manis ditambah gula; Bolehlah abang tolong mengubat, Kalaulah adik mengikut kata.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Arab mengukus pulut, Pulut dikukus ke daun pisang; Kami tak harap manis di mulut, Manis pandai hilang datang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Arab berjalan ke tanjung, Datang ke tanjung menjual intan; Jangan diharap berdua pulang, Janji manis ditelan jangan.
12

Kembali ke atas