Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bangsa yg berasal dr semenanjung besar barat daya Asia; 2. bahasa yg dituturkan oleh bangsa ini, yg merupakan bahasa al-Quran; mengarabkan menjadikan atau menyebab­kan seseorang atau sesuatu mengikut atau bertukar kpd ciri (nilai, pengaruh dsb) Arab: kita tidak bermaksud hendak ~ bahasa Melayu; kearaban (yg) memperlihatkan ciri (penga­ruh dll) Arab: syair dagang, syair Burung Pingai, dll mempunyai isi yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arab

Puisi
 

Orang Arab pergi Makasar,
     Jalan kaki Kampung Cik Tahir;
Jangan harap taukeh di pasar,
     Garam sekati curi setahil.


Lihat selanjutnya...(14)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Arab LeagueLiga ArabSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi yang ditubuhkan pada tahun 1945 di Syria. Liga ini dianggotai oleh Mesir, Arab Saudi, Iraq, Jordan, Yaman, Syria dan Lubnan. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk mewujudkan kerjasama politik, mempertahankan kedaulatan negara anggota, menyelesaikan masalah negara Arab serta meningkatkan kerjasama ekonomi, kebudayaan dan jaringan infrastruktur perhubungan. Liga tersebut mempunyai dewan eksekutif yang dikenali sebagai Dewan Liga. Setiap negara anggota mempunyai wakil di Dewan Liga. Penduduk Arab di Palestin juga mendapat peruntukan wakil di Dewan Liga ini sebagai perwakilan tidak rasmi. Prinsip Liga Arab dalam menangani setiap permasalahan adalah melalui permuafakatan, bukan melalui kekerasan.
Arab-Israeli conflictkonflik Arab-IsraelSains PolitikHubungan AntarabangsaKonflik yang berpanjangan sehingga kini antara Arab dengan Israel. Konflik ini melibatkan pelbagai dimensi seperti dimensi politik, wilayah, dan agama. Menurut sejarah, Palestin merupakan wilayah dalam Empayar Uthmaniyah sehingga akhir perang Dunia Pertama apabila Liga Bangsa- Bangsa Bersatu memberi mandat kepada British untuk mengurus tadbir Palestin. Di bawah urus tadbir British dan deklarasi Balfour (1917), migrasi orang Yahudi ke Palestin meningkat secara mendadak. Hubungan penduduk Arab Palestin dan Yahudi yang sedia berkonflik ini bertambah tegang dengan kebanjiran pendatang Yahudi. Konflik ini terus memuncak dengan kemunculan gerakan zionisme yang mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat. Konflik ini menjadi isu utama dalam perhubungan antarabangsa apabila pihak Arab Palestin mendapat sokongan negara jiran Arab dan Liga Arab serta simpati daripada Rusia. Pada tahun 1947, Suruhanjaya Khas PBB berkaitan Palestin telah mencadangkan pembahagian wilayah Palestin. Pada tahun 1948, pembahagian de facto Palestin telah dibuat apabila negara Israel ditubuhkan. Konflik dan keganasan dalam hubungan antara Israel dengan negara jiran Arab boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama, perang konvensional seperti yang berlaku pada tahun 1956, 1967 dan 1973. Kedua, peperangan untuk pembebasan seperti yang berlaku pada tahun 1948, kekejaman antara tahun 1970 hingga 1973, dan campur tangan Israel dalam perang saudara di Lubnan pada tahun 1978.
al-muwashshaḥahal-muwashshaḥahKesusasteraanTiadaPuisi Arab yang disusun mengikut pola tertentu menggunakan pelbagai rima. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol dan Portugal moden) sebagai jalan keluar daripada ikatan puisi Arab tradisional. Al-muwashshaḥah berbeza bentuknya dengan puisi Arab tradisional kerana al-muwashshaḥah menggunakan istilah baharu yang belum pernah digunakan oleh penyair Arab sebelumnya. Antaranya ialah matla’, dawr, simt, ghusn, qufl, dan kharjah. Puisi ini mula menonjol pada zaman pemerintahan Amir Abdullah ibn Muhammad al-Marwani, sekitar akhir abad ketiga Hijrah atau kesembilan Masihi. Dua orang penyair yang meletakkan asas puisi ini ialah Muhammad ibn Mahmud al-Qabri al-Darir dan Muqaddam bin Mu`afa al-Qabri.,Puisi Arab yang disusun mengikut pola tertentu menggunakan pelbagai rima. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol dan Portugal moden) sebagai jalan keluar daripada ikatan puisi Arab tradisional. Al-muwashshaḥah berbeza bentuknya dengan puisi Arab tradisional kerana al-muwashshaḥah menggunakan istilah baharu yang belum pernah digunakan oleh penyair Arab sebelumnya. Antaranya ialah matla’, dawr, simt, ghusn, qufl, dan kharjah. Puisi ini mula menonjol pada zaman pemerintahan Amir Abdullah ibn Muhammad al-Marwani, sekitar akhir abad ketiga Hijrah atau kesembilan Masihi. Dua orang penyair yang meletakkan asas puisi ini ialah Muhammad ibn Mahmud al-Qabri al-Darir dan Muqaddam bin Mu`afa al-Qabri.
Arab-Israeli WarPerang Arab-IsraelSains PolitikHubungan AntarabangsaSiri peperangan antara negara Arab dengan Israel yang bermula sejak penubuhan negara Israel oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1948. Tiga peperangan yang utama berlaku pada tahun 1956, 1967 dan 1973. Selain itu, Israel juga telah campur tangan dalam perang saudara di Lubnan pada tahun 1982. Sehingga kini, situasi peperangan masih berterusan dalam bentuk serangan gerila oleh kumpulan pejuang Palestin seperti Hamas terhadap pencerobohan haram Israel. Pada pihak lain pula, rejim Yahudi terus mempertingkatkan tindakan ganasnya terhadap penduduk Arab Palestin, dan enggan membebaskan wilayah negara jiran Arab yang dicerobohinya. Perang pada tahun 1956 berlaku apabila pihak tentera Israel menceroboh Mesir dan menawan Semenanjung Sinai dan Tebing Gaza. Perang ini berlaku akibat muslihat Britain dan Perancis yang cuba mengenakan tekanan terhadap Presiden Mesir Gamal Abdul Nasser yang memiliknegarakan Terusan Suez. Walau bagaimanapun, Israel berundur dari wilayah yang ditakluk pada tahun 1957. Pada tahun 1967, Mesir dengan bantuan Jordan, Syria dan Iraq menyerang Israel. Perang ini berlaku selama 7 hari dengan kejayaan mutlak Israel. Dalam peperangan tersebut, Israel telah menawan Semenanjung Sinai dan Tebing Gaza daripada Mesir, Bukit Golan daripada Syria, dan seluruh Baitulmuqaddis serta Tebing Barat daripada Jordan. Perang pada tahun 1973 pula yang dikenali sebagai perang Yom Kippur, tercetus apabila Mesir dan Syria melancarkan serangan hebat terhadap Israel . Walaupun pihak Israel dapat mempertahankan dirinya tetapi negara tersebut mengalami kemusnahan akibat peperangan tersebut. Perang berakhir dengan gencatan senjata dan diikuti dengan rundingan damai tajaan Amerika Syarikat.
League of Arab StatesLiga Negara-Negara ArabUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh 22 buah negara Arab yang beribu pejabat di Kaherah. Pertubuhan ini diwujudkan melalui Pakatan Liga Negara-Negara Arab. Pertubuhan ini juga merupakan sebuah perikatan pertahanan dan juga aturan serantau.
Arab springhambur ArabPendidikanTiadaTiada
Arab LeagueLiga ArabSains PolitikTiadaTiada
Arab springhambur ArabSukanTiadaTiada
Arab LeagueLiga ArabSejarahTiadaTiada
arab springhambur arabPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas