Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arahnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMPERE, ANDRE MARIE

Ampere, Andre Marie (1775–1836), ahli

matematik dan ahli fizik Perancis, menemui hukum

elektromagnetisme pada tahun 1820-an. Dia

menunjukkan bahawa arus elektrik yang selari

menarik satu sama lain jika bergerak dalam arah

yang sama, dan menolak jika arahnya bertentangan.

Teori matematiknya yang menjelaskan fenomena ini

menjadi asas perkembangan elektrodinamik. Dia

mendapati bahawa arus elektrik yang mengalir

melalui kawat yang bergelung bertindak seperti

magnet. Ini menyebabkan terciptanya galvanometer,

alat untuk mengesan dan menyukat arus elektrik.

UMUM 
MAELSTROM

Maelstrom ialah arus yang laju dan berbahaya di

Lautan Artik. Arus ini mengalir antara dua pulau di

kepulauan Lofoten, yang berhampiran dengan

pantai barat laut Norway. Maelstrom mengancam

pelayar-pelayar selama ratusan tahun. Maelstrom

menjadi lebih berbahaya apabila angin bertiup

bertentangan dengan arahnya, di antara air pasang

dan surut. Apabila ini berlaku, air akan membentuk

pusaran yang sangat besar dan boleh

memusnahkan kapal-kapal kecil.

UMUM 
AZIMUT

Azimut ialah ukuran di sepanjang ufuk sudut di

antara objek dengan titik rujukan. Titik rujukan ini

biasanya di utara, dan sudut ini diukur mengikut

arah pusingan jam. Objek yang terletak di timur

akan mempunyai azimut 90 ° . Angin dari arah 27 °

ialah yang bertiup dari barat. Azimut boleh juga

diukur dari titik di selatan. Dalam kes ini, objek

dengan azimut 135 ° akan terletak di barat laut.

Titik rujukan boleh digambarkan dengan lebih

jelas lagi dengan memberi arahnya sebagai S

135 ° B.

UMUM 
SISTEM FIDELITI TINGGI (HI-FI)

Sistem fideliti tinggi (hi-fi) ialah peralatan

elektronik yang menghasilkan semula bunyi

dengan ketepatan yang amat tinggi. Sistem fideliti

tinggi direka bentuk untuk mengekalkan

ketepatan sumber bunyi tanpa menghasilkan

herotan atau hingar latar belakang. Sistem ini

sering juga digelar sebagai sistem bunyi

stereofonik, atau stereo kerana ia menghasilkan

bunyi stereofonik. Bunyi stereofonik meliputi

pengagihan isyarat bunyi melalui dua saluran

yang berasingan atau lebih. Dengan cara ini,

sistem stereo membolehkan bunyi dihasilkan

semula dari arahnya yang betul.

UMUM 

Kembali ke atas