Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ra/] | ارق

Definisi : sj minuman yg mengandungi alkohol dan memabukkan, minuman keras; kaki ~ orang yg kuat minum arak; pengarakan tempat membuat arak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ra/] | ارق

Definisi : ; berarak, berarak-arakan 1. ber­jalan beramai-ramai dan beriring-iring: sete­lah itu ~lah mereka berkeliling negeri; 2. bergerak beriring-iring: awan sudah mulai ~ ke Timur; 3. datang (timbul) satu demi satu silih berganti (bkn pelbagai kenangan dsb): bermacam-macam kenangan yg ~ dlm ingatannya; ~ tidak berlari prb perbuatan bersama-sama yg menggirangkan hati tidak perlu diburu-burukan; elok arak di hari panas prb orang yg sukacita kalau beruntung, sebab maksud tercapai; mengarak 1. mengiringi seseorang atau sesuatu beramai-ramai, menghantar (mengusung) beramai-ramai: esoknya disediakan perarakan utk ~ jenazah Raden Menteri ke istana; ~ pengantin; 2. sl bergerak terdahulu (dlm iringan), mendahului: bintang Timur ~ siang; arakan, arak-arakan pawai;perarakan 1. iring-iringan yg mengarak sesuatu, pawai: ~ tidak dapat dibawa kerana hujan; 2. usungan (kereta dll) utk mengarak: Raden Inu pun menyambut isterinya naik ke atas ~; 3. kumpulan orang yg berarak: ~ itu diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Melaka;~ haram perarakan yg diadakan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa (spt polis dsb); ~ raksasa perarakan yg diadakan secara besar-besaran; pengarak 1. orang dll yg mengarak; 2. orang atau sesuatu yg mendahului seseorang atau sesuatu, pembuka jalan; angin ~ hujan angin yg mendahului hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ra/] | ارق

Definisi : sj minuman keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.ra/] | ارق

Definisi : ; berarak 1 berjalan beramai-ramai dan beriring-iringan: Selepas mendengar ucapan drpd beberapa orang pensyarah, mereka ~ ke Masjid Negara. 2 bergerak beriring-iringan: Awan ~ ke arah utara. mengarak beramai-ramai mengiringi (membawa berjalan dsb): Lebih kurang pukul lapan malam, kami turut ~ pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. perarakan perbuatan atau hal berarak: ~ Maulud Nabi telah disertai oleh beribu-ribu orang umat Islam. pengarak 1 orang atau sesuatu yg mengarak. 2 orang atau sesuatu yg mendahului seseorang atau sesuatu. angin ~ hujan angin yg mendahului hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arak

Puisi
 

Naik gunung mana arak,
     Batu mana tanah air;
Rendah gunung tinggi arak,
     Dari awal sampai akhir.


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Perkataan berarak, dimabil daripada perkataan arak ke? Boleh kah sy tahu asal usul pengambilan perkataan berarak?Salam sejahtera,

Tuan,
Berdasarkan Kamus Dewan, arak merujuk kepada dua maksud iaitu, pertama sejenis minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan. Maksud kedua merujuk kepada berarak iaitu berjalan beramai-ramai atau beriring-iring.

Pihak kami tidak mempunyai maklumat berkaitan asal-usul terbinanya sesebuah perkataan. Pihak tuan boleh merujuk kepada universiti atau membuat kajian sendiri atau boleh menghubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa DBP untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.02.2019
Ini mengenai istilah BM, SALUN. Dalam BI ialah SALOON. SALOON maknanya ialah tempat orang minum arak. Kalau kita tengok cerita koboi, SALOON ialah tempat koboi minum arak dan berseronok. Di Malaysia apa yang menarik perhatian saya ialah mengenai ejaan kedai kecantikan iaitu SALUN Kecantikan yang diterjemahkan dari BI, Beauty SALON. Cadangan saya iaalh pihak DBP membetulkan tentang ejaan SALUN Kecantikan kepada SALON Kecantikan. Saya menulis kepada pihak DBP kerana saya pernah ditanya oleh beberapa orang profesor luar negara tentang makna Salun Kecantikan. Saya adalah seorang pensyarah di UPM. Tolong pertimbangkannya.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, salun bermaksud 1. ruang (bilik besar dan sebagainya) untuk sesuatu kegunaan tertentu (biasanya sebagai tempat perniagaan), sejenis kedai atau tempat perniagaan. Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, penyesuaian ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain dibuat menurut peraturan penyesuaian huruf. Dalam konteks ini huruf "oo" dalam bahasa Inggeris ditukar menjadi "u" dalam bahasa Melayu.  Oleh itu, saloon menjadi salun, cartoon menjadi kartun, tattoo menjadi tatu dan sebagainya.Istilah01.10.2012
Apakah terjemahan paling tepat untuk spirit? Arak/minuman beralkohol/dll?Istilah bahasa Melayu untuk "spirit" ialah spirit.Istilah08.06.2016
Apakah ungkapan/istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk memerikan sikap "self-abandonment", iaitu "sikap asyik melakukan perkara yang merosakkan diri seperti minum arak selepas seseorang menerima pukulan yang besar?Tuan/puan boleh kemukakan soalan ini kepada Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, padanan yang mungkin sesuai ialah "hilang kawalan diri".Penyemakan dan penterjemahan21.07.2014
Apakah terjemahan untuk liquor dan spirit? Apakah perbezaan antara keduanya?Dalam pangkalan data DBP, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "liquor", iaitu likuor, arak, minuman keras dan cecair. Padanan bahasa Melayu untuk "spirit" ialah spirit.  Dalam bidang Farmasi, maksud yang diberikan untuk "spirit" ialah larutan alkohol  atau hidroalkohol suatu bahan mudah meruap. Contohnya, spirit kamfor dan spirit ammonia aromatik. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, spirit bermaksud cairan yang mengandungi alkohol yang mudah menyejat atau terbakar. Dalam bidang Biologi, maksud likuor ialah 1. Cecair yang digunakan atau yang dihasilkan daripada beberapa proses. 2. Minuman alkohol yang diminum sedikit selepas makan. Oleh itu, padanan bahasa Melayunya bergantung pada konsep dan konteks penggunaan.Istilah08.06.2016
Assalamualaikum wbt. Saya nak tau tentang suku kata bagi perarakan. Untuk highlight dalam buku bacaan. Per a ra kan atau pe ra ra kan. Ayatnya - Perarakan diadakan di padang.Salam sejahtera, Suku kata Perarakan ialah PER-ARAK-AN. Sekian, terima kasih.Tatabahasa09.05.2020
Rujuk jawapan pada 03.10.2007, "Tingkah laku bermaksud gerak- geri, kelakuan,perbuatan. Prasekolah bermaksud sebelum memasuki sekolah. Kata langsang tidak terdapat dalam rujukan kami. Sila nyatakan ejaan sebenar. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4." Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, erti bagi kata "aggressive" diberi sebagai: "3. quarrelsome, agresif, cenderung bergaduh, suka berkelahi: he became ~ after a few drinks, dia menjadi agresif selepas meminum beberapa gelas arak; an ~ nature, sifat yg agresif; 4. reflecting quarrelsome disposition, (bersifat) agresif: in an ~ (tone of) voice, dgn nada suara yg agresif; ~ remarks, kata-kata yg (bersifat) agresif; 5. assertive, enterprising, agresif: an ~ businesswoman, seorang ahli perniagaan wanita yg agresif; ~ leadership, kepemimpinan agresif; 6. (psychol) langsang, agresif." Adakah perkataan "langsang" sudah diterima dalam kamus bahasa Melayu?Berdsasarkan dapatan daripada Kamus Inggeris-Melayu Dewan dan Daftar Istilah MABBIM, perkataan langsang ialah padanan kata aggressive dalam bahasa Melayu dan digunakan dalam bidang psikologi. Perkataan langsang juga telah diterima pakai oleh negara anggota MABBIM, iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia sebagai perkataan lain selain agresif. Walau bagaimanapun istilah ini tidak begitu dikenali oleh orang awam, maka ada baiknya penggunaan kata agresif diutamakan.Istilah17.05.2011
Assalamualaikum. Bolehkah DBP beri senarai lengkap perkataan yang berakhir denyan huruf 'e taling' seperti sate, tauge, wade, dan seterusnya? Susah kerana tiada fungsi pencarian rima akhir di PRPM untuk pembuatan pantun. Sepatutnya ada kerana pantun khazanah kita yang boleh dipermudah dengan adanya teknologi pencarian di PRPM.

Perkataan “sate”, “tauge”,“wade” dan “sake” yang berakhir dengan huruf e-taling ada ditunjukkan dalam PRPM seperti contoh di bawah:

 

  1. (saté) sj makanan yg dibuat drpd potongan kecil daging yg dicucuk dan dipanggang (dimakan dgn kuah)
  2. /taugé/ kecambah kacang hijau dsb yg boleh dibuat sayur. 
  3. (wadé) sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal putih, berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya.
  4. (saké) (Jepun) sj arak yg diperbuat drpd beras.

 

Semua perkataan tersebut ditunjukkan penggunaan e-taling dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring bagi pengguna mengetahui ritma akhir. Tuan/puan boleh mengetahui perkataan yang menggunakan e-taling apabila huraian disertakan dengan teks dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring.  

Ejaan16.06.2019

Kembali ke atas