Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arak

Puisi
 

Naik gunung mana arak,
     Batu mana tanah air;
Rendah gunung tinggi arak,
     Dari awal sampai akhir.


Lihat selanjutnya...(12)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARAK PAHIT

Arak pahit ialah istilah bagi cecair yang

diekstrak daripada herba, daun, kulit kayu, akar,

atau putik buah yang pahit. Banyak orang yang

meminum arak pahit sebagai ubat untuk

menambahkan selera dan mengaktifkan

pencernaan. Manusia juga menggunakan arak

pahit sebagai perisa dalam minuman alkohol

tertentu. Sesetengah arak pahit jenis tertentu

termasuklah Angostura, cinchona, limau oren,

gentian, dan camomile.

UMUM 
ALKOHOLISME

Alkoholisme ialah penyakit pada seseorang

yang mempunyai keinginan yang amat kuat untuk

meminum arak.

UMUMUmum
DELIRIUM TREMENS

Delirium tremens yang kerap dikenali sebagai

DT’s, ialah gangguan saraf dan mental akibat

alkoholisme akut. Ramai orang menjadi benar-benar

terganggu dan mengalami delirium tremens

akibat meminum arak yang luar biasa lamanya

dan banyaknya.

UMUM 
ANTABUSE

Antabuse ialah nama dagang ubat yang

digunakan secara meluas untuk merawat

alkoholisme yang kronik. Nama generik ubat ini

ialah disulfiram . Antabuse bukan penyembuh untuk

alkoholisme. Ia dipreskripsikan untuk membantu

mereka yang ingin berhenti meminum arak.

UMUM 
NORMAN, LILITH

Norman, Lilith (1927– ), penulis buku kanak-

kanak Australia, mendapat pujian kerana gaya

penulisannya yang benar dan berterus terang dalam

novelnya. Novelnya yang pertama, Climb a Lonely

Hill (1970), memperkatakan tentang masalah kanak-

kanak yang ketagihan arak. Novelnya yang lain

termasuk The Shape of Three (1971), The Flame

Takers (1973), Mocking-Bird Man (1977), A Dream of

Seas (1978), dan My Simple Little Brother (1979).

Norman lahir dan menuntut di Sydney dan dilatih

sebagai pustakawan. Dia menjadi penolong editor

School Magazine pada tahun 1970.

UMUM 
SLO

Slo, juga dikenali sebagai blackthorn, ialah pokok

renek yang berduri, bercabang yang berkaitan

dengan plum. Ia tumbuh di Eropah, Asia Tengah,

dan bahagian timur Amerika Utara. Bunganya

berwarna putih dan buahnya kecil berwarna hitam.

Buahnya kurang daripada 13 milimeter

diameternya dan digunakan untuk membuat wain,

jem, jeruk, dan pewarna. Gin slo adalah arak samar

yang diwarnakan dan diperisakan dengan slo.

Dahan slo digunakan untuk membuat tongkat dan

pemegang alat.

UMUM 
ALCOTT, LOUISA MAY

Alcott, Louisa May (1832–1888) merupakan

penulis Amerika yang terkenal dengan novel kanak-kanaknya.

Bukunya yang terkenal, Little Women

(1868–1869) menceritakan empat orang adik beradik

perempuan yang membesar di sebuah bandar kecil di New England

pada pertengahan tahun 1800-an. Di samping menulis,

Alcott berusaha mendapatkan hak mengundi untuk wanita

dan aktif dalam pergerakan antiminum arak.

UMUM 

Kembali ke atas