Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ra/] | ارق

Definisi : sj minuman yg mengandungi alkohol dan memabukkan, minuman keras; kaki ~ orang yg kuat minum arak; pengarakan tempat membuat arak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ra/] | ارق

Definisi : ; berarak, berarak-arakan 1. ber­jalan beramai-ramai dan beriring-iring: sete­lah itu ~lah mereka berkeliling negeri; 2. bergerak beriring-iring: awan sudah mulai ~ ke Timur; 3. datang (timbul) satu demi satu silih berganti (bkn pelbagai kenangan dsb): bermacam-macam kenangan yg ~ dlm ingatannya; ~ tidak berlari prb perbuatan bersama-sama yg menggirangkan hati tidak perlu diburu-burukan; elok arak di hari panas prb orang yg sukacita kalau beruntung, sebab maksud tercapai; mengarak 1. mengiringi seseorang atau sesuatu beramai-ramai, menghantar (mengusung) beramai-ramai: esoknya disediakan perarakan utk ~ jenazah Raden Menteri ke istana; ~ pengantin; 2. sl bergerak terdahulu (dlm iringan), mendahului: bintang Timur ~ siang; arakan, arak-arakan pawai;perarakan 1. iring-iringan yg mengarak sesuatu, pawai: ~ tidak dapat dibawa kerana hujan; 2. usungan (kereta dll) utk mengarak: Raden Inu pun menyambut isterinya naik ke atas ~; 3. kumpulan orang yg berarak: ~ itu diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Melaka;~ haram perarakan yg diadakan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa (spt polis dsb); ~ raksasa perarakan yg diadakan secara besar-besaran; pengarak 1. orang dll yg mengarak; 2. orang atau sesuatu yg mendahului seseorang atau sesuatu, pembuka jalan; angin ~ hujan angin yg mendahului hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ra/] | ارق

Definisi : sj minuman keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.ra/] | ارق

Definisi : ; berarak 1 berjalan beramai-ramai dan beriring-iringan: Selepas mendengar ucapan drpd beberapa orang pensyarah, mereka ~ ke Masjid Negara. 2 bergerak beriring-iringan: Awan ~ ke arah utara. mengarak beramai-ramai mengiringi (membawa berjalan dsb): Lebih kurang pukul lapan malam, kami turut ~ pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. perarakan perbuatan atau hal berarak: ~ Maulud Nabi telah disertai oleh beribu-ribu orang umat Islam. pengarak 1 orang atau sesuatu yg mengarak. 2 orang atau sesuatu yg mendahului seseorang atau sesuatu. angin ~ hujan angin yg mendahului hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arak

Puisi
 

Naik gunung mana arak,
     Batu mana tanah air;
Rendah gunung tinggi arak,
     Dari awal sampai akhir.


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
ringkas yang didapati dalam bentuk hablur daripada polisakarida. Contohnya, gam dan hemiselulosa. (HUT) arachnid (araknid) Lihat Arachnida. (BIO) Arachnida (Arachnida) Kelas haiwan dalam filum Arthropoda. Haiwan dalam kelas ini disebut arak- nid. Badan araknid terbahagi kepada sefalotoraks dan abdomen. Pada sefaloto- raks terdapat sepasang taring yang disebut kelisera, sepasang organ deria yang disebut pedipalpa, dan empat pasang kaki yang digunakan untuk dengan arang batu yang digunakan sebagai ba - han pelambat nyala dan pembuatan cat berkilau. Nama umumnya ialah abu hitam. (KIM) barm (beram) Ibu roti yang merupakan hasil sampingan proses penapaian arak oleh ragi roti, ragi arak dan ragi bir. (BIO) barn (barn) Unit ukuran keluasan, bersimbol b dan bersamaan dengan 1 × 10 −28 m 2 . (KEJ) barn rot (busuk bangsal) Penyakit

Kembali ke atas