Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rak.nid] | اراکنيد

Definisi : haiwan drpd kelas Arachnida yg mempunyai empat pasang kaki dan mata ringkas, spt labah-labah, kala jengking dan hama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rak.nid] | اراکنيد

Definisi : haiwan drpd kelas Arachnida yg mempunyai empat pasang kaki, mis labah-labah, kala jengking dan hama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata araknid


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARAKNID

Araknid ialah ahli kelas haiwan darat yang kecil

bak serangga. Araknid yang terkenal ialah lelabah,

kutu, hama, kala jengking dan harvestmen. Tidak

seperti serangga, araknid tidak mempunyai kepak.

Badannya terbahagi kepada dua bahagian utama,

iaitu abdomen dan sefalotoraks , yang terdiri

daripada kepala dan toraks yang bercantum sekali.

Bagaimanapun, serangga mempunyai tiga

bahagian utama badan: kepala, toraks dan

abdomen. Araknid mempunyai empat pasang

kaki, tetapi tidak mempunyai sesungut. Serangga

mempunyai sesungut, tetapi hanya mempunyai

tiga pasang kaki.

UMUM 
KALA JENGKING

Kala jengking ialah haiwan kecil yang

mempunyai sengat beracun di ekornya. Kala

jengking bukanlah serangga. Ia tergolong dalam

kelas haiwan yang dikenali sebagai araknid yang

termasuk labah-labah, tungau, dan sengkenit.

UMUM 
ARTROPOD

Artropod ialah sebarang haiwan yang tergolong

dalam bahagian besar atau filum alam haiwan yang

dikenali sebagai artropod . Istilah ini dibentuk

daripada dua perkataan Yunani, dan bermakna

tapak kaki bersendi . Sebenarnya, kaki dan bukan

tapak kaki, yang bersendi. Kesemua artropoda, atau

artropod, mempunyai kaki bersendi. Antara

kumpulan artropod yang terpenting adalah:

(1) serangga, termasuk lipas, kumbang, lebah,

rama-rama, dan banyak yang lain; (2) krustasea,

termasuk haiwan yang terkenal seperti ketam,

udang karang, udang, dan teritip; (3) araknid,

termasuk kutu, tuma, labah-labah, kala jengking;

(4) kilopod, atau halipan; dan (5) diplopod atau

gonggok. Filum artropod terdiri daripada lebih tiga

suku daripada kesemua jenis haiwan yang berbeza

jenis. Serangga membentuk kelas artropod yang

terbesar dari segi bilangan spesiesnya.

UMUM 

Kembali ke atas