Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rang] | ارڠ

Definisi : 1. benda hitam yg rapuh, sisa kayu yg terbakar; 2. = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad; ~ batu = batu ~ arang keras yg digali dr dlm tanah, batu bara; ~ batu lembut sj arang batu yg mengandungi hidrokarbon dan jirim yg menyerupai tar (terbakar dgn mengeluarkan nyalaan yg berwarna kuning dan berasap); ~ batu muda arang batu yg belum cukup matang dan belum boleh dilombong; ~ besi batu bara yg telah atau setengah terbakar; ~ para-para jelaga, sulang asap; ~ periuk jelaga pd periuk; ~ di kening = ~ di muka prb mendapat malu; ~ habis besi binasa prb pekerjaan yg tidak membawa hasil sedikit pun; ~ itu jikalau dibasuh dgn air mawar sekalipun tiada akan putih prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya; berkerat rotan, berpatah ~ prb perselisihan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya ~ prb orang yg suka menegur kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri yg lebih besar tidak disedari; jika tiada tersapu ~ di muka, drpd hidup baiklah mati prb lebih baik mati drpd hidup menanggung malu; kalah jadi abu, menang jadi ~ prb kalah atau menang sama akibatnya (akan menanggung rugi); mem­basuh­kan ~ yg terconteng di muka prb meng­hilangkan malu; terpijak benang ~, hitam tapak prb perbuatan jahat, jahat akibatnya; mengarang menjadi arang, menjadi hitam spt arang; mengarangkan menjadikan arang; pengarangan 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rang] | ارڠ

Definisi : Mn mulut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rang] | ارڠ

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok dan kayunya), Diospyros spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rang] | ارڠ

Definisi : 1 benda hitam yg terjadi drpd sesuatu yg terbakar. 2 = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad. 3 = ~ batu sj bahan galian berwarna hitam lagi keras dan digunakan sbg bahan api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arang

Puisi
 

Naik bukit membakar arang,
     Habis padi dimakan rusa;
Sakit hati dikata orang,
     Walau sekali kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Sudah diludah dijilat kembali (= balik).

Bermaksud :

Memuji kembali yang sudah dicela; yang sudah dibuang dipungut kembali. (Bandingkan dengan: Sudah arang-arang, hendak minyak pula).

 

Lihat selanjutnya...(35)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
coaln 1. (mineral) batu arang: ~ - seam, lapisan batu arang; ~ - mine, lombong batu arang; 2. half-burnt fuel, ember, bara: he grilled a piece of steak over the glowing ~s, dia memanggang sekeping stik di atas bara;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
charcoaln 1. black residue of partly burnt wood etc, arang; 2. (pencil) pensel arang; 3. (drawing) lukisan arang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coalvi mengambil bekalan batu arang: the ship ~ed at Plymouth, kapal itu mengambil bekalan batu arang di Plymouth;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coalvt mengisikan batu arang ke dlm: the soldiers had to ~ the ship, soldadu-soldadu itu terpaksa mengisikan batu arang ke dlm kapal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
colliern 1. coal-miner, pelombong batu arang; 2. ship carrying coal, kapal angkut batu arang .Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boneblackn arang tulang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bituminous coaln arang batu bitumen.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hard coaln batu arang keras.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
collieryn lombong batu arang .Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coalminern pelombong batu arang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas