Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rang] | ارڠ

Definisi : 1. benda hitam yg rapuh, sisa kayu yg terbakar; 2. = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad; ~ batu = batu ~ arang keras yg digali dr dlm tanah, batu bara; ~ batu lembut sj arang batu yg mengandungi hidrokarbon dan jirim yg menyerupai tar (terbakar dgn mengeluarkan nyalaan yg berwarna kuning dan berasap); ~ batu muda arang batu yg belum cukup matang dan belum boleh dilombong; ~ besi batu bara yg telah atau setengah terbakar; ~ para-para jelaga, sulang asap; ~ periuk jelaga pd periuk; ~ di kening = ~ di muka prb mendapat malu; ~ habis besi binasa prb pekerjaan yg tidak membawa hasil sedikit pun; ~ itu jikalau dibasuh dgn air mawar sekalipun tiada akan putih prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya; berkerat rotan, berpatah ~ prb perselisihan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya ~ prb orang yg suka menegur kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri yg lebih besar tidak disedari; jika tiada tersapu ~ di muka, drpd hidup baiklah mati prb lebih baik mati drpd hidup menanggung malu; kalah jadi abu, menang jadi ~ prb kalah atau menang sama akibatnya (akan menanggung rugi); mem­basuh­kan ~ yg terconteng di muka prb meng­hilangkan malu; terpijak benang ~, hitam tapak prb perbuatan jahat, jahat akibatnya; mengarang menjadi arang, menjadi hitam spt arang; mengarangkan menjadikan arang; pengarangan 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rang] | ارڠ

Definisi : Mn mulut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rang] | ارڠ

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok dan kayunya), Diospyros spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rang] | ارڠ

Definisi : 1 benda hitam yg terjadi drpd sesuatu yg terbakar. 2 = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad. 3 = ~ batu sj bahan galian berwarna hitam lagi keras dan digunakan sbg bahan api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arang

Puisi
 

Naik bukit membakar arang,
     Habis padi dimakan rusa;
Sakit hati dikata orang,
     Walau sekali kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Sudah diludah dijilat kembali (= balik).

Bermaksud :

Memuji kembali yang sudah dicela; yang sudah dibuang dipungut kembali. (Bandingkan dengan: Sudah arang-arang, hendak minyak pula).

 

Lihat selanjutnya...(35)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAR BATU ARANG

Tar batu arang ialah cecair pekat, hitam dan

melekit. Ia diperoleh sebagai keluaran sampingan

dalam pembuatan kok, dan gas relau kok daripada

batu arang lembut. Tar batu arang didapati dengan

memeluwap sebahagiannya bertukar (kepada

cecair) wap panas daripada relau kok atau

pengeluar gas batu arang.

UMUM 
ARANG

Arang ialah bahan berwarna hitam, yang rapuh

dan mempunyai banyak kegunaan. contohnya,

arang digunakan dalam pigmen (bahan pewarna);

dalam penapis untuk menghilangkan warna, rasa

dan bau yang tidak dikehendaki; sebagai bahan

bakar; dan sebagai alat melukis.

UMUM 
LIGNIT

Lignit, juga dinamakan batu arang coklat, ialah

sejenis batu arang yang rendah mutunya. Lignit

mengandungi 20 peratus hingga 60 peratus

air semasa dilombong, iaitu jauh lebih banyak

daripada batu arang yang berkualiti tinggi.

UMUM 
PNEUMOKONIOSIS PELOMBONG ARANG

Pneumokoniosis pelombong arang lihat

Paru-paru hitam.

UMUM 
GAS BATU ARANG

Gas batu arang ialah gas yang terhasil apabila batu arang dipanaskan dalam tempat kedap udara.

GEOGRAFI DAN GEOLOGISumber/Bahan Alam
BATU ARANG

Batu arang ialah bahan bakar pepejal yang murah berbanding dengan petroleum.

GEOGRAFI DAN GEOLOGISumber/Bahan Alam
ARANG BATU

Sejenis galian yang pada suatu masa penting dalam ekonomi Malaysia.  Antara kawasan yang mengeluarkan arang batu termasuklah Simunjan di Sungai Sadong dalam Bahagian Pertama Sarawak, di kawasan selatan Teluk Sandakan di Sabah dan Batu Arang di Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGISumber/Bahan Alam
DARBY, ABRAHAM

Darby, Abraham (1677–1717), memulakan

revolusi kaedah penuangan besi. Kejayaannya yang

utama ialah penggunaan arang kok berbanding

dengan penggunaan batu arang untuk proses

peleburan.

UMUM 
PARU-PARU HITAM

Paru-paru hitam ialah penyakit paru-paru yang

menghilangkan upaya, yang kerap dihidapi oleh

pelombong arang. Penyakit ini, juga dikenali

sebagai pneumokoniosis pelombong arang,

disebabkan pelombong menyedut habuk arang

pada jangka masa yang lama.

UMUM 
ASHFIELD

Ashfield (pend. 106 800) ialah kawasan

perlombongan batu arang di Nottinghamshire,

England. Ashfield ialah daerah kerajaan tempatan,

yang termasuk bandar Hucknall, Kirkby di

Ashfield, dan Sutton di Ashfield. Industri penting

di bandar-bandar ini termasuk kejuruteraan dan

pengeluaran perabot, hosieri, dan tekstil.

Sesetengah kampung perlombongan batu arang

seperti Selston diperikan dalam novel D.H

Lawrence (lihat Lawrence, D.H. )

UMUM 
123456

Kembali ke atas