Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rang] | ارڠ

Definisi : 1. benda hitam yg rapuh, sisa kayu yg terbakar; 2. = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad; ~ batu = batu ~ arang keras yg digali dr dlm tanah, batu bara; ~ batu lembut sj arang batu yg mengandungi hidrokarbon dan jirim yg menyerupai tar (terbakar dgn mengeluarkan nyalaan yg berwarna kuning dan berasap); ~ batu muda arang batu yg belum cukup matang dan belum boleh dilombong; ~ besi batu bara yg telah atau setengah terbakar; ~ para-para jelaga, sulang asap; ~ periuk jelaga pd periuk; ~ di kening = ~ di muka prb mendapat malu; ~ habis besi binasa prb pekerjaan yg tidak membawa hasil sedikit pun; ~ itu jikalau dibasuh dgn air mawar sekalipun tiada akan putih prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya; berkerat rotan, berpatah ~ prb perselisihan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya ~ prb orang yg suka menegur kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri yg lebih besar tidak disedari; jika tiada tersapu ~ di muka, drpd hidup baiklah mati prb lebih baik mati drpd hidup menanggung malu; kalah jadi abu, menang jadi ~ prb kalah atau menang sama akibatnya (akan menanggung rugi); mem­basuh­kan ~ yg terconteng di muka prb meng­hilangkan malu; terpijak benang ~, hitam tapak prb perbuatan jahat, jahat akibatnya; mengarang menjadi arang, menjadi hitam spt arang; mengarangkan menjadikan arang; pengarangan 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rang] | ارڠ

Definisi : Mn mulut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rang] | ارڠ

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok dan kayunya), Diospyros spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rang] | ارڠ

Definisi : 1 benda hitam yg terjadi drpd sesuatu yg terbakar. 2 = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad. 3 = ~ batu sj bahan galian berwarna hitam lagi keras dan digunakan sbg bahan api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arang

Puisi
 

Naik bukit membakar arang,
     Habis padi dimakan rusa;
Sakit hati dikata orang,
     Walau sekali kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Sudah diludah dijilat kembali (= balik).

Bermaksud :

Memuji kembali yang sudah dicela; yang sudah dibuang dipungut kembali. (Bandingkan dengan: Sudah arang-arang, hendak minyak pula).

 

Lihat selanjutnya...(35)


Pantun

PantunSumberTema
Arang batu lembah Kalimantan, Lombong diurus anak Peringgi; Orang sudah samai ke bulan, Tuan mencedok air perigi.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Arang baru dikarang, Masak ikan parang; Orang suka temberang, Macam kera sumbang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Api arang untuk menggulai, Sudah masak makan bersama; Hati orang elok perangai, Di mana tegak akan ternama.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Suluh puntung arang berasap, Asap melimpah ke luar negeri; Sungguh beruntung orang gagap, Bercakap sepatah habis sehari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apabila kaki terinjak arang, Banyak sedikit tentulah hitam; Apabila hati banyak meradang, Tidak terhimpit tentulah karam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Biarkan orang menyingkap arang, Kita menyingkap tanah bergambut; Biar orang bercakap garang, Kita bercakap lemah lembut.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan mengipas-ngipas arang, Kalau dikipas banyak baranya; Kalau memanas-manaskan orang, Kalau panas banyak marahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau terkait tali arang, Rentangkan tali lebar-lebar; Kalau sakit jangan mengerang, Tenangkan hati banyak sabar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Perahu Jawa memuat arang, Tiangnya miring senget sebelah; Malulah muka melihat orang, Sedang bersanding pencirit basah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Saya tidak membakar arang, Abang mengepit si bunga dedap; Saya tidak kata sebarang, Kerana abang tak tahu adab.Kurik Kundi Merah SagaAdat
1234

Kembali ke atas