Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rang] | ارڠ

Definisi : 1. benda hitam yg rapuh, sisa kayu yg terbakar; 2. = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad; ~ batu = batu ~ arang keras yg digali dr dlm tanah, batu bara; ~ batu lembut sj arang batu yg mengandungi hidrokarbon dan jirim yg menyerupai tar (terbakar dgn mengeluarkan nyalaan yg berwarna kuning dan berasap); ~ batu muda arang batu yg belum cukup matang dan belum boleh dilombong; ~ besi batu bara yg telah atau setengah terbakar; ~ para-para jelaga, sulang asap; ~ periuk jelaga pd periuk; ~ di kening = ~ di muka prb mendapat malu; ~ habis besi binasa prb pekerjaan yg tidak membawa hasil sedikit pun; ~ itu jikalau dibasuh dgn air mawar sekalipun tiada akan putih prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya; berkerat rotan, berpatah ~ prb perselisihan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya ~ prb orang yg suka menegur kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri yg lebih besar tidak disedari; jika tiada tersapu ~ di muka, drpd hidup baiklah mati prb lebih baik mati drpd hidup menanggung malu; kalah jadi abu, menang jadi ~ prb kalah atau menang sama akibatnya (akan menanggung rugi); mem­basuh­kan ~ yg terconteng di muka prb meng­hilangkan malu; terpijak benang ~, hitam tapak prb perbuatan jahat, jahat akibatnya; mengarang menjadi arang, menjadi hitam spt arang; mengarangkan menjadikan arang; pengarangan 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rang] | ارڠ

Definisi : Mn mulut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rang] | ارڠ

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok dan kayunya), Diospyros spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rang] | ارڠ

Definisi : 1 benda hitam yg terjadi drpd sesuatu yg terbakar. 2 = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad. 3 = ~ batu sj bahan galian berwarna hitam lagi keras dan digunakan sbg bahan api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arang

Puisi
 

Naik bukit membakar arang,
     Habis padi dimakan rusa;
Sakit hati dikata orang,
     Walau sekali kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Sudah diludah dijilat kembali (= balik).

Bermaksud :

Memuji kembali yang sudah dicela; yang sudah dibuang dipungut kembali. (Bandingkan dengan: Sudah arang-arang, hendak minyak pula).

 

Lihat selanjutnya...(35)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kubal arang Ibsejenis pokok dan buah yang tumbuh memanjat di kawasan hutan bukit, buahnya berwarna kuning kemerahan, masam dan boleh dimakan.Setelah berpakaian, Keling pun mengikat parang pengayau di pinggangnya. Hulu dan sarung parang itu berhiaskan rambut manusia berikat panjang. Disandangnya sumpitan tapang berhias emas, pemberian Bungsu Mawas yang berayun di akar kubal arang.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ropuan Kd, Tbdapur kayu, tempat menyalakan kayu api untuk memasak.Setompok arang yang masih berasap sedikit kerana telah dijirus air dan tompokan abu putih, terdapat di atas ropuan berukuran empat kaki persegi. Di ropuan itu tersusun lima enam batang kayu api. Hujungnya berwarna kehitam-hitaman kerana telah terbakar.Mimpi BurubutGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kendoon kasih Bj Smmeninggal dunia.Beliau lebih rela kendoon kasih daripada melihat arang terconteng di muka kaumnya.NembilukGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
puputan Bjsejenis alat (dalam bengkel besi) yang digunakan untuk meniup api supaya nyala berterusan.Tangannya terus sahaja mengayun puputan ke bawah dan ke atas, berselang-seli ke kiri dan ke kanan untuk memastikan arang yang digunakan untuk memijarkan besi itu terus membara.PendayanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
Belian Ibupacara mengubati orang sakit oleh manang.Selang empat hari kemudiannya, empat orang pemuda yang dulu itu datang lagi untuk menjemput dia mengadakan upacara belian. Apabila mengetahui bahawa Manang Engkejuang teringin sangat untuk pergi belian, tambahan pula keempat-empat orang pemuda itu sudah naik dari pangkalan, Manang Entayang pun masuk ke bilik lalu menyapu mukanya dengan arang dan jelaga, sambil duduk berdekatan dengan dapur.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas