Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rang] | ارڠ

Definisi : 1. benda hitam yg rapuh, sisa kayu yg terbakar; 2. = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad; ~ batu = batu ~ arang keras yg digali dr dlm tanah, batu bara; ~ batu lembut sj arang batu yg mengandungi hidrokarbon dan jirim yg menyerupai tar (terbakar dgn mengeluarkan nyalaan yg berwarna kuning dan berasap); ~ batu muda arang batu yg belum cukup matang dan belum boleh dilombong; ~ besi batu bara yg telah atau setengah terbakar; ~ para-para jelaga, sulang asap; ~ periuk jelaga pd periuk; ~ di kening = ~ di muka prb mendapat malu; ~ habis besi binasa prb pekerjaan yg tidak membawa hasil sedikit pun; ~ itu jikalau dibasuh dgn air mawar sekalipun tiada akan putih prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya; berkerat rotan, berpatah ~ prb perselisihan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya ~ prb orang yg suka menegur kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri yg lebih besar tidak disedari; jika tiada tersapu ~ di muka, drpd hidup baiklah mati prb lebih baik mati drpd hidup menanggung malu; kalah jadi abu, menang jadi ~ prb kalah atau menang sama akibatnya (akan menanggung rugi); mem­basuh­kan ~ yg terconteng di muka prb meng­hilangkan malu; terpijak benang ~, hitam tapak prb perbuatan jahat, jahat akibatnya; mengarang menjadi arang, menjadi hitam spt arang; mengarangkan menjadikan arang; pengarangan 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rang] | ارڠ

Definisi : Mn mulut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rang] | ارڠ

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok dan kayunya), Diospyros spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rang] | ارڠ

Definisi : 1 benda hitam yg terjadi drpd sesuatu yg terbakar. 2 = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad. 3 = ~ batu sj bahan galian berwarna hitam lagi keras dan digunakan sbg bahan api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arang

Puisi
 

Naik bukit membakar arang,
     Habis padi dimakan rusa;
Sakit hati dikata orang,
     Walau sekali kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Sudah diludah dijilat kembali (= balik).

Bermaksud :

Memuji kembali yang sudah dicela; yang sudah dibuang dipungut kembali. (Bandingkan dengan: Sudah arang-arang, hendak minyak pula).

 

Lihat selanjutnya...(35)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
subbituminous coalbatu arang subbitumenKimiaTiadaSinonim : lignit hitam Batu arang yang berwarna hitam, tidak begitu berkilau dan mempunyai nilai kalori antara 8,440 KJ dengan 11,606 KJ. Batu arang ini berdarjat antara lignit dengan batu arang bitumen. Batu Arang ini boleh digunakan dalam pembakaran kok untuk menghasilkan gas pengeluar.
subbituminous coalbatu arang subbitumenKejuruteraanPetroleumSinonim : lignit hitam Batu arang yang berwarna hitam, tidak begitu berkilau dan mempunyai nilai kalori antara 8,440 KJ dengan 11,606 KJ. Batu arang ini berdarjat antara lignit dengan batu arang bitumen. Batu Arang ini boleh digunakan dalam pembakaran kok untuk menghasilkan gas pengeluar.
coal and coke dealerpenjaga batu arang dan arang kokPentadbiranTiadaTiada
carbonkarbonKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan IVA (atau 14) jadual berkala, simbol C, nombor atom 6, berat atom 12.011, nombor pengoksidaan –4, takat lebur 3570oC (untuk grafit), takat didih 4827oC (untuk grafit) wujud semula jadi dalam bentuk alotrop amorfus seperti arang, arang batu, kok, dan jelaga. Unsur ini juga terdapat dalam karbon dioksida, karbonat, karbon disulfida dan semua sebatian organik. Karbon merupakan pengkonduksi elektrik yang baik dan agen penurunan yang kuat. Unsur ini terdapat dalam tiga bentuk isotop, iaitu C-12, C-13 dan C-14 (radiaktif). Karbon digunakan untuk menulenkan logam, untuk membuat keluli dan sebagai elektrod.
coal rankdarjat batu arangKejuruteraanPetroleumMutu batu arang dari segi nilainya sebagai bahan api. Ini berkaitan dengan darjat pembatuarangan yang telah dialami oleh batu arang yang berkenaan. Dari darjad rendah ke darjat tinggi pembatuarangan menghasilkan gambut, lignit, batu arang bitumen dan natrasit.
boghead coalbatu arang bogheadGeologiTiadaBatu arang bitumen atau subbitumen yang menyerupai batu arang kanel dari segi sifat fizikalnya tetapi mempunyai kandungan bahan alga dan bahan mudah meruap yang tinggi.
coal outcropsingkapan batu arangGeografiTiadaSingkapan batu arang bila berlaku dedahan pada satu lapisan batu arang.
concealed coalfieldkawasan batu arang terbenamGeografiTiadaKawasan batu arang yang dilitupi oleh lapisan batuan yang tidak meliputi batu arang.
Storrs retortretort StorrsKejuruteraanKejuruteraan KimiaReaktor pengkarbon arang batu pada suhu rendah yang dikendalikan dengan cara menaburkan serbuk arang batu ke atas tali sawat penyampai yang dilengkapi dengan unsur pemanas. Reaktor ini tidak sesuai untuk arang batu berketulan besar tetapi mudah untuk pemprosesan arang berbentuk sfera untuk mendapatkan tar.
gas generatorpenjana gasKimiaTiadaLoji kimia untuk menghasilkan gas daripada arang batu, dengan pembakaran arang batu dan penurunan stim secara bergilir-gilir.
12345678910...

Kembali ke atas