Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rau] | اراو

Definisi : berbintik-bintik, berbelang-belang; anjing ~ anjing belang; ~ batu bintik-bintik putih di atas dasar gelap; ~ hujan panas bintik-bintik merah di atas dasar putih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rau] | اراو

Definisi : ; mengarau mengaduk, mengacau; ® karau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rau] | اراو

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphor­biaceae, lidah-lidah, kayu mapa, men­tulang, odopon putih, Austrobuxux spp., Cepha­lomappa spp., Drypetes spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arau


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARAU

Bandar diraja negeri Perlis yang terletak di selatan negeri tersebut, merupakan bandar kedua terbesar selepas Kangar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SYED HUSSAIN JAMALULLAIL

SYED HUSSAIN JAMALULLAIL (1834-1873), Raja Perlis yang pertama (1854-1873).  Baginda diputerakan pada 20 Mei 1834 di Arau, Perlis.  Baginda dilantik sebagai Raja Perlis oleh Raja Siam, Rama III, dengan sokongan dan persetujuan Raja Ligor pada tahun 1854.  ketika itu negeri Perlis masih di bawah jajahan Kedah yang dinaungi kerajaan Siam.  Baginda memberi gelaran negeri Perlis `Indera Kayangan’.  Pemerintahan baginda berdasarkan Perlembagaan Negeri Kedah.  Baginda melantik Syed Abdullah Jamalullail sebagai Raja Muda, Muhammad Arsyad bin Muhamad Yunus (Datuk Awang/Datuk Belat Paduka Seri Perdana Menteri/Datuk Arau) sebagai Perdana Menteri, Ibrahim (Alang Kecik) digelar Datuk Seri Lela Pahlawan, dan Lahim digelar Datuk Seri Indera Dewa.  Datuk Arau telah membuka tempat raja bersemayam yang dinamakan Arau.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYED HARUN JAMALULLAIL

SYED HARUN JAMALULLAIL (1737-1825), penghulu pertama mukim Arau, Perlis. Beliau bertanggungjawab meneroka dan membuka mukim Arau. Syed Harun Jamalullail juga merupakan generasi awal keturunan Jamalullail yang akhirnya menjadi raja dan memerintah negeri Perlis. Ayahnya Syed Ahmad Jamalullail berasal dari negeri Hadramaut, Tanah Arab, manakala ibunya Syarifah Aminah, berasal dari Alor Setar, Kedah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ADAT PERTABALAN RAJA PERLIS

ADAT PERTABALAN RAJA PERLIS, upacara menabalkan Raja Perlis yang baharu untuk menggantikan raja yang mangkat. Adat ini diadakan di Istana Arau, dihadiri oleh menteri besar, pemimpin-pemimpin negeri, ketua-ketua kaum, penghulu-penghulu mukim serta sultan-sultan dan yang dipertua negeri.

           

BUDAYAKonsep
TUANKU SYED PUTRA IBNI SYED HASSAN JAMALULLAIL

TUANKU SYED PUTRA IBNI SYED HASSAN JAMALULLAIL (1920 -    ), Yang di-Pertuan Agong yang ketiga (1961 – 1966), Raja Perlis yang kelima (1949 -      ). Baginda diputerakan pada 25 November 1920. baginda dilantik sebagai Raja Perlis pada 4 November 1945. Tuanku Syed Putra mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Arau dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Penang Free School. Pada tahun 1939, baginda mula mendapat pendedahansebagai bakal raja. Baginda juga mendapat pendedahan dalam bidang perundangan dan pentadbiran di Mahkamah Rendah Kangar, Pejabat Tanah Kuala Lumpur dan Mahkamah Pengadil, Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NAHMAR JAMIL

NAHMAR JAMIL (1938-    ), penyair dan penterjemah. Dia lahir pada 4 November 1928 di Kampung Sena, Kangar, Perlis. Nama sebenarnya ialah Na’man bin Haji Mohammad Rawi. Selain nama pena Nahmar Jamil, dia juga menggunakan nama pena Namiri Jamil dan N’man Rawi Jamil. Nahmar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar hingga lulus Darjah Lima. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Arab al-Alwiah Addiniah, Arau hingga lulus Darjah Empat Thanawi. Dia juga sering membaca karya sastera Asia Barat untuk menambahkan pengetahuannya. Pada tahun 1976, dia diterima masuk ke Universiti Sains Malaysia untuk mengikuti kursus Penulisan Kreatif selama satu tahun.

SASTERATokoh

Kembali ke atas