Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata araucariaceae


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Agathis borneensisDamar minyak, raja kayuPertanianTiadaTumbuhan jenis pokok dalam famili Araucariaceae juga dikenali sebagai raja kayu. Tumbuhan ini biasanya tumbuhan di kawasan hutan bukit dan gunung. Daunnya tebal berbentuk bujur dan urat daunnya selari. Damar berwarna perang gelap diambil daripada teras batang yang telah mati. Damar digunakan secara luaran untuk merawat luka dan memberhentikan pengaliran darah. Damar boleh dimakan untuk mengubati sakit perut, membuang angin dan merawat penyakit radang.
Agathis borneensisdamar minyakHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Araucariaceae yang dikenali juga sebagai raja kayu. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di kawasan hutan bukit dan gunung. Daunnya tebal berbentuk bujur dan urat daunnya selari. Damar yang berwarna perang gelap diambil daripada teras batang yang telah mati. Damar digunakan secara luaran untuk merawat luka dan memberhentikan pengaliran darah. Damar boleh dimakan untuk mengubati sakit perut, membuang angin dan merawat penyakit radang.
damar minyakdamar minyakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanMGR kayu Konifer. Nama piawai bagi kayu Agathis borneensis daripada famili Araucariaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah malayan kauri, di Sabah ialah mengilau, dan di Sarawak ialah bindang. Gubal kayu damar minyak tidak berbeza daripada teras kayunya, dan warna krim atau kadangkala coklat keemasan. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 385 hingga 580 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu konifer yang lembut dan ringan. Kayu damar minyak merupakan satu daripada kayu dagangan yang utama di Malaysia, dan digunakan dengan meluas dalam pembuatan venir hiasan, papan panel, kerja tanggaman yang bemutu tinggi, perabot, papan lukisan, dan kemasan dalaman.

Kembali ke atas