Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arborescens


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jarum-jarumjarum-jarumPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Dysoxylum spp. daripada famili Meliaceae. Nama piawai kayu ini ialah membalun, yang berasal dari Indonesia. Nama tempatannya di Sabah ialah buah-buahan, dan spesies utamanya Dysoxylum acutanglum, D. arborescens, D. cauliflorum, D. corneri, dan D. venolosum. Gubal kayu jarum-jarum berwarna kuning muda, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna merah jingga atau merah bata, dan menjadi lebih gelap apabila terdedah. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 590 hingga 910 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras hingga keras, dan sederhana berat hingga berat. Kayu ini digunakan dalam kerja binaan sederhana dan berat, untuk dinding dan panel, dan dalam pembuatan perabot dan kotak kayu.
otak udangotak udangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu dan pokok Buchanania spp. daripada famali Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk lamak ketam dan rengas ayam, dan di Sabah termasuk kepala tundang dan kepala tundang tungkai pendek. Spesies utamanya ialah Buchanania arborescens dan B. sessifolia. Gubal kayu otak udang sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat kelabu. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 465 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini mudah dikerjakan, dikemas siap , dan dikeringkan, tetapi tidak berapa tahan. Kayu otak udang sesuai digunakan untuk kerja binaan sementara, kotak mancis dan kotak kecil.

Kembali ke atas